Semalam, aku ada di Putrajaya membawa seorang kawan lama melihat Masjid berwarna unggu dan keindahan sekeliling yang dibina dengan wang rakyat. Dipendekkan cerita, setelah berjaya mencari temat bruduk dia terus masuk dan bersolat sunat. Kenapa lama bersolat tadi tanyaku? Aku pohonkan doa kepada Allah agar setiap insan yang tersenyum panjang di sini sedar betapa semua kindahan ini adalah hasil titik peluh rakyat yang menderita. Majoriti yang menderita itu sudah pun lama mati.
"Jom," katanya. "Kita harus cepat cabut dari sini.Ribut akan datang menggila Ibukota akan kebanjiran dan bumi akan terus menangis lagi." Aku terpegun dan beralari anak ke kereta. Memang, awan terlalu tebal mendungnya seolah-olah melindungi seuatu rahsi yang aku sendiri tidak arif untuk menterjemahkannya. Sepanjang jalan, memang gelap gelita. DJ di radio sudah pun memberitahu akan keadaan banjir di ibukota dan jalanraya yang perlu dielakkan. Aku putar haluan dan mencari Jalan LDP untuk mengelakkan jalan ke Angkasapuri yang sudah dikatakan sesak itu. Kawanku berkumat-kamit lagi di sepanjang jalan. "Ya Allah....Teruskanlah....cabutkanlah bumbung menghijau yang menutupi Pejabat PM itu." Aku terdiam dan bertanya juga akhirnya. Aku kehairanan kenapa dia mahu berdoa seperti itu.
"Kau lihat, memang aku geram kali ini.... Apa apunya Mamak Tongkang yang mahu mencipta Melayu Baru...? Kenapakah dibina Komplek Kerajaan lebih tinggi tempatnya daripada sebuah masjid? Apakah dia mahu Islam itu diperintah ? Bukankah Islam itu yang sepatutnya memerintah....? Tak guna punya Mamak tongkang...!
Aku terdiam sambil memandu keretaku, sambil memikirkan mana lagi hala yang perlu dituju. Pengemuman di radio mengatakan ibukota sudah banjir teruk. Aku teringatkan saudaraku yang duduk di perkampungan FRU. Aku teringatkan anak-anak FRU dan polis yang menghuni di situ. Bukankah tempat perkampungan mereka yang paling teruk dilanyak banjir? Aduh... di manakah Mamak Tongkang kali ini....?
Teringat pula aku akan keluarga tentera yang banyak merempat di perkampungan setinggan.Bagaimana agaknya keadaan mereka. Memang..bagaimana agaknya orang Kampung Baru...?Mereka tentu akan kehilangan segala-galanya. Apakah mereka akan berkumpul lagi esok hari untuk eratur menerima pampasan sekitar 20 RM dan pinggan pelastik sekadar enam keping...?
Aku teringat pula para peserta Mardigrass KL 2000 yang ditaja bersama oleh persatuan Gay Malaysia. Di manakah presiden mereka kali ini? Apa jadi dengan rumah-rumah para peserta mardi grass itu yang rata-rata daripada golongan orang yang paling kaya dan paling kayap....? Di manakah ong kuat MATIN...?
Di manakah engkau Mamak Tongkang. Aku mahu melihat mukamu....?