Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tindakan susulan

Penyerahan memorandum bagi menuntut hak-hak kita yang telah dicabul oleh kerajaan yang zalim telah kita lakukan. Jelas rakyat tidak mudah termakan dengan hasutan dan ugutan kerajaan untuk terus turun beramai-ramai untuk bersama-sama pemimpin kita menyerahkan memorandum tersebut.

Tetapi ulasan yang diberikan oleh wakil suhakam jelas menunjukkan penyelesaian masalah ini masi jauh malah mungkin akan menemui kegagalan lagi. Apa yang mereka boleh buat keatas kerajaan yang nyata zalim yang sanggup buat apa saja demi untuk kepentingan mereka.

Oleh itu perlu ada langkah susulan bagi menguatkan lagi tuntutan kita. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan terutamanya bagi menangani isu penahanan I.S.A ini ialah dengan :-

PERTAMA : menggunakan tekanan politik samada tekanan dari parti politik dalam negara bersama-sama NGO, pelajar dan lain-lain. Selain itu tekanan politik juga perlu dilakukan oleh negara luar kerana sudah tiada lagi saluran yang betul-betul boleh dipercayai didalam negara.

KEDUA : mengadakan demontrasi bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta-akta yang zalim seperti ISA, akta mesin cetak dan akta AUKU. Demonstrasi ini boleh dianjurkan oleh NGO-NGO, melalui persatuan-persatuan pelajar dan parti-parti politik sendiri. Demonstrasi- demonstrasi ini perlu bagi menunjukkan kepada kerajaan bahawa majoriti rakyat sudah tidak yakin lagi dengan kerajaan yang ada.

Semoga kita akan terus bersama-sama dalam memperjuangkan hak-hak rakyat demi kearah negara yang adil. Bersama-samalah kita jayakan semua program yang bakal dianjurkan.

PESANAN KEPADA RAKYAT SEMUA :

INGATLAH, KEMUNGKARAN YANG JELAS DIHADAPAN KITA HARUS DIHAPUSKAN. RAKYAT HARUS BERANI MENEGUR DAN MENYUARAKAN PANDANGAN MEREKA. JANGAN SESEKALI KITA BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA YANG ZALIM KERANA TUHAN AKAN MEMBALASNYA DENGAN MALAPETAKA YANG LEBIH HEBAT DARI YANG KITA HADAPI SEKARANG. MUNGKIN SESETENGAH DARI KITA MENGAMBIL SIKAP ACUH DAN TAK ACUH SAHAJA TERHADAP APA YANG BERLAKU SEKARANG. ADAKAH KITA AKAN HANYA TERJAGA DARI TIDUR APABILA MALAPETAKA ATAU MUSIBAH MELANDA DIRI KITA KITA SENDIRI SUATU HARI NANTI?

KEMELESETAN EKONOMI YANG MELANDA MERUPAKAN SATU LAGI DUGAAN DARI ALLAH S.W.T UNTUK MENGUJI UMATNYA. MUNGKIN TERDAPAT KEBAIKANNYA ATAS DUGAAN INI, JIKA DUGAAN INI DAPAT MENYEDARKAN MEREKA YANG SEDANG LEKA MENGEJAR HARTA DAN KEBAHAGIAN SEMATA-MATA TANPA MENGHIRAUKAN MASALAH YANG MELANDA KEATAS SAHABAT-SAHABAT MEREKA. KETIKA ITULAH YANG MISKIN AKAN BERTAMBAH MISKIN, YANG SEDERHANA AKAN JATUH MISKIN DAN YANG KAYA JUGA AKAN MERASAI KESUSAHAN. MUNGKIN PADA KETIKA ITU KITA AKAN TERSEDAR. TETAPI ADAKAH KITA MASIH BELUM TERLAMBAT KETIKA ITU? BANGKITLAH RAKYAT. MARILAH BERSAMA-SAMA KITA BERGANDING TANPA MENGIRA BANGSA KETURUNAN, STATUS DAN FAHAMAN MENENTANG KEZALIMAN KERAJAAN YANG SEDANG MEMERINTAH SEKARANG INI. CUKUPLAH SELAMA INI KITA BERDIAM DIRI…………….


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com