Oleh : Damak
Dalam sidang parlimen siang tadi, Ketua Pembangkang, Dato' Fadzil Noor telah membuat satu
pendedahan berkenaan penyelewengan jentera kerajaaan oleh pemimpin BN melalui Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Dalam ucapannya itu, sambil menunjukkan sehelai surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
kepada pihak hospital, yang mana kandungan surat itu mengatakan bahawa sebarang penggunaan warna
hijau tidak dibenarkan sama sekali dalam mana-mana bangunan hospital.Hanya warna biru dan putih
sahaja dibenarkan untuk digunakan selepas ini.
Pendedahan ini dibuat di hadapan semua wakil rakyat termasuk Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng sendiri
dan Pak Lah. Chua Jui Meng tersenyum malu sahaje, macam mane rahsia boleh pecah ni??????
Pendedahan ini disambut hebat oleh semua wakil pembangkang. Manakala penyokong kerajaan kelu tak
terkata dengan pendedahan yang membusukkan UMNO dan BN yang sememangnya busuk lagi
membusukkan ini.
-senatoralaf-
..........................................
Petikan FGR