Perasaan terkilan akibat tidak berkesempatan menyertai
sambutan Black 14 pada tahun yang lalu tidak mungkin
dibiarkan berulang lagi pada tahun ini. Lantas apabila
pemgumuman tentang program perhimpunan penyerahan
memorandum rakyat bersempena tarikh keramat 14 April
itu dibuat, keputusan untuk menjadi sebahagian
daripadanya tidak perlu dipertikaikan lagi. Peristiwa
penangkapan 7 pemimpin BA dan aktivis reformasi serta
ugutan KERAjaan madey yang mengharamkan perhimpunan
itu hanya menguatkan lagi semangat ini untuk hadir.
Pada malam 13 April selepas mengikuti ceramah BA di
Taman Melewar pada malam itu, kami sempat meninjau ke
tapak perhimpunan di Menara Tun Razak. Manalah tahu
kalau-kalau berpeluang melihat dengan dekat trak
watercanon yang berharga 2 juta itu. Namun suasana
begitu lengang dan yang kelihatan tersadai di tepi
jalan hanyalah deretan lori-lori DBKL.
Keesokan harinya, 14 April, kami meninggalkan kereta
di salah sebuah stesen LRT dan menaiki LRT sehingga di
SOGO. Kemudian kami mula mengatur langkah ke Menara
Tun Razak yang terletak tidak jauh dari situ. Di dalam
hati debaran tetap tidak dapat dielakkan.
Bermacam-macam perkara yang terbayang di dalam
fikiran. Diri ini begitu yakin sesuatu pasti akan
berlaku pada hari itu. Di depan sana telah tersadai
trak watercanon beserta anjing-anjing kurap yang tidak
mesra rakyat itu. Kami mula berkira-kira untuk
memberikan alasan tertentu sekiranya ditanya akan arah
tujuan.
Namun kami berjaya ke Menara Tun Razak tanpa sebarang
halangan mahupun masalah. Kelihatan beberapa kelompok
manusia berhimpun secara berselerak di perkarangan
bangunan itu. Pada pukul 10.10 pagi, barisan pemimpin
BA dan NGO tiba di perkarangan bangunan itu. Dalam
sekelip mata sahaja kelompok-kelompok orang ramai tadi
bersatu membentuk lautan manusia mengiringi barisan
pemimpin masuk ke pejabat SUHAKAM. Kelihatan dari
tingkat atas bangunan itu kakitangan-kakitangan
pejabat berdiri di tepi tingkap untuk turut
menyaksikan majlis pada pagi itu. Malah sewaktu doa
dibacakan mereka turut bersama-sama mengaminkan doa
tersebut.
Sepeninggalan delegasi Penyerahan Memorandum Rakyat
yang diketuai oleh Kak Wan masuk menemui wakil
SUHAKAM, Sdr. Malek Hussein memikul tanggung jawab
untuk menenangkan keresahan para penyokong yang
menunggu perkembangan seterusnya. Para pemimpin BA dan
badan-badan NGO yang turut berada di luar telah diberi
kesempatan untuk berucap ringkas sebagai mengisi
waktu. Setiap ucapan mereka mendapat sambutan yang
hangat dari para hadirin. Namun begitu tatatertib
cukup dijaga agar tiada sorakan REFORMASI dilaungkan
oleh para penyokong.....hanya takbir dan slogan-slogan
yang tertentu sahaja dibenarkan. Almaklumlah laungan
yang sebegitu adalah menjadi pantang larang yang maha
keras buat pencacai-pencacai KERAjaan itu. Walaupun
benci dengan kongkongan sedemikian, namun demi
menjamin kelancaran program para penyokong terpaksa
akur jua. Cuma sesekali terdapat juga seorang dua yang
tidak dapat menahan perasaan sehingga terlepas juga
slogan-slogan yang digeruni oleh pihak beruniform itu.
Sebenarnya dalam pada menunggu sambil dijamu dengan
halwa telinga itu, mata masing-masing begitu liar
melihat sekeliling terutamanya ke arah kumpulan
anjing-anjing beruniform itu. Ternyata sekiranya
berlaku juga perkara yang dingini sangat oleh
konco-konco madey itu, jalan untuk meloloskan diri
agak sukar sekali. Ini adalah kerana kedudukan kami
yang terkepung di antara 2 buah bangunan manakala
setiap sudut pula telah terpacak pepuak-pepuak
tersebut yang kelihatannya begitu bersedia untuk
melaksanakan misi darah daging mereka itu.
Di tengah-tengah kehangatan bahang ucapan
pemimpin-peminpin itu, terdapat seorang lelaki yang
kelihatan 'overacting' di dalam menyahut setiap ucapan
yang diberikan. Sambil menjulang-julang tangannya ke
udara dan melaung-laung, beliau bersalaman dengan
setiap mereka yang berada berdekatan dengannya. Tindak
tanduknya itu mengundang perhatian dari kami yang
sememangnya bersedia untuk menghadapi sebarang bentuk
provokasi. Namun setelah diperhatikan untuk beberapa
ketika, kepelikan perangainya itu lebih menjurus ke
arah kumpulan yang satu lagi......'wayar putus di
kepala'. Maka kami hanya ketawa dan seterusnya tidak
lagi mengendahkan lelaki tersebut.
Pada kira-kira jam 11.40 pagi, delegasi Kak Wan keluar
dengan diiringi oleh wakil SUHAKAM, Tan Sri Anuar.
Tepukan bergemuruh diberikan disertai dengan laungan
takbir yang bersemangat sekali. Kak Wan memberikan
ucapan ringkas dengan mengumumkan bahawa memorandun
rakyat telah berjaya diserahkan kepada pihak SUHAKAM.
Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada
semua penyokong yang telah hadir pada pagi itu. Ucapan
terima kasih juga ditujukan kepada pihak SUHAKAM yang
telah sudi menerima memorandum tersebut.
Puan Aliza, isteri Sdr. Saari Sungip, turut menjadi
sebahagian dari delegasi tersebut. Ketabahan dan
semangat yang terpancar dari seri wajahnya itu sangat
menyentuh perasaan. Begitu juga dengan isteri Sdr.
Ezam yang turut serta dengan senyum yang tidak pernah
lekang dari bibirnya. Sesungguhnya semangat yang
ditunjukkan oleh kedua-dua wanita besi ini menjadi
simbol kekuatan kepada para penyokong BA.
Wakil SUHAKAM, Tan Sri Anuar, juga berucap pendik
menghargai usaha penyerahan memorandum rakyat itu.
Katanya pihak SUHAKAM tidak dapat memberikan apa-apa
jaminan terhadap perkara-perkara yang disuarakan di
dalam memorandum tersebut. Namun pihaknya berjanji
akan mengkaji dan meneliti semua perkara yang telah
dibangkitkan itu. Beliau seterusnya meminta kami
bersurai dengan aman selepas itu. Yang menariknya
adalah apabila beliau turut menyeru agar pihak
anjing-anjing kurap memberikan kerjasama memastikan
agar perhimpunan dapat bersurai dengan aman. Baris
ayat terakhirnya itu disambut dengan sorakan dan
tepukan yang hangat sekali.
Sambil mengiringi barisan pemimpin ke tempat letak
kenderaan untuk pulang, kami bertakbir dan melaungkan
slogan-slogan keramat. Tidak ketinggalan lagu yang
telah sebati dengan para reformis turut
berkumandang.'Suara Rakyat....Suara Rakyat....Suara
Rakyat laungkan'......masih terngiang-ngiang lagi di
telinga ini dendangan para penyokong BA waktu itu.
Alunan lagu yang dinyanyikan dengan mendayu-dayu itu
begitu menyentuh kalbu seolah-olah membayangkan
perasaan dan hati setiap yang hadir pada hari
itu......puas, gembira dan terharu kerana ternyata
cabaran besar menyertai perhimpunan BLACK 14 pada hari
itu telah berjaya ditempuhi!
Oleh kerana masa masih awal lagi, kami bersetuju untuk
ke SOGO pula. Ada juga terdengar bisikan-bisikan yang
menyebut SOGO sebagai destinasi terakhir. Mungkinkah
DPS akan menyusul.......kebetulan pula hari tersebut
adalah hari Sabtu. Beberapa reformis yang tidak asing
lagi kelihatan berlegar-legar di hadapan SOGO. Kami
yang kelaparan mengambil keputusan untuk makan di
tempat yang berhampiran sambil memerhatikan keadaan di
hadapan SOGO dari jauh. Tidak lama selepas itu muncul
sekumpulan anjing-anjing kurap menuju ke situ sambil
menghayun-hayunkan cota mereka. Puak-puak SB bermuka
tebal itu turut memeriahkan kumpulan tersebut dan
melepak di tempat yang sama. Sehingga jam 2.00 petang
puak-puak itu masih setia menjadi kutu lepak di SOGO.
Nampaknya rezeki mereka tiada pada hari itu!
Kami pulang ke Utara dengan perasaan yang
bercampur-campur. Gembira dan puas kerana akhirnya
majlis penyerahan memorandum rakyat itu berjaya
disempurnakan dengan aman sekali. Jauh di sudut hati
ini tersimpan pula satu perasaan yang agak terkilan.
Terkilan kerana puak-puak anjing kurap yang terkenal
ganas lagi samseng selama ini MENIKUS pula pada hari
itu. Kehadiran mereka hanya sebagai pak pacak ditemani
oleh trak watercanon yang tersadai tidak bermaya di
tepi jalan. Bila difikir-fikirkan kembali terbitlah
jawapan kepada kepondanan sikap mereka
itu.......bukankah telah digembar-gemburkan oleh ketua
mereka sendiri akan rusuhan yang bakal berlaku pada
perhimpunan kali ini yang dilengkapi pula oleh
senjata-senjata canggih seperti rocket launcher,
grenade, bom molotov cocktail dll. Tentulah tidak
terlawan oleh pasukan mereka yang hanya bersenjatakan
trak air pemancut dan senjata-senjata kuno itu. He,
he........dengan kata lain .....mereka itu bukanlah
lawan kami untuk hari itu! Nah....kalau begitu
dong.....di masa-masa hadapan pinjamlah kereta kebal
dan kelengkapan perang dari pasukan tentera. Kalau
setakat trak pemancut air tu.....reformis
bilang......boleh piiii dah!!!!!
LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
Kak Id 2000