Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PADA PANDANGAN UMNO....PADA PANDANGAN KITA

PADA PANDANGAN AMENO...

Berubat dan mendapat rawatan di luar negara adalah tidak patriotik.

PADA PANDANGAN KITA..

Bagaimana pula belajar di luar negara dan membawa pelabur asing ke pasaran kita? Apakah menghantar pegawai-pegawai kita berkhidmat di luar negara juga tidak patriotik? Adakah Tun Razak dan Hussien Onn juga tidak patriotik. Adakah bercuti selama dua bulan di luar negara satu tindakan PATRIOTIK?

PADA PANDANGAN AMENO...

PAS Menyeleweng akidah kerana menganggap WANG IHSAN (wang hasil rompakan) adalah HARAM.

PADA PANDANGAN KITA..

Bagaimana pula dengan Demonstrasi Haram, Perhimpunan Haram, Pendatang haram?

PADA PANDANGAN AMENO...

Kerajaan Asing masuk campur hal dalam negara kerana menghadiri taklimat pembangkang.

PADA PANDANGAN KITA..

Bagaimana dengan kehadiran Pegawai Malaysia pada taklimat Demokrat tatkala Presiden adalah Republikan?

PADA PANDANGAN AMENO...

Anwar mendapat layanan Istimewa di penjara.

PADA PANDANGAN KITA..

Layanan apakah yang istimewa? Adakah kerana dia menjadi 'banduan' pertama dipenjara tujuh bulan sebelum dijatuhkan hukuman? Adakah kerana dia mendapat hadiah mata lebam? Adakah kerana hakim-hakim dan pendakwaraya yang dipilih khas oleh AMENO?

PADA PANDANGAN AMENO...

Setiap laporan polis hendaklah diambil tindakan segera bagi membukti kecekapan polis.

PADA PANDANGAN KITA..

Datuk Khalil masih belum ditangkap dan disiasat lagi... dah dua minggu laporan polis dibuat. Dr Mahdey juga masih belum ditangkap dan disiasat selepas lebih dua tahun laporan polis dibuat. Kecuali Saudara Ezam sahaja ditangkap sebelum 24 jam laporan berdasarkan kepada cerita muka depan surat khabar yang akhir-akhir ini kerap menyiar RALAT diakhbarnya.

PADA PANDANGAN AMENO...

Amanat Haji Hadi punca 'perpecahan' MELAYU..

PADA PANDANGAN KITA..

Amanat itu sudah berusia lebih 20 tahun...tetapi kisah 'perpecahan' MELAYU ini cuma timbul selepas SEPTEMBER 1998 hasil dari 'AMANAT' Mahafitnah..

PADA PANDANGAN AMENO...

Tok Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz menyeleweng dan membawa ajaran tidak betul.

PADA PANDANGAN KITA..

Sebab itu agaknya AMENO ambil ERRA FAZIRA untuk 'berdakwah'...mungkin ERRA boleh bawa kebaikan dunia akhirat untuk orang AMENO.

PADA PANDANGAN AMENO...

PAS perlu ditentang kerana mahu 'menyekat' kemajuan orang MELAYU...

PADA PANDANGAN KITA..

Sebab itu AMENO rompak wang royalti dari negeri yang Majoriti rakyatnya orang Melayu.

PADA PANDANGAN AMENO...

Pemimpin Parti KeADILan akan melancarkan serangan ala militan terhadap kerajaan dengan bom dan pelancar roket.

PADA PANDANGAN KITA..

Kerana terlalu sayangkan YAHUDI ISRAEL... AMENO termimpi-mimpi Ezam bawa Bazooka, Tian Chua bawa Kereta Kebal, Shaari Sungib bawa mesingan, Hishamudin Rais jadi Rambo. Dan para reformis bawa lastik dan batu-batuan... Alahai dah berapa buah bangunan yang kita dah letupkan sejak 3 tahun lalu? Dah berapa orangkah menteri AMENO yang mati kena tembak Mesingan Shaari?

AnakGanu.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com