Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Komputer Jabatan Pos....Cekik Darah.

Saya dengan tegas sekali mendakwa terdapatnya rasuah serta nepotisme dalam Jabatan Pos terutama di peringkat Pengarah Pos Negeri mahupun Persekutuan. Ini adalah berdasarkan Dasar Jabatan Pos dalam memilih serta perjanjian yang di buat dengan beberapa sayrikat Komputer bagi membekalkan komputer kepada pencarum KWSP (Pengguna). Pada awalnya kita lihat syarikat-syarikat yang dipilih membuat perjanjian adalah syarikat-syarikat gergasi dalam dunia pengkomputeran di Malaysia ini. Akan tetapi setelah sekian beberapa ketika, yang mana rakyat Malaysia sudah di hanyutkan dengan isu-isu lain makan pihak Pos pun mulalah strategi mereka.

Saya ingin imbaskan kembali pada waktu awalnya skim ini di kenalkan. Pada bulan March 2000, pihak KWSP mengeluarkan cek kepada pencarum yang membuat permohonan unuk membeli komputer. Di peringkat ini para pengguna iaitu para pengeluar caruman tersebut mempunyai kebebasan untuk memilih jenama komputer,harga komputer, syarikat komputer, aksesori komputer mengikut cita selera mereka,kerana mereka mebeli komputer tersebut secara TUNAI dan bukan secara ANSURAN. Oleh itu harga komputer yang di beli adalah berbaloi dengan kehendak mereka dan yang penting sekali adalah jaminan serta perkhidmatan syarikat komputer yang menjual komputer tersebut sekiranya berlaku sebarang masalah dengan komputer tersebut. Ramai di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu mempunyai saudara serta kawan yang bekerja di sesebuah syarikat atau kedai komputer dengan ini akan memudahkan bagi mereka membeli komputer serta perkhidmatan yang cepat dan cekap serta berkeyakinan.

Semasa itu kesibukan pencarum membuat permohonan KWSP amat ketara, maka di Pejabat-pejabat KWSP banyak sekali syarikat-syarikat Komputer, ada yang Bumiputera dan ada syarikat Cina mempromosikan komputer serta syarikat mereka. Akan tetapi kebanyakan pengeluar caruman ini adalah golongan Melayu, maka Syarikat Komputer milik Bumiputera lah yang ramai menjadi tumpuan, semasa itu syarikat-syarikat Bumiputera kecil yang baru bertatih hendak berniaga sudah mula tampak kemajuannya dengan skim ini.

Malangnya akibat hasutan ataupun perasaan dengki dari beberapa pihak. Maka di timbulkan isu pencarum KWSP telah menyalah gunakan wang tersebut untuk kegunaan lain dan tidak membeli komputer. Maka pihak Kerajaan (Tak tahulah siapa), telah memberi kuasa kepada pejabat POS untuk menguruskan Penjualan Komputer kepada pencarum KWSP dengan beberapa buah syarikat Komputer yang terpilih. Semasa perjanjian di buat yang di paparkan dalam TV, ramai sekali Syarikat Bumiputera yang kelihatan. Dengan cara ini pencarum yang ingin membeli komputer tidak boleh memilih sebarangan kedai komputer yang berdekatan, malah mereka hanya boleh membeli komputer berpandukan ‘Brochure’ atau ‘Pamplet’ yang terdapat di pejabat pos. Ini semua kononya adalah untuk memastikan pencarum membeli komputer.

Para pencarum yang sebagai pengguna bebas ini pun turutlah di perbodohkan dengan kempen ini, apa nak buat…..dah nak juga beli komputer untuk kegunaan anak mahupun kegunaan sendiri.

Masalah demi masalah yang dihadapi oleh pembeli komputer ini…….yang peliknya, layanan yang di beri kepada pembeli komputer ini adalah seolah-olah mereka membeli secara ansuran, walhal mereka membeli secara tunai. Wakil pejabat Pos datang menghantar dan memasang komputer ke rumah mereka. Yang sedihnya ada di kalangan pembeli komputer yang langsung tak tahu apa-apa tentang komputer mahupun cara menggunakan komputer. Penghantar komputer mempunyai masa yang amat terhad untuk menerangkan cara penggunaan komputer kepada pembeli. Maka terpinga-pingalah si pembeli tadi memerhatikan, disini ingin saya tegaskan lagi…di manakah hak pembeli tersebut? Beginikah cara layanan kerajaan terhadap rakyatnya, sehingga mengongkong cara rakyat membeli? Apakah cara nak membeli komputer pun kena ikut kerajaan?.

Kalau begitu saya sarankan kerajaan mengatur pula cara kakitangan kerajaan belanja wang gaji mereka, ini adalah lebih baik dan bijak. Tidaklah majoriti kakitangan kerajaan banyak berhutang. Rakyat Singapura ketawa terbahak-bahak bila mengetahui akan perkara sebegini.

Berbalik kepada soal di atas. Kebelakangan ini terutama tahun 2001, saya perhatikan komputer-komputer yang di hantar kerumah pembeli komputer ini adalah semuanya dari syarikat-syarikat bukan Bumiputera. Hari demi hari perkara ini semakin terserlah dan nyata di depan mata saya. Saya tertanya-tanya tiadakah syarikat Bumiputera lagi? Adakah syarikat-syarikat Bumiputera itu hanya sebagai ‘Ali Baba’ untuk mengabui mata orang-orang Melayu?. Di tempat saya terdapat beberapa syarikat milik Bumiputera yang perniagaan nya lebih besar dari beberapa syarikat Komputer milik bukan Bumiputera, yang menghairankan adalah tiada satu pun dari syarikat-syarikat Bumiputera tersebut yang di berikan tender membekal komputer-komputer kepada pembeli melalui KWSP. Akan tetapi syarikat dan kedai komputer milik bukan Bumiputera yang lebih kecil pula yang membekalkan komputer-komputer tersebut.Sudahlah harga Komputer-komputer tersebut tidak sepadan dengan komputer yang di hantar(Amat mahal dari sepatutnya...melebehi RM1000.00) Ini bukannya fitnah atau pembohongan.

Saya teringat satu kejadian di sebuah kilang berhampiran kediaman saya. Kilang ini terpaksa di tutup kononnya sudah bangkrap dan seramai 300 pekerjanya yang kebanyakan adalah kaum Melayu telah terpaksa berhenti kerja. Selepas 3 bulan, kilang tersebut telah di buka kembali oleh pemilik kilang yang sama serta produk yang sama tetapi pekerja-pekerja kilang semuanya (100%) adalah rakyat Bangladesh. Apakah taktik ini serupa di gunakan oleh Kerajaan dan Jabatan Pos dalam menjual komputer kepada pencarum-pencarum KWSP.

Cara Jabatan Pos bukannya memudahkan rakyat, tetapi menyusahkan pembeli dengan wang mereka sendiri serta cara Jabatan Pos ini sekali gus menafikan hak pengguna.

Sesungguhnya ini adalah salah satu lagi ciri-ciri kenapa rakyat hilang keyakinan pada pihak kerajaan. Kenapa?….kerana semuanya nak menguntungkan poket sendiri. Rakyat nak penuhkan poket tak boleh….tapi pihak atasan boleh mencuri wang rakyat dengan sewenang-wenangnya. Maka sampai kiamat pun rakyat Malaysia terutama Melayu ini di perbodohkan oleh bangsanya sendiri. Inikah yang dinamakan perpaduan? Adakah ini pun di katakan Pas dan keADILan punya angkara?.

==
UMNO DAN MELAYU BAK AIR DAN MINYAK SELAGI ANWAR DI PENJARAKAN.

LAWAN TETAP LAWAN.

REALITI KAN NEGARA ISLAM.

cucujebat@freeanwar.com


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com