
Rasanya tak perlulah saya nyatakan nama beliau, sebab semua sudah maklum akan ulama' dan ahli pemikir yang ulung serta hebat ini yang pernah diketengahkan oleh UMNO awal abad ini. Beliau ditugaskan untuk menjawab segala hujah-hujah dari Ulama'-ulama' PAS, menyokong fitnah terhadap Sdr. Anwar Ibrahim serta mengeluarkan pendapat-pendapat yang mengelirukan orang ramai. Beliau yang berasal dari Jabat, Selatan Thailand begitu bersederhana dalam segala hal. Beliau juga pernah menetap dibeberapa buah negara di Timur Tengah. Imej Islam yang cuba ditonjolkan oleh beliau amat-amat dikagumi oleh orang-orang yang mempunyai fikiran seperti Dr.Mahathir dan pengampu-pengampunya. Saya kerap mengikuti tulisan-tulisan beliau di akhbar Utusan dan amat kagum(#%@x#!!) dengan isi kandungan tulisannya yang selalu menghina ulama'-ulama' yang tidak menyokong kerajaan BN.
Apa yang saya nak nyatakan disini adalah, jika selama ini apa yang didustakan oleh beliau di dalam tulisan-tulisannya mengenai Islam serta Ulama'-ulama' muktabar tidak di ambil sebarang tindakan oleh para mufti serta alim ulama' kerajaan maka kitalah yang perlu untuk mengajar beliau. Tetapi apa yang saya cadangkan ini tidaklah sampai untuk mencederakan atau mengapa-apakan beliau tetapi cuma sekadar untuk memberi tekanan perasaan sahaja.
Apa yang kita boleh lakukan?
Ya, banyak perkara dan cara yang boleh dilakukan untuk mengajar beliau. Sebagai penyokong pembangkang, kita terdiri dari pelbagai-bagai golongan sama ada yang profesional atau sebaliknya.
Sebagai contoh:
Jika kita seorang pengusha kedai makanan, dan jika beliau hadir dikedai kita untuk menjamu selera, kita jangan layan beliau seperti orang biasa, beliau adalah seorang yang istimewa kerana berani dan lantang menentang Tok Guru kita, oleh itu jika kita hendak mengambil pesanan makanan, beliaulah orang terakhir yang kita jumpa, kalau boleh biar dia panas hati. Dan kalau makanan sudah dipesan, cuba lewatkan sikit proses penghantarannya( lagi lama lagi bagus ).
Jika kita seorang pemandu teksi, dan jika beliau menjadi penumpang kita, kita bolehlah melambat-lambatkan kelajuan kenderaan kita jika beliau mahu cepat sampai ke sesuatu distinasi. Kalau boleh lalu jalan yang jem teruk sampai dia tension giler atau lalui jalan yang jauh dari jalan asal.
Jika kita berkerja dikaunter-kaunter sama ada di bank, klinik, pejabat pos dan sebagainya, cuba lengahkan urusan beliau ( awas jangan sampai boss kita nampak atau orang lain perasan). Atau buat sesuatu yang membuat beliau naik darah seperti buat-buat tak dengar apa yang beliau sebut ( bukan apa, cuma nak uji tahap kesabaran beliau )
Jika kita berjumpa beliau secara tak sengaja atau terserempak dengan beliau di majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi, apa yang boleh kita lakukan adalah: Jika beliau bertanya kita apa-apa soalan kepada kita, kita jawab dengan sopan seperti sepuluh perkataan yang beliau tanya, kita hanya perlu menjawab sepatah sahaja. ( contoh jawab ya atau tidak )
Dan pelbagai cara lagi yang boleh kita buat, terpulang mengikut bentuk perkerjaan atau perkhidmatan yang kita lakukan seharian. Yang penting disini beliau perlu merasa tekanan perasaan yang teruk ( supaya mudah-mudahan beliau insaf atas apa yang beliau lakuakan terhadap umat Islam selama ini ). Kaedah yang kita lakukan ini adalah terlalu kecil berbanding apa yang beliau buat( mengelirukan pemikiran umat Islam ). Jika Imam Khomeni pernah mengeluarkan fatwa supaya Salman Rushdie di hukum bunuh kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W serta Al-Quran dalam buku beliau, sehinggakan beliau sentiasa hidup dalam ketakutan serta tertekan dan terpaksa meminta perlindungan dari negara-negara barat. Kenapa kita tidak boleh lakukan perkara ini kepada beliau (pendusta agama). Kita tak samakan beliau dengan Salman Rushdie( walaupun kita tahu beliau lebih merbahaya dari Salman Rushdie kerana tulisan-tulisan beliau seakan-akan menjurus kearah itu).
Firaun Yang Baik
Dalam ruangan bicara agama(?) beberapa minggu yang lepas, beliau ada menyatakan perihal Firaun yang baik. Kita perlulah menyokong pendapat beliau itu, pada masa akan datang kita harap beliau akan menamakan anak beliau dengan nama-nama Firaun seperti Ramses dan sebagainya atau terus saja namakan Firaun Bin ****** . Anak-anak pemimpin (UMNO) atau penyokong-penyokong beliau juga bolehlah dinamakan dengan nama-nama Firaun yang baik. Kerana nama Nabi dan Rasul yang baik-baik sudah begitu banyak di namakan pada anak-anak mereka atau mereka sendiri ( orang UMNO ) tetapi perangai mereka tidaklah sama atau hampir sama dengan nama Nabi dan Rasul. Gambar salah seorang Firaun yang baik ada di pamerkan di sebelah ini. Namanya Mahafiraun.
Akhir sekali saya berharap apa yang saya cadangkan ini di jadikan kenyataan untuk mengajar pendusta-pendusta agama seperti beliau.
Sekian.
P/S: Gambar beliau bolehlah ditampalkan di merata-rata tempat umum ( supaya mudah orang ramai mengenali beliau )
Oleh: kenyalangman@freeanwar.com