Apalah nak jadi dengan negara kita ni? Nak berhimpun secara aman tak boleh. Kebebasan bersuara pun tiada lagi. Harakah yang disayangi rakyat pun dikenakan tekanan. Bukan lagi 2 kali seminggu tapi penerbitannya sekarang 2 kali sebulan. Sekarang kita dikejutkan pula dengan arahan baru di mana ceramah terbuka tidak boleh dijalankan lagi. Satu demi satu sekatan dan tekanan. Mana ada ruang lagi untuk rakyat jelata nak mendengar berita berita yang benar? Inikah dinamakan kerajaan yang telus? Bukan telus tapi kerajaan yang kaki sorok kerana gemar menyorokkan benda benda yang benar!
Yang mereka mau ialah rakyat mesti tonton TV kepunyaan mereka dan membaca akhbar akhbar milik kroni kroni. Bukan setakat membaca atau mendengar aja tapi kena percaya semua yang mereka cuba sajikan! Ini satu bentuk paksaan setelah menyekat ruang berita berita alternatif. Demokrasi apa namanya ni? Minda kita nak dijajahnya mereka. Kalau betul apa yang dilaporkan, tak apa juga tapi asik diputarbelitkan fakta fakta. Penuh dengan propaganda mereka yang menjijikkan. Penuh dengan laporan laporan yang ternyata berat sebelah. Penuh dengan fitnah fitnah terhadap pihak lawan.
Lagi dibuat, lagi rakyat menyampah. Lagi rakyat menolak UMNO tapi kerana puak puak ni dah tersepit sangat, walaupun dah bernyawa ikan, mereka tetap berdegil dan depa teruskan agenda tak senonoh mereka. Kerana apa? Kerana the stakes are so big. Segala apa yang dilakukan bukan untuk kebaikan UMNO, bukan untuk menyelamatkan UMNO tapi sebaliknya untuk menyelamatkan diri masing masing. Golongan inilah yang menghancurkan UMNO! Bayangkan kerajaan boleh tumbang dan semua yang terlibat dengan kerja kerja kotor (termasuk pegawai pegawai kerajaan seperti peguam negara, pegawai pegawai polis dan pegawai pegawai kerajaan yang bersubahat) akan turut tumbang. Oleh yang demikian, mereka yang turut terlibat tiada pilihan lain melainkan menyokong terus agenda agenda kotor yang dilaksanakan.
The stakes are so big! Percayalah, orang orang yang sudah tersepit akan melakukan apa saja. Killed or be killed! Kita berhadapan dengan MAKHLUK2 PEROSAK negara yang sudah hilang pedoman, hilang keupayaan berfikir secara rasional serta sanggup bertindak zalim dan kejam. MAKHLUK2 PEROSAK ini DON’T GIVE A DAMN ANYMORE!
Hang Tuah