Video terkini

1MediaTV

NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK KKB: PN kalah bermaruah, petisyen akan dikemukakan




HULU SELANGOR: PERIKATAN NASIONAL (PN) menyifatkan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) sebagai bermaruah, dengan penurunan majoriti kepada 3,869 berbanding 4,119 majoriti yang diraih Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas.

PH menerusi calonnya, Pang Sock Tao memperoleh 14,000 undi, sekali gus menewaskan PN yang diwakili Khairul Azhari Saut yang mendapat 10,131 undi manakala calon Bebas, Nyau Ke Xin meraih 188 undi dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) hanya 152 undi.

Keputusan rasmi PRK KKB itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK KKB di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini, malam ini.

Ketua Penerangan Pemuda PN, Nadzir Helmi dalam kenyataannya berkata, isu petisyen pilihan raya yang diumumkan sebelum ini akan dikemukakan jika PN kalah pada PRK KKB, bakal direalisasikan.

“Kita akan kaji semula dan meneruskan untuk mengemukakan petisyen pilihan raya seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Bilik Gerakan Utama PN di Batang Kali, di sini, malam ini.

Terdahulu, Ketua Whip Pembangkang merangkap Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan media pada 6 Mei 2024 berkata, PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika PH memenangi PRK DUN KKB.

“Tindakan tersebut susulan kerajaan telah melakukan salah guna kuasa dan jentera sebelum dan ketika kempen PRK KKB berlangsung,” katanya.

Undi PH lebih teruk merosot berbanding PN

Sementara itu Pengarah PRK KKB PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam sidang media pada malam ini berkata, PN tidak terkesan dengan kekalahan kepada PH dalam PRK di DUN KKB kali ini, kerana undi PH lebih teruk merosot berbanding PN.

Pada PRN 2023, PN meraih 10,743 undi manakala dalam PRK 2024, PN memperoleh 10,131 yang menunjukkan kemerosotan undi sebanyak 612; berbanding PH yang merosot sebanyak 862 undi merujuk kepada undi yang diraih (mendiang) Lee Kee Hiong dalam PRN 2023 sebanyak 14,862, sedangkan Sock Tao dalam PRK 2024 ini hanya memperoleh 14,000 undi. 

Mohamed Azmin juga berkata, peratusan keluar mengundi pada PRK KKB menunjukkan penurunan kepada 61.51 peratus daripada 69 peratus dalam PRN 2023.

“Penurunan sokongan (undi yang diraih PN dalam PRK KKB) itu kecil berbanding penurunan peratusan keluar mengundi kali ini. 

“Faktor penurunan peratusan mengundi mungkin disebabkan faktor kerja, cuaca dan sebagainya kerana kadang-kadang anak muda memilih mengundi pada waktu petang. Tetapi ia (secara hakikinya) tidak menjejaskan sokongan kepada PN,” katanya. 

Berdasarkan rekod SPR, DUN KKB mempunyai 40,226 pengundi dengan 39,362 pengundi biasa, 625 pengundi anggota polis dan pasangan, 238 pengundi tentera dan pasangan serta seorang pengundi luar negara.

Daripada 39,362 pengundi biasa, mereka yang keluar menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu pada PRK KKB hari ini dilaporkan seramai 24,145 orang.

Kira-kira 46 peratus pengundi terdiri Melayu, Cina (30 peratus), India (18 peratus), manakala bakinya masyarakat Orang Asli. PRK DUN KKB diadakan susulan kematian penyandang kerusi daripada DAP, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac 2024 akibat kanser. – HARAKAHDAILY 11/5/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

PRK KKB: Pengundi Melayu sudah mula ubah sikap – Asyraf



KUALA LUMPUR – Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan di enam daripada lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) menunjukkan kaum tersebut mula berubah sikap.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengundi Melayu menyedari hakikat bahawa sentimen perkauman dan agama tidak boleh lagi dijadikan cagaran untuk meraih undi.

“Malah mereka mula memahami bahawa Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbangun atas titah Tuanku Agong ini tidak pernah sesekali meminggirkan agenda Islam dan Melayu-Bumiputera, malah terus diperkasakan sebagai asas kestabilan negara berbilang kaum dan agama,” kata Asyraf Wajdi.

Pang Sock Tao yang bertanding atas tiket PH mewakili Kerajaan Perpaduan menang dengan majoriti 3,869 dalam PRN yang berlangsung semalam.

Asyraf Wajdi berkata, hasil kerja kuat semua termasuk sokongan dan dokongan jentera UMNO daripada negeri-Negeri telah menadi faktor untuk kemenangan calon Kerajaan Perpadian di enam PDM tersebut.

Katanya, keputusan Pilihan Raya Negeri tahun lepas menyaksikan Parti Pakatan Harapan kalah di semua lapan PDM terbabit.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi syabas dan penghargaan kepada seluruh jentera UMNO terutamanya Bahagian-Bahagian Negeri Selangor termasuk jentera utama Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang diketuai oleh Pengerusi UMNO Selangor Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.

“Yang berkampung di PDM-PDM seluruh DUN Kuala Kubu Baharu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan yang mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia,” kata Asyraf dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberi jamiman UMNO sebagai salah satu daripada 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan agenda Islam dan Melayu-Bumiputera.

Ini sebagaimana perjanjian yang dimeterai dan dipersetujui oleh semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Tegas beliau, adalah penting lanskap politik baharu ini perlu diperkasakan demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Semalam, Sock Tao menewaskan tiga pencabarnya, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia).

Sock Tao memperoleh 14,000 undi manakala Khairul Azhari meraih 10,131 undi, Ke Xin (188) dan Hafizah (152).-MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Tawaran PH lebih kukuh berbanding PN

Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan bertembung dengan lawannya Khairul Azhari Saut dari Perikatan Nasional dalam siri kempen PRK Kuala Kubu Baharu. (Gambar Facebook)



PETALING JAYA: Kegagalan Perikatan Nasional (PN) menyediakan tawaran kukuh untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat menjadi punca kegagalannya merampas kerusi DUN Kuala Kubu Baharu, kata penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata kemenangan calon komponen itu Khairul Azhari Saut mungkin membimbangkan ramai dari segi risiko pembangunannya kerana kawasan itu bakal diwakili ahli pembangkang.

“PN tidak menawarkan banyak kecuali bangkitkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri dan pusat. Saya berpandangan ini tidak memberi pemberat kepada pengundi untuk mengundi mereka (PN).

“Bagaimanapun keadaan berbeza bagi Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) yang menjadi sebahagian kerajaan negeri dan ini cukup kritikal. Ramai gembira dengan pentadbiran Amirudin Shari,” katanya kepada FMT.

Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata PN dilihat gagal untuk menawarkan dasar membabitkan kehidupan seharian pengundi dalam kempennya, sebaliknya lebih fokus membawa sentimen berdasarkan isu semasa.

Menurutnya, kenaikan kos sara hidup sering dibangkitkan pengundi dan ini termasuk pada PRK Kuala Kubu Baharu.

“Mereka gagal menawarkan sesuatu yang kukuh untuk menyelesaikan kebimbangan itu.

“Tambahan, pengundi Kuala Kubu Baharu mempunyai kelebihan mengundi parti penyandang yang datang dari parti kerajaan dan mempunyai sumber,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu semalam menyaksikan Pang menang dengan majoriti 3,869 undi.

Beliau mendapat 14,000 undi menewaskan Khairul yang memperoleh 10,131 undi manakala calon bebas Nyau Ke Xin (188) dan Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia (152)

Peratusan mengundi yang merekodkan 61.5% itu lebih rendah berbanding 69.2% pada PRN Selangor Ogos tahun lalu.

Azmi berkata pengurangan ini mungkin membabitkan pengundi Melayu yang memberi kelebihan kepada PH.

Menurutnya, kejayaan Pang menang majoriti undi polis dan tentera yang majoriti Melayu mencerminkan kejayaan Umno menarik undi mereka kepada calon dari kerajaan perpaduan.

“Saya berpandangan Umno berjaya menarik pengundi Melayu untuk mengundi calon PH,” katanya.

Azmil pula berkata undi simpati juga mungkin memberi kelebihan kepada PH, merujuk kepada penyandangnya Lee Kee Hiong yang meninggal dunia Mac lalu akibat barah.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

PRK KKB: Pemimpin Bersatu nafi PN kalah kerana isu perkauman



PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menafikan kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Kuala Kubu Baharu berpunca isu perkauman menyebabkan pengundi bukan Melayu terus menjauhkan diri daripada komponen itu.

Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, Chong Fat Full, sebaliknya mendakwa kekalahan Khairul Azhari Saut di tangan Pang Sock Tao daripada Pakatan Harapan (PH) disebabkan bantuan diumum kerajaan sepanjang tempoh berkempen.

Menurutnya, bantuan itu antaranya seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menempatkan 245 keluarga peneroka estet getah untuk meraih sokongan komuniti India, selain kenaikan gaji penjawat awam.

Dakwa Chong, kekalahan itu juga berpunca daripada peratusan pengundi Melayu keluar mengundi yang rendah disebabkan ramai bekerja di luar tidak dapat pulang kerana keadaan ekonomi yang lembap.

“Undi Cina tidak berubah banyak, ramai memilih tidak keluar mengundi. Mereka yang keluar tetap sokong PH.

“Isu-isu perkauman tidak membawa impak kepada pengundi kerana keputusan PRK nampak berada pada status quo sahaja berbanding PRN lalu,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas dakwaan kegagalan PN merampas DUN Kuala Kubu Baharu disebabkan kempen perkauman dibawa segelintir pemimpin komponen itu yang tidak diterima di kawasan bercampur.

Sebuah badan pemikir Ilham Centre dalam kajian lapangannya berkata strategi PN untuk meneruskan kempen tema agama serta kaum sudah tepu ke siling.

Dalam tempoh berkempen, beberapa pemimpin PN seperti Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan isu vernakular untuk mengaitkan Pang yang mendapat pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Pong, Hulu Langat dan Sekolah Menengah Chung Hua, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Walaupun memohon maaf kepada Pang, Fadhli pada 29 April lalu berharap isu Pang mendapat pendidikan di sekolah vernakular akan ‘berterusan’ dan diingati pengundi sehingga hari pengundian.

Pada 9 Mei lalu, Presiden PAS Hadi Awang dalam kempen PRK itu mengingatkan ahli dan penyokong Umno di Selangor tidak mengulangi kesilapan kehilangan kuasa politik seperti berlaku di Singapura.

Katanya, DAP yang lahir daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura adalah parti ekstrem dan melampau yang mahu merampas kuasa politik secara halus dan licik sehingga boleh menyebabkan kekacauan dalam negara.

Pada PRK Kuala Kubu Baharu, Pang menang dengan majoriti 3,869 undi selepas mendapat 14,000 undi, menewaskan Khairul Azhari, Nyau Ke Xin (bebas) dan Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia).


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kepimpinan Muhyiddin, TGHH masih diperlukan PN, jawab Fayhsal



PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin dan Hadi Awang wajar meneruskan kepimpinan mereka di sebalik cadangan supaya presiden Bersatu dan PAS meletakkan jawatan selepas Perikatan Nasional (PN) kalah pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam.

Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata cadangan itu akan memecah-belahkan PN kerana kedua-dua negarawan tersebut adalah pengikat kepada perpaduan ahli dalam gabungan berkenaan.

Katanya, biarlah Bersatu dan PAS meneliti semula pendekatan serta strategi politik mengikut acuan sendiri.

“Kekalahan di PRK Kuala Kubu Baharu bukan kayu ukur sebenar kekuatan semasa PN kerana pertembungan kedua-dua pihak dalam padang demokrasi tempang yang senget, condong kepada kerajaan Madani menatijahkan keputusan status quo.

“PN akan perbaiki kelemahan dan terus perjuangkan nasib rakyat daripada terus ditindas dasar-dasar sosio, politik ekonomi liberal yang merugikan Islam, Melayu dan Malaysia pada jangka panjang,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, berkata Muhyiddin dan Hadi sepatutnya meletak jawatan selepas PN kalah pada PRK semalam.

PRK itu dimenangi Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 3,869 selepas calonnya daripada DAP Pang Sock Tao meraih 14,000 undi, menewaskan Khairul Azhari Saut mewakili PN yang mendapat 10,131 undi.

Manakala calon bebas Nyau Ke Xin memperoleh 188 undi dan Hafizah Zainuddin daripada Parti Rakyat Malaysia mendapat 152 undi.

Dalam catatan di X, Zaid berkata Muhyiddin dan Hadi, kedua-duanya berusia 76 tahun dinasihatkan memberi laluan kepada pemimpin muda yang segar idea baharu. Muhyiddin adalah pengerusi PN, manakala Hadi timbalannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata idea serta kepimpinan Muhyiddin dan Hadi masih diperlukan PN.

Katanya, pencapaian PRU lalu adalah manifestasi sokongan rakyat kepada kepimpinan mereka.

“Kalau faktor umur saya lihat hampir semua pimpinan parti dah berumur termasuk perdana menteri (Anwar Ibrahim). Yang penting bukan umur tetapi data kepimpinan dan perjuangan yang hebat menjadi idola pelapis parti,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Ingin kembali beraksi, Faisal Halim teruja jalani fisioterapi



PELABUHAN KLANG: Pemain Selangor FC Faisal Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, keadaan kesihatan anak jati Pulau Pinang itu semakin baik selepas menjalani pembedahan ketiga dan sangat positif tentang keadaan dirinya.

“Beliau kelihatan cergas dan teruja tentang fisioterapi kerana ingin kembali beraksi,” katanya kepada pemberita pada Program ALAM Be-Leaf Mangrove Tree Planting.

Dalam pada itu, Hannah berkata, Institut Sukan Negara (ISN) kini bekerjasama dengan doktor yang merawat Faisal bagi memastikan perkembangan kesihatannya berada pada landasan yang betul.

“Kita kena rujuk dengan doktor (kadar kesembuhan) dan doktor agak yakin Faisal sangat positif tentang diri sendiri. Ada atlet yang mungkin sedih dan merasakan tidak dapat melakukannya lagi, tetapi Faisal berbeza,” katanya.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.





Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

PAS kurang agresif berkempen punca PN tersungkur - Mazlan Ali




Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Mazlan Ali menyifatkan Perikatan Nasional tidak agresif ketika musim berkempen semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB). 


Ujarnya, atas kehadiran PAS yang tidak sekuat pilihan raya dahulu mendorong PN tersungkur di dalam pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu (PRK-KKB). 


“Kita tidak nampak jentera PAS yang agresif di Kuala Kubu Baharu, hanya sekitar orang PAS-PAS tempatan sahaja, di negeri Selangor ini kita tidak nampak kumpulan daripada negeri lain yang datang.” ujarnya kepada TV Pertiwi. 


Terdahulu, Calon PN gagal menawan kerusi di DUN Kuala Kubu Baharu dengan mendapat undian sebanyak 10,131. 


Manakala lawannnya Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao, berjaya meraih 14,000 undi dan calon bebas Nyau Ke Xin pula memperoleh sebanyak 188 undi diikuti dengan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin sebanyak 152 undi.




Sumber | Tv Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

BlockOut 2024: Selebriti diam mengenai Palestine hilang pengikut




Ramai pengguna media sosial, yang berang dengan kemewahan yang dipaparkan selebriti semasa Met Gala 2024 tahun ini pada hari Isnin (6 Mei).

 

Menurut Associated Press, pada malam pesta fesyen tahunan itu, tentera 15rael mengumumkan keputusan mereka untuk menyerang Rafah, di mana lebih sejuta pelarian Palestin kini menjadi pelarian sejak 7 Oktober. Ini termasuk lebih 600,000 kanak-kanak.

 

Menganggap selebriti tidak ambil peduli dengan nasib yang menimpa rakyat P4lestin satu kempen BlokcOut2024 dilancarkan pengguna media sosial tanda protes.

 

Selebriti yang disasarkan dalam senarai viral termasuk mereka yang menghadiri acara itu, seperti Zendaya, Cardi B, Nicki Minaj, Kylie Jenner dan lain-lain.

 

"Sudah tiba masanya untuk menyekat semua selebriti, pempengaruh kaya yang tidak menggunakan sumber mereka untuk membantu insan yang sangat memerlukan,” kata akaun Blockout.2024 di Instagram.

 

Sumber : Complex



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo