Seketika lapanglah perasaan beberapa 'taikun besar'
Halim Saad, Tajudin Ramli, Abu Shahid, Daim sendiri
dengan penahanan beberapa pemimpin terutamanya Ezam
didalam akta zalim ISA. Sememangnya taikun taikun ini
tidak senang dengan siri pendedahan demi pendedahan
yang dilakukan oleh Ezam dan pemimpin BA yang lain
terhadap segala salah guna wang rakyat untuk
meyelamatkan syarikat syarikat kroni yang bermasalah.
Apabila Ezam dengan beraninya telah membuat laporan
polis di pejabat polis KLIA berhubung dengan apa yang
dikatakan pembelian MAS dengan harga yang amat tinggi
dari pemintaan pasaran. Tajudin telah berbisik pada
Daim mengenai TIDAK SENANGNYA DIA pada Ezam. Apabila
Time.Dot.com pula diselamatkan dengan wang KWSP,EPF
dan lainnya, Ezam sekali lagi menjelajah menerangkan
pada rakyat dalam siri siri penerangan bersama Pemuda
Alternatif. Halim Saad berbisik pada Daim, BENCINYA
DIA PADA ezam. Apabila sekali lagi Ezam dedahkan
bagaimana Maju Holding yang dipunyai oleh Tna Sri Abu
Shahid, telah dibantu dengan memberikan kos yang lebih
besar untuk meyiapkan kolej matrikulasi pada
Kementerian Pendidikan, Daim tidak boleh sabar lagi.
Daim yang diam, memberitahu Mahathir andai Ezam dan
rakannya, tidak di'diamkan' maka tunggulah musibah
Mahathir akan dijatuhkan oleh rakyat.
Mahathir tiada jalan lain, dipanggilnya pak haji
Norian, tangkap Ezam dan beberapa yang lain, sibuklah
Norian mencari cari atas alasan apa mahu ditangkap
Ezam. Black 14 digunakan- sebagai alasan terkukuh
kononnya akan ada rusuhan dan huru hara. Wahal Ezam
dan kebanyakkan Kepimpinan pemuda Keadilan dalam
perancangannya akan mengadakan KONVENSYEN EKONOMI
diDewan Angkasa- seharin dari pagi hingga malam pada
14.04.01. Lalu direka kononnya akan dibawa pulak
beberapa pakar rusuhan jalanan dari Indonesia untuk
menjatuhkan Mahathir. Jelas mereka menipu, jelas
Norian menipu, Ezam akan di'diamkan' didalam ISA untuk
tempoh yang lama.
Penahanan Hissammudin Rais, adalah kerana dendam
peribadi Mahathir. Mahatir sejak 1998 lagi mengatakan
yang kebanyankan himpunan reformasi didalangi oleh
Hissammudin Rais. Lagipun Imej Hissam sendiri, seorang
yang kelihatan agak agresif, baik dari pakaian,
tulisan dan pandangan. Membuatkan andai beliau ditahan
dibawah ISA dengan tuhudan rekaan itu- moga moga
rakyat yang mengenali Imej Hissam mudah untuk
mempercayai dakyah ini. Penahanan Gopal, Ghani, Tian,
adalah kerana mereka ini seperti juga Ezam berani
dalam mendedahkan segaka penyelewengan UMNO. Raja
Petra kerana FAC yang dikendalikannya begitu mendapat
perhatian dari masyarakat luar- jadi rujukan mereka
untuk mengulas mengenai perkembangan politik Malaysia.
Penahanan Saari Sungip hanyalah untuk mengabui mata
masyarakat- supaya relevan dengan alasan rusuhan Black
14. Jelas mereka menahan Ezam dan teman yang lain
kerana Ingin mengalih perhatian rakyat, dari isu isu
penyelewengan kepada rusuhan ganas yang dirancang-
serangan bom- kononnya.
Saya berbincang dan bertukar pendapat dengan banyak
ahli politik veteran, saya berbincang dan bertukar
pendapat dengan mereka yang dahulunya terlibat dengan
'misi misi sulit' seperti ini, kesemua mereka
sependapat... andai Mahathir dapat kabui mata rakyat
dengan mempercayai kononnya memang wujud rancangan
rusuhan ganas, maka Ezam dan teman yang lain akan
tinggal DIAM di Istana Kemunting untuk tempoh yang
lama. Mendiamkan Ezam adalah kemenangan besar pada
mereka.
Disini, saya menyeru sekelian rakyat, pemuda keadilan
dan pemuda Alternatif, andai kita tidak MEMBERIKAN
ISYARAT YANG JELAS, bahawa kita menentang PENAHANAN
ini. Maka percayalah kita akan kehilangan Ezam dan
teman yang lain dalam tempoh yang lama. Andai kita
leka, kita lesu lagi sekali ini, mereka akan lakukan,
mari kita bersama melakukan bantahan. Secara peribadi
saya katakan, penahanan Ezam dan teman yang lain
membuatkan kami pemuda Keadilan bertekad, berazam
untuk teruskan perjuangan beliau dan berjanji dengan
apa carapun Ezam dan teman teman akan kita keluarkan
dari 'Istana berduri' sesegera mungkin.
-irzaimi-
16.04.01