LAPORAN POLIS FAUZI TERHADAP KHALIL - Bagaimana dengan J Jarjis Pulak? :
Kalau Ketua Borek Tentu Anak-Anak Buahnya Rintik…!!!!
Terlanjur terbuka tembelang perbuatan khianat bekas Menteri Besar Pahang
terhadap rakyat Pahang maka saya kini yakin semua anak buah (Exco dan
DUN/Parlimen terutamanya) banyak lagi busuknya. Terlanjur cerita Khalil, saya
ingin cerita satu persatu kisah busuk mereka ini demi kesedaran rakyat Pahang
yang mempunyai pemimpin yang JAHAT lagi LANUN.
Oleh kerana dah ada cerita JAMALUDDIN JARJIS maka saya nak tambah apa yang orang
lain dah cerita. Kalau betul Tenaga Nasional Berhad nak beli beberapa hartanah
Bandar Muazzam yang berhantu, maka BPR mesti siasat JAMALUDDIN JARJIS. Sebab
saya tahu dia memiliki melalui syarikatnya bangunan dan tanah di persekitaran
Bandar Muazzam. Sebagaimana tektik orang UMNO selalunya semua barang tak laku
dan masalah dijual pada syarikat “Kepunyaan Rakyat-PETRONAS/TNB/TELEKOM/MAS”
dengan berbagai cara dan sebab.
Dengar khabarnya TNB buat keputusan membeli hartanah Bandar Muazzam kerana
tanggungjawab sosial konon…!!! Sudahlah masa bina dan bangun Bandar Muazzam dulu
kamu semua kroni-kroni dah songlap projek-projek tersebut dan bila masalah kini
tanggungjawab sosial lagi…!!! J JARJIS kalau betul tanggungjawab sosial apa
salahnya kamu bagi banyak biasiswa kepada anak Melayu yang belajar di Universiti
Tenaga tu. Ramai yang tidak mampu tau tak…!!!
Dengar gossip lagi dia dah pakat dengan anak PM nak buang program bisnes dan
pengurusan di Universiti Tenaga untuk tidak “compete” dengan Kolej Ikram (anak
PM ada kepentingan!!). Lepas itu mungkin Kolej Ikram ambilalih Universiti
Tenaga. Kan ke Kolej Ikram dan Universiti Tenaga sebelah-sebelah sahaja Hebat
betul kamu semua….!!!
Dengar cerita lagi J JARJIS nak buat kawasan tunggang kuda di Universiti Tenaga
sebab nak ampu PM kerana ceritanya PM pernah berkuda dari Putarjaya ke
Universiti Tenaga. Tak habis-habis J JARJIS ni…!!!
Bila orang UMNO nak “justify” mengapa mereka melakukan sesuatu anda akan dengar
mereka akan kata sesuatu tidak lari dari sebab-sebab berikut:
1. Demi tanggungjawab sosial.
2. Demi kepentingan Orang Melayu kalau tidak Cina untung. Nak buang orang Cina.
3. Kalau kita tak buat orang lain akan buat.
WAHAI ORANG PAHANG JANGAN TERTIPU LAGI…!!! ORANG-ORANG PAHANG APA NAK PILIH
MEREKA INI MEMIMPIN KITA LAGI….???
dari ...
....KAWAN RAPAT JARJIS
– Walau apa pun Syabas Fauzi demi kebaikan rakyat Pahang…….!!!