Pengeliruan Jabatan Pendidikan Terengganu Terhadap Pegawai Pendidikan Yang
Terlibat Dengan JSR Atau Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Terengganu.
Berkait dengan perkara di atas adalah dengan sukacitanya dimaklumkan
seperti berikut:
Kami iaitu guru dan kakitangan Pendidikan Negeri Terengganu dari Daerah
Marang dan Hulu Terenganu diminta hadir ke Pertemuan dengan Timbalan
Pengarah Pendidikan Terengganu
(Haji Omar bin Hussin dan Penolong Pengarah En. Muhammad bin Embong)
Pada: 9 April 2001 ,
Masa: 10.00 pagi,
Tempat: Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu
2. Kekeliruan kami adalah seperti berikut:
1. Panggilan perjumpaan tersebut tidak melalui “surat panggilan” tetapi
melalui talipon dari Pejabat Pendidikan Daerah kepada sekolah , bila
ditanya Tim. Pengarah ,di jawab ini perkara segera. (kebentulan saya
sendiri menerima talepon , 5 hari sebelum tarikh.)
2. Dari 15 buah sekolah menengah dan 68 buah sekolah kebangsaan dari kedua
daerah Marang dan Hulu Terenggagu, haya 10 orang guru dan 6 orang
kakitangan sekolah yang terlibat dengan perjumpaan ini. Tim .Pengarah
mengakui masih ramai lagi guru dan kakitangan yang terlibat, tetapi ini
adalah diatas anisiatif Pengetua dan Guru Besar yang memberi kerjasama.
3. Pada awal bulan Mac 2001 , Guru Besar (S.K. ………..) telah mengarahkan saya
mengisi borang “LAMPIRAN A1” PERMOHONAN UNTUK MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI AHLI
MAJLIS PERBANDARAN/DAERAH/JKKK/JSR.
Memandangkan tidak ada surat arahan dari Jabatan , saya tidak mengisi borang
tersebut.
Penjelasan dari En. Muhammad bin Embong (Penolong Pengarah) dalam
perjumpaan di atas Borang tersebut tidak perlu di isi kerana JSR
bertentangan dengan Kerajaan Pusat.
4. Dalam Perintah Am Bab D , Pegawai Kerajaan mistilah mematuhi Yang
Dipertuan Agong dan Kerajaan Yang Memerintah . En Muhammad bin
Embong telah mengelirukan kami, ia itu Kerajaan Terengganu mempuyai
peraturan yang tersendiri, begitulah juga dengan Kerajaan Persekutuan
mempuyai peraturan yang tersendiri.Permasalahannya Adakah Kerajaan
Terengganu itu di luar dari Yang Di Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia
5. Tim. Pengarah mengatakan , Kenterian Pendidikan telah mengadakan
mesyuarat dengan Ketua-Ketua Sektor Pendidikan Negeri Terengganu , dan
membuat keputusan melarang guru dan kakitangan Pendidikan melibatkan diri
dengan JSR atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu (Tidak boleh
menghadiri mesyuarat di peringkat Kerajaan Negeri Terengganu). Sekolah belum
memaklumkan ( tiada ada pekeliling) kepada guru atau kakitangan, tetapi
Pejabat Pendidikan telah membuat tindakan.Misti meletak Jawatan JSR sebelum
14 April 2001 atau diambil tindakan tatatertib/ tukar Ke Sabah atau Serawak/
atau di mana jua)
6. Guru dan Kakitangan Pendidikan dibenar terlibat dengan JKKK kerana
jawatan itu dilantik oleh Kerajaan Pusat, kerana ia tertakluk kepada
Peraturan Kerajaan Pusat. Peraturan ini bertepatan dengan araham Datok
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang memecat JKKK yang terlibat dengan
Negeri, kerana Kerajaan Negeri mempunyai Peraturan yang Tersendiri.
Sedangkan JKKK telah melibatkan operasinya terhadap rakyat Negeri Terengganu
yang menolak dasar Kerajaan BN.
7. Perjumpaan dengan Tim . Pengarah Pendidikan Terengganu ini telah
dilakukan di setiap daerah dalam Negeri Terengganu mengikut masa dan tempat
yang ditentukan, sebahagian kami tinggal /bertugas jauh dari tempat yang
ditetapkan itu, bila arahan itu tidak menggunakan surat, kami tidak berhak
membuat tuntutan perjalanan. (ini adalah tindakan yang tidak bertanggung
jawab atau pengkhianatan)
8. Pengetua dan Guru Besar yang terlibat dari Daerah Marang dan Hulu
Terengganu (Yang sempat saya kesan) ialah :
1.S.K. Bukit Sawa
2.S.M.K Mercang
3.S.K. Tanggol
4.SMK. Landas
Sekian dimaklumkan.