Terdengar saja khabar ISA belaan KERAjaan BeEnd
mengganas, saya pun terus menunggu di depan peti TV
SONY yang terang gambar dan jelas bunyinya.Sesuatu
yang telah lama saya tinggalkan sejak dari minggu
pertama DSAI dikhianati oleh Parti Melayu yang umpama
kaldai tunggangan untuk Mamak berhala Tua itu.
Selingan awal menunjukkan wajah seorang lagi HERO
bikinan Madey( selepas Wira Zaini Sauk!)-Haji Norian
Mamai begitu serius dan heroic. Kemudiannya
terhidanglah babak senario PDrM yang mencuit hati
seluroh warga di kota maupun di desa. Sekali lagi
pimpinan muda Keadilan dan reformis difitnah serta
ditohmah dengan cerita bikinan kelompok SB yang
berjaya menjatuhkan kredibliti ketua mereka.
Intipati sedutan ceritanya tidak menarik minat
saya,kerana kita dah tahu mafhumnya- hanya untuk
membenarkan penahanan (The magnificient Seven- kata
Wak Amin) di bawah ISA.Yang menarik ialah mimik muka
dan herotan wajahnya apabila memberi sidang akhbar.
Ini mengembalikan nostalgia @ kenangan wajah Pakar
Memfitnah @ PM ketika mengulas kes DSAI di awal-awal
peristiwa itu.
Sang KPN dengan sepenuh tenaga dan tenang cuba
untuk kontrol macho dalam memberikan alasannya.
Cebikan dan cara pertuturan serta gerakan badannya
tidak selari dengan isi cerita karut babak Senario
yang khabarnya hilang dari fail pengarahnya.!! Dengan
moncong mulut dan keseriusan yang dipaksa mengingatkan
saya kepada sejenis lagi Primate- Chimpanzee.......
Seketika beliau melonjakkan badannya ke depan meja
seolah-olah cuba mencari postur yang selesa atau
meyakinkan!! Ternyata beliau sendiri pun rasa tak
percaya dengan apa yang beliau ucapkan.
(Khabarnya secara beremosi beliau tercabar dalam
sidang akhbar tersebut bila soal-jawab media bermula.
Beberapa huraian dan justifikasinya dikira
longgar.Mengaitkan kejadian negara jiran dan
bahan-bahan senjata yang melucukan itu amat biadap dan
celupar- umpama pelacur murahan yang tak dibayar
servisnya!!)
Rakyat cuba dipengaruhi dengan cerita negara jiran
dan reformasi yang ganas di sana.Untuk menakutkan lagi
rakyat uMMno, dikhabarkan pula mereka ini akan
menggunakan Rocket Launcher!!. Wow...hebat sungguh
kerja risik SB Madey!! Nak tanya sikit...kes rasuah
pemimpin uMMno macamana????? Eh, terdiam dan tersentot
kerandutnya.........
Selepas insiden Kampong Medan, inilah sandiwara
terkini Madey dan Jalutnya(Bedollah). Lalu Norian Mai
cuba untuk menggunakan Marlboro hajinya untuk
pengaruhi rakyat!! Media pengampu pun berhari-hari
mendendangkan bahayanya Reformasi.Sehingga ke hari
penyerahan MEMORANDUM pun masih mengugut dan
menakut-nakutkan rakyat.Namun kekentalan jiwa rakyat
merdeka terpancar dan diterjemahkan dalam perhimpunan
tersebut.
Jangan diperkecilkan angka 3000 orang yang hadir!!
Jika seorang yang berakal,ulasan sedemikian tentu tak
sanggup diutarakan.Bayangkan dengan ugutan seluroh
media termasuk Televisyen,beribu yang turun.Tanpa upah
maupun nasi bungkus atau RM10 dan T-shirt
percuma.Semuanya adalah golongan mewakili pengundi
samada golongan marhain maupun profesional.
Komen-komen sinis dari PM,menteri dan belodok
lainnya tidak memberi impak apa-apa,sebaliknya mereka
tertekan dan tersudut ke dinding untuk
menyorok.Kemaluan yang mereka tanggung tak boleh
tertebus dengan hanya ulasan bebal dan bodoh.Hadirin
yang hadir tercari-cari molotov cocktail dan rocket
launcher.......
Haji Noriah Mai...nak bersilapmata apa lagi???
Sebagai haji janganlah merosakkan 'keputihan' nilai
diri anda dengan fitnah yang hanya menguntungkan
Pengkhianat Mega itu!!!
Tindakan anda menyelamatkan kedudukan Mahadeyy
secara haram sebegitu akan didendami seluruh rakyat
jelata.........percayalah..!!!!! Anda mengesahkan
kejahatan jabatan anda dan dosa itu terletak atas
pundak anda selamanya!!!
ehek