Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sekadar renungan

Assalamualaikum

Saya hanya membuat andaian, tetapi andaian saya berdasarkan fakta dan saya rasa sungguh takut dan berharap ianya tidak akan berlaku di Malaysia.

Di mana sahaja kebangkitan Islam telah dikacau oleh kuasa-kuasa besar dunia. Sebagai contoh yang nyata pada satu ketika Turki telah dimenangi oleh parti islam (tulen bukan sekular) secara demokrasi tetapi dua parti bukan islam yang asyik bergaduh akhirnya membentuk satu pakatan. Pakatan ini telah membuatkan mereka memenagi secara majoriti dan menumbangkan parti Islam.

Pernah juga terjadi di Algeria di mana parti Islam telah memenangi pilihanraya dan secara tiba-tiba kerajaan Perancis masuk campur dan mengisytiharkan tidak sah.

Israel tidak pernah gentar dengan Yassir Arafat tetapi mereka begitu takut dengan pakatan-pakatan Islam seperti HAMAS dan perajrit-perajurit dari Afghanistan. Yassir Arafat hanya menjadi pelindung mereka ketika dalam keadaan terdesak dan dijadikan boneka ketika perundingan berlaku.

Perancis pada satu masa telah dilanda ombak pertukaran agama kepada Islam dan presidennya telah mengharamkan tudung dipakai di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Banyak lagi contoh-contoh yang menunjukkan bahawa orang-orang kafir tidak akan membiarkan Islam berkembang. Paling menakutkan saya ialah melihatkan pemimpin kerajaan sekarang yang hanya bertopengkan Islam tetapi bersifat keji dan zalim. Mereka menuduh pihak pembangkang sebagai agen asing tetapi pada pendapat saya pemimpin UMNOlah sebagai agen asing. Mereka akan bersedia untuk melancarkan darurat setelah gagal melobi orang-orang Melayu untuk menyokong mereka. Mereka juga mungkin mengajak kuasa-kuasa besar untuk campur tangan dengan ungkapan 'Islam berkembang di Malaysia' kepada kuasa-kuasa besar itu. Namun begitu kita harus ingat bahawa Allah bersama-sama kita, insyaAllah.

Saya begitu khuatir apakah yang dimaksudkan oleh PM tentang hubungan baru antara Malaysia dan US? Apakah US akan memberikan sumbangan kepada PM untuk dia terus berkuasa? US akan mencari jalan untuk masuk campur jika pemimpin islam menjadi pemimpin negara. Contoh terbaik adalah jiran kita sendiri, Indonesia. Jika orang Islam di Indonesia dan Malaysia bergabung saya pasti perang besar akan tercetus. Saya bukan mendoakan apa-apa yang kurang baik tetapi sekadar renungan dan ingatan kepada reformis-reformis akan dugaan besar sedang menanti.

Srikandi
Nia Iskandar


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com