POLIS Dr.Mahathir@Mahafiraun
KENYATAAN RASMI PSARAFHQ
Dengan penangkapan 7 orang REFORMIS … dan 3 darinya telah disahkan ditahan bawah akta rimba ISA … kami dari wargakerja PSARAFHQ dengan rasminya :-
1. Mengutuk segala tindakkan pihak POLIS dan Kerajaan BN menahan para REFORMIS ini di bawah akta rimba ISA.
2. Kami juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakkan POLIS dan Kementerian Dalam Negeri menghalang proses undang-undang yang diwartakan dalam Parlimen dan Perlembagaan Malaysia .. Kerana tidak membenarkan orang yang ditahan untuk membela diri di dalam mahkamah.
3. Kami juga merasa marah dan naik meluat dengan tindakkan zalim pihak POLIS dan Kementerian Dalam Negeri yang turut serta di dalangi oleh Mahathir@Mahafiraun cuba menghalang proses Demokrasi serta menafikan hak asasi Kemanusiaan dengan melaksanakan undang-undang syaitan kepada para REFORMIS.
4. Kami juga menuntut kepada pihak POLIS dan KDN membebaskan segera para tahanan ini, jika pihak POLIS dan KDN ingkar serta terus-menerus bertindak mengikut hawa nafsu syaitan….. Padah yang amat buruk akan berlaku kepada warga POLIS serta KDN termasuk Kerajaan BN.
5. Kami juga menuntut pihak POLIS dan Kerajaan BN supaya tidak mensyaitan dan menghalang “ Perhimpunan Aman “ penyerahan Memorandum Rakyat kepada SUHAKAM pada 14hb.April.2001 ini …. Jika pihak POLIS dan KDN bertindak kasar serta zalim mengikut nafsu syaitan … Rakyat marhaen tidak teragak-agak menentang segala tindakan zalim dan kasar anda semua.
6. Kami juga mahu pihak POLIS dan KDN membuat kenyataan rasmi disemua media tempatan … Memohon maaf serta mengaku telah melakukan kesilapan kerana mengikut arahan gila dari Mahathir@Mahafiraun serta Dolah Badawi.
7. Kami juga mendesak Mahathir@Mahafiraun dan Pak Lah Badawi serta Norian Mai meletak jawatan serta merta kerana tindakan gila mereka menahan para REFORMIS ini di bawah akta ISA.
8. Segala Program yang telah dirancang sepanjang minggu ini bermula dari 8hb.April.2001 sehingga 15hb.April.2001 akan diteruskan mengikut jadual …. Walaupun seluruh pimpinan BA akan ditahan bawah akta gila ISA …… Rakyat marhaen dan para REFORMIS serta pendokong BA usah merasa takut serta gusar kepada ugutan serta momokkan pihak POLIS serta Kerajaan BN …. Kita teruskan majlis atau program yang telah dirancang walaupun beribu halangan yang akan dilakukan oleh regim zalim ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua REFORMIS dan Pendokong BA bersedia awal…???? dalam menghadapi tindakan gila serta zalim regim Mahathir@Mahafiraun terhadap rakyat marhaen.
10. Kepada para REFORMIS dan Pendokong BA cuba elakkan diri dari terbabit dalam provokasi pihak SB dan orang upahan UMNO@BN dalam usaha mereka mengagalkan program serta mencemarkan imej Barisan Alternatif.
11. Para REFORMIS dan Pendokong BA yang beragama ISLAM diseru bermula dari hari ini ….. Meningkatkan zikirullah dan menetapkan keyakinan diri terhadap ISLAM …. Seruan JIHAD akan berkumandang sedikit masa lagi….Persediaan amal-ibadat serta zikirullah amatlah dituntut sebelum kita melaksanakan JIHAD. Sila amalkan bacaan zikirullah sekurang-kurangnya 1,000 kali satu hari.
12. Perhatian Penting :- sila tunggu arahan lanjut dari pimpinan BA dan kenyataan rasmi melalui hand-bil atau pun disemua laman web pro-reformasi. Jangan terima khabar-khabar angin dari pihak yang tidak bertanggungjawab ….. Terutamanya dari pihak SB dan Petugas UMNO@BN….Kerana mereka ini bertujuan untuk melaksanakan taktik pecah dan serang terhadap pendokong BA dan REFORMIS …. Sila bersatu dalam apa jua keadaan… Jangan bertindak bersendirian…???? Elakkan diri dari terkeluar dari kelompok BA atau REFORMIS …… Lebih ramai satu kelompok itu .. Lebih gerun mereka ingin bertindak….?????
SILA SEBARKAN KEPADA PARA REFORMIS DAN PEN DOKONG BA
“ JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT HADAPI RISIKO”
Allah Swt Sentiasa Bersama Orang-orang Yang Beriman dan Bertaqwa Kepadanya.
Allah Hu Akbar…!!!! Allah Hu Akbar…..!!!! Allah Hu Akbar…..!!!!!
Reformasi…..!!!! Reformasi……!!!! Reformasi……!!!!!
PSARAFHQ – 11/4/2001.