– Abu Firdaus
Anwar – Fenomena Pelik dan Menyusahkan
Di tengah-tengah kegawatan politik yang melanda negara ini sejak awal September 1998 adalah makhluk bernama Anwar Ibrahim. Bukan saja dia sebagai punca kegawatan politik, tetapi Anwar telah mengejutkan kesedaran rakyat hingga timbul pelbagai perasaan – bingung, marah, kecewa, sakit hati – pendek kata Anwar telah menyusahkan rakyat Malaysia. Malah boleh dikatakan, bukan saja terhadap rakyat negara ini, tetapi kepada seluruh dunia.
Anwar telah memaksa manusia mempunyai fikiran yang bermacam-macam, bukan saja mengenai politik, ekonomi, sosial, tetapi lebih penting lagi psikologi dan hakikat kehidupan manusia itu sendiri.
Memang yang menjerumuskan negara ini ke dalam kegawatan politik sekarang ini ialah Mahathir Mohamad. Tindakannya terhadap Anwar telah menimbulkan kekecohan dan kekacauan. Akan tetapi puncanya tetap Anwar. Mahathir hanya menunjukkan reaksi, dan cara dia mengendalikan krisis ini boleh dianggap lemah dan gagal. Untuk kegagalan itu, Mahathir boleh diminta mengundurkan diri.
Krisis Anwar adalah suatu yang besar. Ia menjadi suatu krisis keyakinan bukan saja terhadap institusi-institusi kerajaan (itu kerana Mahathir), tetapi dia telah menyebabkan orang tidak percaya kepada pendokong-pendokong Islam. Dia menyebabkan orang tidak percaya pada lelaki, atau lelaki yang berketerampilan "baik dan beragama". Dia telah memalukan masyarakat. Dalam rasa malu ini, sudah tentu timbul rasa tidak percaya kepada diri sendiri, keluarga dan segala apa yang ada pada masyarakat. Bukan saja di kalangan orang-orang Melayu. Orang-orang bukan Melayu juga boleh menjadi tidak percaya pada orang Melayu. Sudah tentu keadaan ini menjejaskan psiko bangsa Malaysia.
Malah bukan itu saja. Peristiwa Anwar ini beredar sampai ke negara-negara rantau ini. Singapura, Indonesia dan Filipina terpaksa mendorong untuk melihat dan menilai semula pandangan mereka terhadap orang-orang Malaysia. Terhadap agama Islam, fenomena Anwar ini mengejutkan dunia Islam, gerakan Islam, dan malah mengejutkan juga komuniti beragama di seluruh dunia, sampai ke Eropah dan Amerika Syarikat.
Asalnya perkara itu simpel. Anwar dikatakan telah melakukan perbuatan liwat. Itu saja. Perkara ini berlaku dalam masyarakat secara tersembunyi. Ia tidak terdedah. Ia hanya menjadi lawak dan jenaka kaum lelaki. Kaum wanita tidak berminat. Memang di negara ini, ada undang-undang yang melarang perbuatan itu. Undang-undang zaman British. Kadangkala timbullah ada orang kena tuduh meliwat, dan mereka dihukum. Ia berlaku secara terpencil. Masyarakat sedar tentang wujud gejala ini tetapi mereka tidak menganggapnya suatu penyakit atau wabak. Perkara itu wujud dan berlaku secara senyap-senyap. Ia mengaibkan dan tidak perlu didedahkan. Banyak perkara dalam masyarakat berlaku seperti itu.
Bukan saja soal liwat, tetapi soal pelacuran, perzinaan dan seumpama. Ia suatu yang berlaku "di atas katil" dan perkara yang mengaibkan serta perlu disembunyikan. Kalau berlaku secara rela antara kedua-dua pihak, walaupun undang-undang negara mengharamkannya, begitu juga dengan hukum Islam, tetapi kalau tidak ada siapa yang mengadu, perkara itu tidak perlu ditimbulkan. Ia perkara yang memalukan, dan perlu diselesaikan secara senyap-senyap. Memang masyarakat tidak menerima perbuatan itu, tetapi masyarakat juga malu untuk berdepan dengannya kerana ia merupakan suatu realiti yang seperti tidak dapat dielakkan. Maka ia muncul sebagai bahan lawak dan jenaka. Hanya diketahui oleh kaum lelaki.
Maka dalam hal ini, bolehlah dikatakan bahawa masyarakat, khususnya masarakat Melayu hidup dalam dua bentuk. Seperti tuduhan terhadap Anwar. Dia hidup dalam dua bentuk, satu di depan, sebagai bentuk yang baik – beragama. Seorang pemimpin yang baik, bapa yang baik dan menyeru kepada kebaikan. Di belakang kehidupan itu, berlakulah peristiwa-peristiwa seperti yang terkandung dalam dakwaan itu.
Begitu juga masyarakat. Di depan, masyarakat kelihatan konservatif. Mendokong Islam hingga PAS diberi kuasa memerintah sebuah negeri. Aktiviti-aktiviti mengenai agama juga popular. Nasyid menjadi denda-ngan anak muda. Masyarakat kita, dari zahirnya adalah masyarakat beragama.
Akan tetapi sebaliknya berlaku macam-macam. Dalam ketenangan masyarakat Melayu, berlaku murtad. Berlaku wujudnya penganut Islam yang anti-hadis. Daripada peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat rendah. Timbulnya ajaran sesat. Bukan itu saja, atheisme juga wujud di kalangan masyarakat Melayu. Tetapi ia tersembunyi. Ia tidak menimbulkan masalah jika ia tidak terdedah. Setakat kawan-kawan dan ahli keluarga tahu cukuplah. Masyarakat tidak perlu tahu. Akan tetapi jika disebarkan fikiran-fikiran songsang itu kepada masyarakat, barulah masyarakat mengambil tindakan kerana ia memalukan dan menghinakan.
Itu perkara dalam pemikiran. Yang menjadi hal sekarang ialah perbuatan anggota-anggota masyarakat Melayu. Di sebalik ahli-ahli masyarakat yang baik, ramai yang pergi haji, ramai yang mengunjung masjid; tetapi di sebalik itu berlaku juga pelbagai kegiatan di luar norma moral. Malah ia berlaku di kalangan orang beragama. Menonton video atau CD lucah sudah diterima sebagai perbuatan yang berlaku di sebalik ini. Ia menjadi bahan jenaka. Tetapi ia tetap saIah. Jika dilaporkan, mereka akan dikenakan tindakan. Tetapi dalam banyak kes, perkara-perkara itu tidak dilaporkan. Ia dilakukan secara disembunyi.
Maka apa yang dituduh dilakukan oleh Anwar adalah suatu yang tidak mendatangkan sesuatu yang menggemparkan sekiranya ia terus tersembunyi. Hanya dia dan kawan-kawannya tahu. Atau sekurang-kurang-nya Perdana Menteri tahu. Itu masalahnya. Masyarakat masih menerimanya sebagai seorang pemimpin yang baik dan menyeru kepada kebaikan.
Yang menjadi masalah apabila perkara ini terbuka kepada umum. Malah jika hanya Perdana Menteri dan orang-orang yang berkuasa tahu, tetapi tidak diketahui umum, maka ia masih boleh diterima dan tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat.
Apa yang menjadi persoalan dan menyusahkan ialah apabila Perdana Menteri membawa perkara ini kepada masyarakat. Memang dia ada menerima pengaduan. Mula-mula dia mengetepikannya saja. Kemudian pada Ogos 1998, barulah dia mengambil perhatian berat terhadap tuduhan-tuduhan kepada Anwar. Malah ia mengejutkan Perdana Menteri dan dia tidak boleh bertoleransi terhadapnya. Mungkin kalau sekadar kegiatan seks dengan perempuan, perkara itu masih boleh ditoleransi. Akan tetapi ini soal homoseks, dilakukan pula oleh orang yang berimejkan agama. Suatu kemunafikan besar yang sukar untuk diterimanya. Tambahan pula orang ini telah menunjukkan tanda-tanda menentangnya.
Memang langkah sebaiknya adalah perletakan jawatan Anwar. Tutup kes tetapi Timbalan Perdana Menteri mesti dilepaskan. Maka kes ini tidak teredar kepada masyarakat. Maka masyarakat tidak akan gelisah. Tetapi perkara ini tidak berlaku.
Mungkin ada orang menyalahkan Anwar kerana enggan meletak jawatan. Kalau dia meletak jawatan, maka masyarakat akan terlepas daripada soal-soal yang mengaibkann. Masyarakat akan melepaskan Anwar walaupun berat hati. Akan tetapi soal yang aib ini akan tersembunyi. Bagaimanapun pada realitinya, perkara ini sudah di luar kawalan. Ia sudah terlambat. Malah ketika Perdana Menteri meminta Anwar meletak jawatan, keadaan sebenarnya sudah terlambat.
Malah andaikata Anwar menuruti kehendak Kabinet supaya meletak jawatan, kes ini tidak selesai dengan begitu saja. Masyarakat walaupun hanya sebahagian sudah mengetahui, ada pihak yang mendendami Anwar akan meneruskan kes ini. Akhirnya terdedah juga. Sudah terlambat.
Kalau dilihat perkara ini bermula dari surat layang itu sendiri pada tahun 1997. Ketika pengaduan dibuat kepada Perdana Menteri. Surat awal itu harus ditekan dan pengadu-pengadunya dinasihatkan supaya menghentikan pengaduannya demi kepentingan masyarakat, bukan kepentingan Anwar. Surat itu tidak patut diketahui umum. Bolehlah diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi. Kemudian Anwar kena lepaskan juga jawatan kerajaannya secara beransur-ansur. Soal dia hendak menjadi Perdana Menteri berhenti setakat itu.
Malangnya surat pertama itu telah tersebar dan buku 50 Dalil pula sudah menjadi dokumen yang tersebar luas, tidak diharamkan atau dikenakan tindakan polis. Keadaan sudah terlambat.
Bagaimanapun ia balik kepada soal keadilan. Jika Anwar benar-benar melakukan perbuatan terkutuk itu, maka tidak adillah dia dibenarkan terus berkuasa. Sudah tentu dia harus dibawa ke muka pengadilan. Jika ini yang berlaku, hendak tidak hendak masyarakat terpaksa berdepan dengan sesuatu yang mengaibkan dan menggemparkan seperti yang berlaku sekarang.
Ini membawa kepada suatu persoalan, mengapakah polis dan Perdana Menteri tidak mengetahui kegiatan Anwar dari peringkat awal lagi. Paling awal mungkin? Inilah yang dikatakan salah perkiraan Perdana Menteri. Kalau dia turuti nasihat Haniff Omar, mungkin perkara ini dapat diselesaikan dengan lebih awal. Mungkin atas nasihat Perdana Menteri pada seawal itu, iaitu ketika suasana hubungan Mahathir-Anwar dalam keadaan baik dan dari segi politik, tidak menimbulkan masalah, maka tentu keadaan sekarang tidak akan berlaku.
Malah sebelum Anwar dibawa masuk ke dalam kerajaan, profilnya patut sudah diketahui oleh Mahathir dan pertimbangan tegas sudah boleh dibuat.
Akan tetapi keadaan sudah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur, makan sajalah bubur itu.
Ramai pendokong Anwar terus tidak mempercayai bahawa Anwar boleh melakukan perbuatan itu. Ia tetap suatu konspirasi walaupun apa keputusan mahkamah. Ini membawa kepada persoalan, mengapa konspirasi sedemikian rupa. Bagi yang mempercayai kemungkinan Anwar boleh melakukannya, maka persoalan yang timbul adalah, mengapa Anwar gamak melakukan perkara ini semua. Ia mengkhianati masyarakat, umat Islam, gerakan Islam, Umno, negara, kawan-kawannya, malah keluarganya sendiri. Mengapa? Jadi apabila berdepan dengan dua persoalan ini, iaitu sama ada wujud konspirasi yang begitu kompleks dan mengapa Anwar gamak melakukan perbuatan-perbua-tan itu, ia menjadi satu misteri yang berat untuk difikirkan masyarakat. Kedua-duanya sukar untuk dipercayai. Maka kalau orang tidak boleh menerima bahawa manusia seperti Anwar tergamak melakukan perbuatan-per-buatan itu, maka tentu mereka memilih untuk mempercayai teori konspirasi itu. Begitu juga sebaliknya. Bagi orang yang berpendapat bahawa untuk mempercayai perbuatan homoseks itu lebih mudah, maka mereka menolak teori konspirasi.
Bagaimanapun cuba lihat dari pandangan akademik yang mengkaji tentang soal biologi manusia Anwar, psikologinya dan hakikat homoseksual terhadap manusia. Dari sejak zaman berzaman, memang wujud manusia yang mempunyai kecenderengan homoseks. Itu tidak boleh dinafikan. Dan ia tidak boleh hendak dihapuskan. Ia adalah naluri dan patut diterima oleh masyarakat sebagai realiti. Sememangnya kebudayaan dan agama cuba menghapuskan. Dalam tradisi agama Yahudi-Kristian-Islam, perbuatan homoseks sememangnya terkutuk. Kisah Nabi Lut sudah menjadi sebahagian daripada kisah pengajaran melarang perbuatan itu. Akan tetapi ia tetap wujud dan tidak ada agama, budaya dan tamadun yang dapat menghapuskan. Akhirnya dalam tamadun moden dan Barat, serta berpusat di Amerika Syarikat, ia diterima sebagai satu realiti.
Maka persoalan pertama adalah, adakah Anwar seorang homoseks? Tentu saja mudah untuk dijawab jika Anwar dibawa untuk kajian perubatan. Kemudian persoalan kedua, adakah Anwar menuruti kemahuan homoseks itu? Itu persoalan mahkamah yang sedang dibicarakan sekarang.
Katakanlah (penyokong-penyokong Anwar diharapkan jangan marah), Anwar adalah seorang homoseks dan dia melakukan perbuatan itu. Apakah pula kesannya terhadap psikologi Anwar itu sendiri. Ini kerana Anwar adalah seorang pejuang yang menegakkan idealisme Islam. Bagaimana dia mahu menemukan antara kehendaknya untuk memperjuangkan Islam dengan hakikat bahawa dia tidak boleh melawan nakluri homoseksnya. Itu merupakan masalah.
Menemukan dua dorongan yang bertentangan adalah suatu yang sukar dan malah merbahaya. Tetapi Anwar boleh melakukannya apabila dia menyertai Umno pada tahun 1982. Dia telah menemukan idealisme fundamentalisme Islamnya dengan pragmatisme nasionalisme Umno. Perkara yang dilakukannya amat sukar untuk dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam lain. Akan tetapi, mungkin dengan mencari pelbagai hujah sehingga daripada Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT), maka Anwar berjaya meyakinkan orang dan yang pentingnya dirinya untuk menyertai Umno. Kemudian berterusanlah dasar-dasar menemukan antara sesuatu yang ideal dengan suatu yang batil. Berlakulah soal-soal rasuah, mewah dan pelbagai kegiatan yang bertentangan dengan idealisme perjuangan tetapi dapat dirasionalkan bagi membolehkannya dilakukan dalam konteks perjuangan.
Maka dalam konflik ini, tidak hairanlah kalau dia dapat mempertemukan soal kecenderungan homoseks dan perjuangan Islam itu. Bagaimana dia lakukan, itu perlu kajian.
Sekarang timbul soal konspirasi. Ada atau tidak berlaku konspirasi? Bagi yang yakin bahawa Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu, mereka berpendapat bahawa konspirasi tidak wujud. Ia diada-adakan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya.
Bagaimanapun segala rentetan peristiwa menunjukkan perkara yang sebaliknya. Daripada surat Ummi, 50 Dalil, siasatan polis, Dato' Nalla, pengakuan salah Muna-war dan Sukma, tangkapan Anwar yang lambat, tangka-pan ISA, mata Anwar, kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara, semuanya memperlihat-kan seolah-olah adanya konspirasi. Terlalu banyak persoalan dan misteri yang tidak terjawab, yang menjuruskan kepada wujudnya konspirasi.
Sungguhpun begitu, keadaan yang kompleks itu meragukan bagaimana seseorang atau sebuah jawatankuasa yang boleh merancang konspirasi begitu rupa. Mengapakah motivasi untuk konspirasi itu begitu kompleks. Mungkinkah semua itu kebetulan? Tidak ada konspirasi tetapi hasil daripada perkembangan yang berlaku menampakkan adanya konspirasi.
Untuk ini, maka perlu dibariskan siapakah musuh-musuh Anwar yang mungkin mendalangi konspirasi. Anwar mempunyai ramai musuh atau pesaing. Daripada sebesar-besar golongan anti-fundamentalis Islam di peringkat antarabangsa, hinggalah kepada di kalangan keluarga penyokongnya sendiri. Maksud di kalangan keluarga penyokongnya sendiri adalah Ummi yang menulis surat pertama. Begitu juga dengan bekas peman-dunya, Azizan. Semua ada motif masing-masing untuk mengenakan Anwar.
Musuh politik memang jelas. Ada Sanusi Junid, Daim Zainuddin dan paling utama ialah Rahim Thamby Chik. Siapa yang pemah menjadi mangsa Anwar akan menjadi musuh terbesar. Dalam hal ini, Rahim pernah menjadi mangsa terbesar Anwar, dan sudah tentu ia boleh menjadi musuh kepada Anwar. Maka tidak hairanlah motif-motif ini boleh bersatu – walaupun secara kebetulannya menjadikannya seolah-olah ada konspirasi kompleks yang besar untuk menjatuhkannya.
Tidak boleh diketepikan dalam senarai musuhnya ialah Perdana Menteri sendiri. Anwar telah membuka gelanggang dengan mencabarnya di Perhimpunan Agung Umno 1998 melalui Zahid Hamidi. Maka tidak mustahil banyak perkara yang boleh menekan Anwar.
Walaupun tidak ada konspirasi, tetapi motif dan tindakan-tindakan musuh-musuh boleh berkait-kait hingga membawa kejatuhan Anwar.
Maka jika konspirasi dan skandal itu dikaitkan dan dihubungkan, maka Anwar tentu berada dalam keadaan yang boleh dipecat dari kerajaan dan parti, serta selanjutnya boleh didakwa, dibicara dan akhirnya dihukum dan kerjaya politiknya dilenyapkan. Tidak ada konspirasi rasmi, tetapi kebetulan-kebetulan yang berlaku menjadikannya sedemikian rupa.
Sebaliknya begitu juga dengan kuasa-kuasa yang membelanya. Apabila Anwar dipecat dan gerakan reformasi dilancarkan, maka pihak berkuasa berusaha mencari siapakah dalang utama Reformasi. Maka ditangkaplah ramai tokoh-tokoh yang hampir dengan Anwar di bawah ISA. Antaranya Zahid Hamidi untuk disiasat siapakah dalang gerakan reformasi. Zahid keluar dan mengumumkan bahawa dia tidak terlibat dengan gerakan Reformasi. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Pemuda Umno yang cenderung pada Anwar lainnya. Mereka kata mereka tidak terlibat dengan gera-kan Reformasi.
Siapakah dalang gerakan reformasi yang begitu besar hingga boleh menghimpunkan ratusan ribu dalam demonstrasi-demontrasi sebelum dan selepas Anwar ditangkap...
bersambung