Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ucapan ini yang sepatutnya diambil tindakan

Sepatutnya ucapan ini patut diambil tindakan oleh Majlis Fatwa atau Pusat Islam

1. "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." (Dr. Mahathir Mohamad, temu bualnya dengan media massa, 14 Julai 1992.)

2. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994.)

3. "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994.)

4. "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secocok dengan ajaran Islam." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994.)

5. "Pelaksanaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." (Dr. Mahathir Mohamad, temu bualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991

6. "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam.’ (Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992.)

7. "PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid." (Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan.)

8. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992.)

Jika anda tidak percaya kepada kenyataan-kenyataan di atas, pergilah ke pusat sumber, Jabatan Penerangan atau pejabat media yang berkaitan untuk mengesahkan sumbernya. Segala-galanya dipetik dari kenyataan akhbar dan beliau tak menafikan, kerana ia di ‘quote’ oleh wartawan. Tetapi, jika anda sendiri pernah membaca dan/atau mendengar ucapan orang-orang itu, saya percaya anda tidak akan membohongi diri sendiri.

Firman Allah dalam Surah al-An’am, ayat 68, maksudnya: Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangan telaga di syurga. (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahihal-Bukhari)

Firman Allah dalam Surah an-Nisa` ayat 140: Maksudnya: Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67, maksudnya: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113, maksudnya: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

– FRONTMUSLIM
Gombak


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com