HANYA PELANDOK YANG MELUPAKAN JERAT:
Telah berkali-kali pehak Barisan Alternatif
mengingatkan rakyat terutamanya ahli Ameno totok
supaya berhati-hati membuat pilihan dalam menentukan
kerajaan dalam pemilu yang lalu.Bagi yang menghadiri
ceramah dan mengambil tahu dari akhbar pembangkang,
sikit sebanyak mereka mengambil panduan dan melakukan
perubahan untuk kesejahteraan rakyat.Ternyata rakyat
Terengganu yang kehadapan membungkus dan mengnyahkan
kelompok pengkhianat kepada bangsa Melayu.Mereka
menggunakan pengalaman Kelantan dalam mengajar
golongan Asobiah yang sungguh taksub dan menghamba
diri kepada Mahathir,lalu menjadikan mereka golongan
buta dalam celik dan pekak tuli walau telinganya
sempurna.
Kita telah belajar dari pengalaman lampau yang
meyaksikan pembohongan dan janji munafik yang diumpan
kepada ahli Ameno semasa kempen Pemilu.Pehak Barisan
Alternatif telahpun membayangkan akan langkah kenaikan
harga barangan yang pasti berlaku,kerana memang dasar
kerajaan BN yang bukan membela rakyat,tetapi
MEMBELAKANGKAN RAKYAT!!!.Mereka sanggup menggunakan
amanah rakyat untuk menyalahguna kuasa dan wang rakyat
demi menyelamat sekerat dua makhluk hina keturunan
kroni dari menjaga kebajikan rakyat marhain teramai
termasuklah ahli Ameno yang rata-ratanya miskin dan
susah(memang pimpinan suka ianya berlarutan...supaya
boleh diugut dan diumpan).Lalu atas nama kerajaan tak
mampu menanggung beban subsidi minyak,ianya ditarik
balik dengan ugutan kepada peniaga supaya tak
menaikkan harga barangan.Lalu terjadilah seperti apa
yang kita semua tanggung sekarang- dibebankan dengan
harga barang yang meroket naiknya!!! Seluruh rakyat
terkena dan dianiaya...termasuklah penyokong totok
Ameno yang MENGATAKAN DAN PERCAYA bahawa hanya Ameno
saja yang boleh memakmurkan rakyat.Ahli Ameno yang
bermati-matian membela pemimpin puaka dan pengkhianat
itu juga akhirnya ditipu bontang hidup-hidup. Macam
pariah saja layaknya nilai diri mereka kepada pemimpin
Brahma yang diketuai mamak Kerala itu.
INFLASI ADALAH HADIAH TAHUN PERTAMA KERAJAAN BE END:
Kita kini menyaksikan fenomena lompatan harga
barangan sebagai tanda TERIMAKASIH DAN MEMBALAS JASA
kerajaan BN yang ditunjangi oleh Ameno kepada rakyat
yang memilihnya demi 'kesenangan' dunia.Kini ahli
totok Ameno bolehlah menjaja keseluruh negara dengan
berhujah bahawa kita kini dilimpahi berkat dan
keperihatinan KERAjaan Pengkhianat Melayu(PM)dan
mungkin dapat pula memulihkan pandangan orang Melayu
terhadap Ameno.Sekaligus boleh mempercepatkan
pencennya Pedukang Mamak kerana berhasil menarik ramai
golongan muda!!!!!(alamat mati beraganlah Bedollah
Badawi).
Bagi golongan pembangkang,(BA),terpaksa menerima
keadaan ekonomi yang menekan ini.Kita merungut atas
keterpaksaan berbelanja pada harga yang tinggi- kerana
kita memang dizalimi oleh KERAjaan yang memang kita
cuba tolak dalam pemilu lalu.Yang peliknya..ahli parti
mereka juga terkena kezaliman yang sama...atas dasar
MENYOKONG demi untuk kesenangan dunia- (SENANG KEPALA
OTAK MEREKA!!!!)Lihatlah begitu mudah mereka
diperbodohkan oleh Brahmin parti dengan umpan yang tak
seberapa.....SEHELAI KAIN PELIKAT DAN RM50 cuma!!.
PENSWASTAAN YANG MENGUNTUNGKAN KRONI:
Penulis ingatkan, Ahli Ameno dapat menikmati
keuntungan duniawi yang hebat bila berjaya menobatkan
semula Ameno dengan undi nonbumi seperti potongan
harga minyak,barangan runcit atau bil utiliti apabila
mengemukakan kad keahlian Ameno!!!! Rupa-rupanya yilek
pochit...habuk pun tak ada!Malah senasib dengan rakyat
lain (marhain juga mereka rupanya!!),minyak pada
RM1.20 seliter dan juga harga barang yang
mencengkam!!!Tahniah ahli Ameno!!!(hakikatnya ahli
Ameno lah golongan yang susah dan miskin,terkecuali
anak Mahathir dan para kroni)
Atas nama meringankan beban KERAjaan,subsidi minyak
bernilai 3 bilion untuk kebajikan 22 juta rakyat
dikira keterlaluan dan merugikan!Sedang dalam masa
yang sama ia membalun duit rakyat untuk selamatkan
Halim Saad dalam skandal Phillipine Steel bernilai 6
bilion tak membebankan!!!Bagaimana boleh dibailout
sedang dalam tempoh yang sama Halim bahlol ini juga
membeli 'TIME engineering'.Tak bankrap-bankrap cara
perniagaan mereka yang sentiasa dirundung
kerugian!!Begitu juga apabila Sang Adijagat ni
memperuntukkan lagi 1 Billion untuk anak kesayangannya
dan pujaan ahli Ameno-Mirzan a/l Mahathir dalam siri
menyelamatkan Konsortium Perkapalan.Bagaimana pula
nasib Melayu lain yang mendayung sampan,membuat perahu
atau nelayan???Bukankah mereka juga menyumbang untuk
ekonomi negara??Apakah mereka warganegara kelas 2 yang
hanya berguna di hari pilihanraya saja????
Ada seorang lagi bahlol yang seuntung Halim Saad
nasibnya-tak lain tak bukan Tajudin Ramli.Seorang
jutawan mee segera yang akhirnya merosakkan syarikat
MAS yang dulunya terkenal dan agak menguntungkan!
Mamak temberang itu boleh saja mengatakan kejatuhan
ekonomi serantau dan nilai wang sebagai punca...bagi
kita SALAH PENGURUSAN adalah punca sebenar!!Usah lihat
jauh,ambil saja Singapore International Airline (SIA)
sebagai contoh terdekat akan bukti bahawa pengurusan
adalah punca kejatuhan MAS.Dalam keadaan MAS bagai
pesakit AIDS dihujung hayat dalam ICU(unit rawatan
rapi),SIA terus berkembang dan tersenarai sebagai
'profitable company'di Singapura.MAS dalam keadaan
yang sengket masih lagi berbelanja boros,antaranya
ialah projek kapalterbang MASTAR yang eksekutif-sebuah
boeing 737-700 yang digubah dalamannya dengan sentuhan
manusia muflis yang ajaib-Tajudin Ramli!! Sentuhan
ajaibnya dari warna hingga ke jenis perabut
semata-mata untuk menghabiskan duit bukannya
menambah!!Begitu jugalah sikap dan kemahiran jutawan
Mee segera belaan Mamak Bendahara yang lain.Kebolehan
yang sebegitulah sebenarnya yang merudumkan ekonomi
negara!!
Sekarang Tajudin Ramli mampu tersenyum sehingga ke
telinga,penjualan saham MAS menguntungkan syarikat
Naluri miliknya.Dengan pendapatan dari jualan
tersebut, beliau berjaya melunaskan hutangnya seraya
memiliki lebihan tunai hampir RM800 juta. Simpanan
tetap wang tersebut berupaya memberinya RM2 juta
sebulan!!!!! KAN UNTUNG ORANG MELAYU!!!
KRONI DAPAT UNTUNG, RUGI RAKYAT TANGGUNG:
Lalu untuk menampung masalah ekonomi yang tenat dan
parah ini,berbagailah plan dan dasar yang mencengkam
rakyat diketengahkan dan dipaksa keatas rakyat yang
berjasa menaikkan mereka ke puncak kuasa! Bagi PM tua
dan usang itu,nilai penderitaan rakyat tidak sepenting
sekerat dua ahli korporat.Atas dasar itulah,berlakunya
hutang luar korporat sekitar 60 Billion dan jumlah
hutang negara sekitar 200 Billion (Terkini sudah
hampir 1 Trillion khabarnya!!).Apakah angka ini
memberi kesan atau mampu menyedarkan ahli Ameno akan
keparahan yang terpaksa setiap individu rakyat
menanggungnya?? Mana mungkin mereka terasa,kerana jiwa
dan mental mereka hanya kenal sehelai kain pulikat dan
RM 50 yang diumpan oleh Ameno!!!!
Lihat pula berbagai janji dan slogan yang
bertunjangkan keistimewaan Melayu yang hanya menjadi
retorik semata-mata. Dalam mereka meneriak dan
mengungguli isu-isu pembelaan Melayu,tangan jahat
mereka jualah yang menghancurkan segala keistimewaan
yang ada dan menghapuskan segala perancangan yang
terdahulu yang sepatutnya menguntungkan Melayu. Lalu
kita sudah biasa dengar akan kesusahan orang Melayu
dalam menyediakan peruntukan untuk anak belajar ke
menara gading.Bahkan ada yang lebih teruk lagi
sehinggakan tiada tempat berteduh atau dihalau oleh
penguasa dari kawasan peneroka bandar tanpa pembelaan!
Nah,siapakah golongan terbanyak dalam kategori ini?
Tentu saja Melayu..dan sekerat dua sahabat kita
berbangsa lain yang senasib!
MAHATHIR PENDOKONG KLEPTOCRACY :
Lihat bagaimana KERAjaan kleptocracy berfahaman
Fasis dokongan si Mandeliar Kutty menangani kemuflisan
syarikat kroni. Habis segala tabungan awam disalahguna
dan difaraid sesama mereka. Setelah itu beban syarikat
juga diturunkan kepada pengguna. Cadangan kenaikan
kadar insuran kenderaan oleh PIAM yang dihebahkan
ketika kegawatan rakyat oleh tekanan ekonomi dan
pembuangan pekerja amat memualkan. Alasan berkurangnya
keuntungan dan kelemahan mereka bermain saham dalam
BSKL,jelas menunjukkan sifat kapitalis yang rakus dan
tak bermoral.
Pengambilalihan semula saham MAS,IWK dan sistem LRT
yang akan menyusul jelas mempamirkan penyalahgunaan
kuasa pemerintah (ciri-ciri Kleptocracy!)yang akhirnya
akan merompak tabung awam milik rakyat miskin. Semasa
untung mereka berjoli sakan tanpa melampiaskan kepada
rakyat,apabila susah mereka menebuk tabung Dana rakyat
terbanyak tanpa malu dan segan di bawah naungan Bapa
Perasuah Negara, Sang Adijahat Negara Mahadeywata a/l
Kutty bapa kepada Mirzan.
Segala aktiviti ekonomi yang madey buat semuanya
berorientasikan keuntungan maksima untuk kroni dengan
menjadikan hak rakyat sebagai cagaran dan hamba
tebusan!!.Danaharta atau segala badan yang sekufunya
hanyalah untuk samaran 'camouflage' dan lesen
mengsonglap harta rakyat. Dalam masa yang sama 'Wak
Dogol' samada bertaraf Prof Cangkung @ sebagainya pun
akan mengesahkan tindakan itu sebagai WAJAR dan PINTAR
demi ekonomi negara dalam akhbar dan media massa
lain.Diikuti pula pemimpin BELODOK berdarjat kecil
meno atau NGO berpaksikan meno, mengulang kokok akan
segala rancangan serta tindakan 'pintar' Pemimpin
Menipu,PieM. Jilatan dan ampuan sebegini lah yang
membantu melicinkan operasi Mafia KERAjaan
Madey......DEMI emas sebahara!!!!! Kemudian diteliti
dan dipantau pula secara RABUN oleh BPR dan PDrM!!!!
Semasa untung,koperat terbabit berseronok sesama
sendiri membalun laba. Apabila bisnes jatuh kerana
salah pengurusan dan unjuran mereka, Rakyat pula
dipaksa menanggung kerugian. SEDAP MEREKA RASA...TAHI
RAKYAT TERIMA.....!!!!
BAILOUT 'MAS'- BUKTI ROMPAKAN SIANG HARI TERBARU!!!
Hukum asas jual-beli saham mengatakan 'BELI SEMASA
RENDAH JUAL SEMASA TINGGI'. Ini adalah kunci kejayaan
setiap pelabur samada peruncit maupun Institusi.
Barangkali ada juga pendekatan lain yang diamalkan
dalam mencari untung maksima perniagaan saham, TETAPI
tidak ada pendekatan yang membeli ketika HARGA MAHAL.
Hanya pemain saham bodoh saja bersikap begitu... :)!!
Dengan harga pasaran MAS RM3.60 di BSKL, KERAjaan
arah pembelian saham MAS pada harga RM8.00 dengan
alasan kepentingan strategik negara!!Lalu berbagailah
kupasan dan hujah yang disogok agar rakyat terima dan
redha. Sejumlah 1.9Billion duit rakyat dileburkan
begitu saja demi kasih kepada seorang kroni!(atau ada
laba yang menanti?!!)
Bagaimana pula hal nasib rakyat marhaen yang
dahagakan rumah selesa untuk berteduh.Apakah merugikan
jika peruntukan dikeluar dari KWSP untuk membina rumah
rakyat seperti di Singapura?? Oh!..pelaburan tak
menguntungkan.!!! Yang dileburkan dalam BSKL tak
apa???? Kalau untuk rakyat serba bermasalah, jika
untuk kroni atau anak bini tak apa..
ANTARA USAHAWAN BUMIPUTRA DAN SUPERBUMIPUTERA:
Dalam merujuk akan prestasi atau pencapaian
Bumiputra, Si Mahadey tanpa segan silu akan
menggunakan segala sumber yang ada untuk membuktikan
kejayaan sistem yang diterapkan oleh pentadbirannya.
Nama-nama yang suatu masa dahulu 'besar' akan dilaung
dan ditrumpetkan ke seluruh negara serta diulangtayang
oleh media massa. Tajudin Ramli,.....berbagai nama
lagi akan dihidangkan dengan cerita keajaiban
enterpreuneur empayar perniagaan mereka. Lalu
diwar-war akan berjayanya DEB sebagai satu sistem
pengagihan kekayaan yang adil untuk negara berbilang
kaum,sehingga dijadikan contoh kepada negara lain
seperti Fiji.
Kemudian nama yang bersendikan pemimpin uMMno dan
BeEnd menjulang dalam 'inner circle' empayar
perniagaan.Tanpa kebolehan dan bermodalkan nama bapa,
maka mereka pun melancarkan bisnes dengan semangat
'Daddy kasi'.
Disebalik keruntuhan ekonomi Asia yang menyaksikan
harimau menjadi tikus dan berbagai analog lain,
barulah terbongkar cerita sebenar silap mata dan
lakonan ekonomi mereka. Kebanyakan projek di negara
kita hanyalah bercorak non-profitable( ngabih
bogheh!!). 'Ekonomi buih' kata setengah pakar ekonomi.
Niat pemerintah hanyalah untuk menunjuk-nunjuk atau
'show off' sahaja. Dalam masa yang sama dapat
memunggah atau membolot khazanah negara untuk sekerat
dua manusia yang berdamping dengannya.
POLITIKUS MAIN WAYANG.... NASIB RAKYAT SEPERTI
LAYANG-LAYANG!!!!
Semenjak tersentak akan peralihan sokongan Melayu,
parti uMMno pun melancarkan program masuk kampong-
bermesra dengan rakyat.(Macam Brahmin nak bercampor
pariah- tak logik langsung!!). Maka akhbar pun
memaparkan gambar lakonan pemimpin meno, ada yang
memberi kain pelikat,gula,beras,kaki palsu hatta
kerusi roda!! Lalu gambar tentunya memfokus terang
kepada pemimpin tadi,bukannya si nasib malang!! Apa
punya cabuk pemimpin meno!!!!!
Itu semua adalah kerja Pegawai Kebajikan
Masyarakat- mereka sepatutnya yang menjalankan tugas
itu. Bukannya kamu wahai poliTIKUS murahan!!!(termasuk
si Denan samseng!!)Tugas kamu (wahai politikus meno!)
yang sebenar ialah memastikan peruntukan belanjawan
dan dasar memihak kepada orang miskin/susah. Bukannya
keutamaan kepada Koperat keparat!! Dalam Dewan rakyat/
Negara sepatutnya anda menjaguh atau abdikan tenaga
dan fikiran untuk kebaikan rakyat. Ada kah dengan
bergambar bersama si malang dan si miskin boleh
menarik sokongan rakyat? Sudah terlambat wahai
uMMnO!!! (Tak fotogenik langsung!!!)- FOTOGETEK
iye....
PARTI MELAYU MENDOKONG MAMAK (MALABARI PULA TU!!)
Benar bagai yang sering ditulis oleh Wak Amin
sapiro, bagaimana uMMno milik Madeywata menipu orang
Melayu dengan bercakap berdegar-degar tentang
pembelaan nasib orang Melayu. Apakah boleh diharap
pada kucing untuk menjaga ikan jemuran di para?? Atau
dubuk untuk menjaga ternakan??? Semua retorik yang
didegarkan dalam media massa hanyalah untuk halwa
telinga.Bolehkah percaya kepada sang mamak yang
memutarkan lidahnya untuk bercakap tentang pembelaan
melayu?? Menyembelih lagi ada la!!
Lihatlah bagaimana nisbah jemaah kabinet uMMno yang
memasukkan bangsa mamak melalui pintu belakang.Oh!
ya..tentu saja menggunakan kalimah prerogatif Perdana
Menteri.!!!Tak cukup dengan kabinet,dalam pemilihan
meno sekarang,berlaku cantasan Melayu dan menjolok
naik lagi keturunan Nana malbari.Khabarnya di Pulau
pinang, seorang lagi 'Thambi' Kadir Sheikh fadzir
NAIK!!!
Akan bercakapkah mereka membela nasib Melayu...???
Tidurkah lagi wahai Melayu Meno..???????
PARADOKS DALAM KEHEBATAN MELAYU 'ala uMMno':
Kita sering dihidangkan dengan drama Melayu yang
'out of touch' dengan realiti semasa.Dulu kita ada
siri PJ yang menghiburkan hati orang Melayu setanding
Dallas! Tergambar hebat dan kayanya orang melayu serta
berjayanya dasar kerajaan sehingga menaikkan taraf
ekonomi Melayu. Kini kita juga ada drama yang
sedemikan rupa!! Betul ke seperti yang
digambarkan??????
Anak muda Melayu dengan tali leher yang
kemas,berjawatan tinggi,motokar jenama besar dan
makannya pun di hotel-hotel. Ini nak cerita kehidupan
melayu kah atau orang uMMno?? Yang kita tahu anak
Melayu banyak menghuni di Pusat serenti berbanding
Universiti!!!!!!!!
SLOGAN DAN RETORIK MAINAN PEMIMPIN uMMno:
Selama ini bangsa Melayu terpesona dan khayal
dengan madat ciptaan Dr PiEm yang jahat itu. Bermula
dengan episod 13 mei dan buku Malay Delimma. Sudah
macam tertanam dalam kepala,Madey lah pemimpin yang
akan memperbaiki atau menjaguhi bangsa melayu. Dengan
kekuatan jaringan pemimpin muda dan imej doktornya,
madey mudah menarik sokongan dan perhatian ahli biasa
uMMno.
Dalam tempoh pemerintahannya itulah segala
keonarannya dibibit dan disemai ke dalam pemikiran
orang Melayu sehingga bercambah subur dan padu dalam
pemikiran mereka.Namun peristiwa pemecatan DSAI
menyebabkan melayu bangun dan terjaga dari mimpi
panjangnya. Lalu bangsa ini bangun dan menunjukkan
protes yang terbuka mencabar sistem mahathir-
demokrasi ala malbarinya!!!
Melayu terhimpit dan dipermainkan kerana jarang
mereka menggunakan anugerah Allah-OTAK untuk berfikir
secara yang kritikal!!!!!!
Sekarang sering kedapatan telatah kelakar pemimpin
Mamak dalam uMMno yang cuba menjuarai nasib bangsa
Melayu. Siap dengan slogan dan berbagai aturcara
berkaitan.Dulu SEMARAK, sekarang K3P- KEPALA
PENYAMUN,PEROMPAK DAN PENYANGAK!!!!!! Pandai mereka
mengenakan Presiden parti sendiri. MEMENAG SESUAI-
bagai sirih pulang ke gagang!!!!!
PENUTUP BICARA (agak terpanjang sikit):
Renungkan bait-bait puisi Pian Habib yang pernah
saya terjumpa di laman web:
" Di Kuala Lumpor banyak terdapat taman-taman tasik.
Ada Taman Tasik Perdana, ada pula Taman Tasik
Titiwangsa.......
Tempat orang Melayu merihatkan otaknya.......
Yang tak pernah GUNA......"
Fikirkanlah wahai ahli uMMno......
Dr Nologareng