FRU kena tipu di KK. pada peringkat awal ceramah seakan-akan tak
jadi diadakan. FRU telah mendirikan khemah di tapak ceramah dan
bersiap sedia sentiasa (termasuk menggunakan bot) sejak dari awal pagi
lagi walaupun ceramah akan diadakan di sebelah malamnya. Mereka
keletihan. Taktik penyokong BA berjaya kerana apabila FRU agak mula
kendur (kerana kebosanan dan memikirkan kemungkinan ceramah tak
jadi) ... penyokong BA secara tiba-tiba masuk beramai-ramai dan terus
mendengar ceramah sedangkan FRU terpinga-pinga kerana tidak
menjangkakan perkara tersebut. Ezam diangkut dengan motosikal kerana
terdapat sekatan jalan melalui jalan kampung. Mahfuz pula berjalan kaki
dari bandar KK mengikut jalan utama. Pihak BA membuat keputusan
untuk menjalankan 2 ceramah serentak di tempat yang berasingan ---
FRU semakin tepinga-pinga dan tertekan. Mereka cuba menghalang
Ezam daripada berucap --- tetapi ceramah diteruskan dan dibenarkan
sehingga pukul 10 sahaja. FRU cuba menangkap Ezam tetapi beliau
cepat-cepat dibawa lari dengan motosikal (Petugas BA lebih cekap dari
Polis)walaupun rakan beliau telah ditangkap lebih awal.
Mahfuz meneruskan ceramah dan orang ramai (puluhan ribu) berkumpul
rapat-rapat di tempat ceramah yang baru. FRU menyedari mereka ditipu
... akhirnya bergerak perlahan-lahan ke tapak ceramah baru dan bersiap
sedia untuk bertindak. Semasa mereka cuba masuk ke pentas ceramah
dihentikan oleh Mahfuz (kerana memikirkan keselamatan rakyat ---
syabas dan sekalung tahniah untuk anda)walaupun orang ramai memberi
semangat dan meminta ceramah diteruskan. Mahfuz mengucapkan terima
kasih kepada pihak polis yang membenarkannya berceramah sehingga
lebih kurang pukul 10.45 mlm dan pada ketika itu pihak polis di booo...
oleh orang ramai.
2004 hak milik BA .... insyaallah.
Pondan Tua.