Kita hari ini dihidangkan dengan isu-isu yang bertambah sengsara buat umno, nampak nya unmo ada dalam keadaan parah, bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga. Disini saya ingin mengajak sdr/sdri untuk menilai sendiri tentang pergolakkan dalam umno mahu pun diperingkat cawangan ataupun bahagian atau pusat, sekarang ini mesyuarat cawangan telah pun berakhir dan akan bermula diperingkat bahagian pula, semasa mesyuarat diperingkat cawangan telah berlaku kumpulan, kumpulan A, kumpulan B dan ada juga setengah cawang kumpulan C. Kumpulan-kumpulan ini bukan nak ambilkira pucuk pimpinan mana yang nak ikut tetapi hendak rebut jadi perwakilan keperingkat bahagian, ada juga yang berhajat nak jadi perwakilan secara sukarela, apa yang dijawab oleh ahli " kalau setakat nak bertanding dengan air lior saja lebeh baik balik rumah tarik kain selimut", itu sudah cukup untuk kita katakan berlaku rasuah dalam peringkat cawangan.
Apa yang lebeh teruk lagi apabila diperingkat bahagian nak bertanding AJK cukup hebat, Bertanding ketua lagi lah sakan tak mainlah sikit-sikit hingga mencecah setengah juta ringgit malaysia sdr, bukan setengah juta rupiah. Setengah bahagian ketua pemuda pun dia ketua bahagian pun dia, maklumlah bapak borek anak rentik, timbul pula kesah dekat Berserah Pahang pun bertambah-tambahlah parah keadaannya.
Jadi disini saya ingin mengajak seluruh rakyat negara ini yang cintakan tanah air ini tak kira apa bangsa sama-sama kita berganding bahu dengan tikat yang satu meletakkan BA sebagai penegak keadilan kepada rakyat menjaga kepentingan, kita tidak meminta kepada BA untuk memberi segala apa saja kita mahu, tetapi kita mahu berlaku adil seadil-adilnya. Bersatu kita teguh, bercerai umno masuk gaung, biarkan!!!. Kita tak perlu tunggu sdr Nizam bongkar dimahkamah orang umno sendiri yang bongkar satu persatu. Selepas ini nanti ada lagi hamba-hamba umno yang akan muncul untuk membongkarkan maklumat demi maklumat kepada kita, tunggu dan nilailah sendiri dimana kedudukan umno akan tinggal.
Sekarang ini barulah peringkat MT nak siasat gejala rasuah dalam parti yang sudah beritu tenat untuk dipulihkan, hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Kita ambil contoh tentang penyakit kuku dan mulut dinegara Eropah segala ternakan yang dijangkit oleh kuman penyakit tersebut terpaksa dimusnahkan tak guna disimpan lagi, begitu juga dengan umno kalau dah parah, terpaksalah dimusnahkan, untuk memusnahkannya bukalah BA saja yang nak musnahkan tetapi rakyatlah yang paling berkuasa sekali untuk memusnahkan nya.
Kuasa dan tanggungjawab kita amat berharga tidak ada siapa lagi boleh memaksa kita pada hari itu, jadi gunakan kebijaksanaan kita untuk masa depan kita bersama. Tuhan telah ciptakan alam ini dengan cukup sempurna pusingan yang cukup adil, contohnya yang paling senang kita lihat ialah tentang kehidupan manusia dialam ini dalam beberapa peringkat mula-mula dalam kandungan, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan kemudian maut diganti dengan yang baru bermula dari alam kandungan dan seterusnya, bukankah itu sempurna dan adil, begitulah sebaliknya setiap yang diatas pasti akan jatuh juga akhirnya, masanya akan tiba bila tidak dapat dikatakan tapi yang kita yakin masanya akan tiba.
Kalaulah setiap kita ini yang tahu tentang perkembangan politik negara ini sudah lama umno dan BN tumbang pada pilihan raya yang lalu, setakat ini setiap orang mendengar sahaja tidak mengkotakan segala pesanan yang disampaikan, hanya yang mereka fikirkan kalau siapa perintah sekalipun aku macam ni juga. Orang yang macam ni tak ubah macam itik bercakap dengan ayam, wahal mereka sanggup berhujan dalam kegelapan, nak lari nanti takut orang BA kata itu orang umno, jadi terpaksalah mereka tunggu juga, saya tak kata semua macam tu, ada setengah bersemangat betul sampai sanggup berdepan dengan FRU dan polisi dengan kekejaman mereka itu saya tak nafikan.
Hari demi hari penyokong BA bertambah dan juga masa yang sama penyokong umno dan BN berkurangan. Jadi tunggu apalagi jum kita sokong BA.