Karyawan dan para seniman adalah sebahagian dari masyarakat. Kami menggunakan kemahiran dari pelbagai cabang dan genre seni untuk merakam, mentafsir dan menunda maju ke hadapan citarasa dan sensibiliti masyarakat.
Semua kerja-kerja seni dan bentuk-bentuk seni yang dihasilkan berpunca dari pengamatan dan penafsiran para karyawan dan seniman terhadap masyarakat disekelilingnya.
Karyawan dengan masyarakat adalah seperti ikan dengan air. Tanpa air tidak mungkin ikan akan bernafas.
Karyawan dan seniman tidak akan dapat dipisah dari jalur dan arus perkembangan sosial dan politik negara.
Dengan penuh kesedaran dan keyakinan kami karyawan dan seniman menuntut:
INSAN SEBAGAI CIPTAAN SENI
Kerajaan yang berkuasa, parti yang sedang memerintah atau yang bakal memerintah untuk menghormati insan sebagai satu ciptaan seni yang lengkap.
KEBEBASAN DAN HAK ASASI
Menghapuskan semua undang-undang dan akta yang menghalang, berkemungkinan menghalang atau boleh ditafsirkan akan menghalang kebebasan isan dari meneroka potensi keseniman seseorang.
NILAI KEMANUSIAAN
Mengembalikan dan memperkukuhkan nilai-nilai kemanusian dan hak asasi sejagat.
Dipertanggungjawabkan oleh:
1. Ito
2. Zunar
3. Wong Hoy Cheong
4. Hishamuddin Rais
5. Hasmi Hashim
6. Nasir Jani
7. Nasir Bilal Khan
8. Tengku Sabri Ibrahim
9. Yap Sau Bin