Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Amanah Yang Haq Vs Virus PSG

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Daripada
Muhammad Yunus @ Suraji Al Fakir
( Ahli PAS 628773 )

Kepada,
Al Fadhil Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al Fadhil Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Al Fadhil Ustadz Fadzil Noor
Saf Kepimpinan PAS Pusat dan Dewan-dewan,
Perhubungan negeri, Kawasan dan Cawangan.

Per: PERTAHAN 'AMANAH YANG HAQ'

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara mu menjadi wali (mu) jika mereka lebih mengutamakan keengkaran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Katakanlah:'Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad (dakwah atau perang :penulis) dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.' Dan Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang berterusan berbuat dosa. (9:23,24)

Semakin ramai dimasa ini mereka yang berterang-terangan engkar (kafir) kepada perintah suruhan dan larangan Allah. Lebih menyedihkan apabila mereka bukan sekadar engkar bahkan lebih lancang menghina dan mempersenda Allah dan RasulNya.

Allah dan Rasul telah buat sebagai bahan senda gurau yangmana bukan Islam pun tidak berani berterang-terangan, sebaliknya mereka yang mengaku beriman bahkan mengaku ulamak dan pemimpin yang dianggap pemimpin seentero dunia, dengan sombong dan angkuh melakukannya.

- Dan kamu akan mendapati mereka, seloba-loba manusia kepada kehidupan (di dunia ), bahkan ( lebih loba lagi ) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi usia seribu tahun. Padahal umur panjang itu sekali-kali tidak menjauhkannya daripada seksa: allah maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Katakanlah: 'Barangsiapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkanny ( Al Qur'an ) kedalam hati mu dengan seizin Allah, membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjadi pertunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barangsiapa yang menjadi musuh Allah, Malaikat- malaikatNya, rasul-rasulNya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang engkar (kafir). Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas, dan tidak ada yang engkar kepadaNya melainkan orang-orang yang berterusan berbuat dosa. ( 2:96-99)

- Sesungguhnya orang-orang yang engkar (kafir) kepada ayat-ayat Allah dan membunuh ( meenghalang dan menafikan Sunnah : penulis ) para nabi tanpa alasan yang benar dan membunuh orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih. ( 3:21 )

Kebenaran Al Qur'an dan Sunnah yang memang benar, andainya ada dakwah atau amanat secara lisan atau tulisan, yang ditujukan kepada manusia, terutama kaum keluarga, sahabat handai, pengikut atau kaum dimana-manapun dipermukaan alam ini sekalipun yang menyampaikan sekadar seorang pengembala kambing yang miskin, maka kebenaran itu tetaplah benar.

Sekalipun ada manusia dari menara gading yang berpenyakit setan gila menafikan namun kebenaran itulah benar dan wajib di ikuti atau diperjuangkan walau diugut dan ditentangi mereka kerana yang demikian itu adalah jihad yang besar. Andainya perjuangan ini menjadikannya terkorban, ia adalah syahid, setiap saat ia disakiti rohani dan jasmani dengan seribu penyiksaan, penjara, hatta disula bersilang-silang, dirinya tetaplah tidak sia-sia disisiNya atas maksud menegakkan kebenaran Allah dan RasulNya.

- Janganlah kamu menyangka orang-orang yang terbunuh diJalan allah itu meninggal dunia, tetapi (sebenarnya) mereka hidup. (3;180)

- dari abu Hurairah Ra berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda Allah menanggung orang-orang yang diJalanNya, yang keluarnya hanya kerana iman kepadaKu, dan berjuang diJalanKu, ia terjamin sampai Aku memasukannya keSyurga dengan cara manapun. iaitu; adakalanya dengan terbunuh atau meninggal, atau Aku mengembalikannya kerumahnya yang ditinggalkan dengan memperoleh sesuatru yang diperolehinya iaitu pahala dan rampasan. ( Haddis Kudsi. An Nasai )

- Telah beriwayat Para Sahabat RA, mengambil uscapan Abu Bakar RA sewaktu ramai orang-orang Arab kembali murtad setelah Nabi Wafat yang bermaksud: - Demi Allah, aku akan perangi orang yang memisahkan antara zakat dan salat --- ( Kanzul Amal )

...Keras menghadapi orang engkar, kerana berjuang dalam agama Allah tiada segan dengan celaan orang yang akan mencela. Itulah kurnia Allah diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. ( 5:54 )

...Sesungguhnya Allah telah berfirman yang bermaksud: Siapa yang memusuhi waliKu (kekasihKu), maka sesungguhnya Aku menyatakan perang kepadanya. Dan tiada mendekat kepadaKu seorang hamba Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada menjalankan apa yang diwajibkan atasnya... ( Riwayat Bukhari )

Penghinaan demi penghinaan dari sebahagian mereka terhadap Allah dan RasulNya disebabkan hatinya yang berpenyakit setan gila itu adalah jelas memusuhi Allah dan RasulNya. Parti Allah dan RasulNya pasti menang.

Ingatlah peristiwa Hunain ketika Rasulullah SAW memerintahkan Al Abbas untuk menyeru:

- Dimanakah orang-orang yang telah berjanji setia ( berbaiat ) dibawah pohon Samuroh ? -

Ingatlah pula peristiwa dakwah nabi Nuh AS dengan kaumnya: - mereka berkata:'Sesungguhnya jika kamu tidak (mahu) berhenti (berdakwah) hai Nuh, nescaya benar-benar kamu termasuk orang yang direjam'. (Lalu) Nuh berkata (berdoa): 'Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mendustakan aku, kerana itu adakanlah keputusan antaraku dan antara mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang mukmin besertaku ( 26: 117,118 )

Disebabkan perjuangan kita dewasa ini yang masih membatasi dalam perjuangan siasah dan dakwah dibolehkan seadanya, dengan keadaan semasa yang termaklom, senjata yang ampuh bagi Mukmin yang Sabar harus melipatgandakan dakwah siasah dengan lisan dan tulisan yang DISERTAI PENGHARAPAN YANG TINGGI terhadap BERDOA KEPADA ALLAH.

Seluruh pejuang Addin yang Haq khasnya ahli-ahli PAS perlu kepada meletakan Allah yang Maha Perkasa sebagai Penolong menghadapi ejekan dan penghinaan mereka sejak kebelakangan ini.

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.
Allahumma antassalam waminkassalam
Tabarakta ya za Jalaliwal ikram.

Saya tidak dapat membayangkan sekiranya satu usaha bersepadu serentak yang dibuat disemua peringkat kawasan dan negeri diseluruh negara dalam satu harap diSolat dan doa yang khusus, hatta mengambil contoh doa Nabi Nuh AS atau Badr dan sebagainya.

Adalah lebih hebat, InsyaAllah. andainya seluruh ahli PAS bebas dari kezaliman diri dengan amalan terutamanya makan atau memberi makan atau bekerjasama dengan urusan riba' yang terang atau syubhat, sesungguhnya 'penyakit setan gila' bermula dari bahaya riba' yang telah menjadi budaya malaysia.

Maut pasti datang, segala-gala kejadian telah teratur jalanannya sama-ada dahulu, sekarang dan akan datang, susahpayah, penjara, senanglenang atau apa juga terjanji dalam ketetapan Ilahi, lalu sesiapa yang dijanjikan maut sekalipun, kerana perjuangan ini yang semata-mata menegakkan kalimatulLah maka sesungguhnya itulah yang beruntung.

kematian yang tidak mati adalah menjadi idaman Para Sahabat RA bahkan ramai yang berharap agar disyahidkan, dihidupkan semula lalu syahid semula dan biarlah ia berkali-kali, kerana demikian tinggi kefahaman dan ketakwaan Mukmin Yang Sabar.

Sekiranya amanat yang dimaklumi yang mereka benci, lalu dengan maksud kebenaran Allah dan RasulNya ia kita pertahankan lalu penderitaan mendatang kerana peraturan setan gila mereka, sesungguhnya penderitaan itu tidaklah seberat penderitaan Para Sahabat RA dizaman Rasulullah SAW. Kerana mereka lebih cinta syahid disebabkan telah terhidunya haruman JannahNya. Namun Sunnah itu tidak terhenti sekadar itu bahkan ianya akan kekal sehingga kiamat.

Ada orang sanggup bekorban semata-mata mempertahankan kebatilan sekalipun nyawa dipertaruhkan, sedangkan dalam menegakkan Hududullah iaitu KeAgongan Allah dan RasulNya dijaminkan Jannah, lalu adakah ianya sesuatu yang merugi...

Engkar dan mempersenda amanat Kitabullah dan SunnahNya adalah benar-benar engkar yang nyata yang lari darinya adalah kerana penyakit setan gila kerana disebabkan lumpuh kaki-kakinya.

Tiadalah ada pengharapan kepada yang tidak peka bila Allah dan RasulNya serta wali-waliNya disakiti dan dinista-hina...

- jauhilah sepi disebabkan hati yang mati.

Semuga diampuni Allah segala kesilapan saya dan kita semua.

JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA.
Allah Menyertai Mukmin Yang Sabar
Membangun Dalam Islam.

Wassalam.
Muhammad Yunus @ Suraji Al Fakir.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com