Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BEBERAPA KANDUNGAN PENTING DISAMPAIKAN OLEH SDR.LOKMAN SEBELUM DI TAHAN POLIS DI MARKAZ SEKSYEN 9 SHAH ALAM.

Assalamualaikum wbt…..

Semalam 23/4/2001 saya sempat mengikuti ceramah yang di sampaikan oleh pejuang reformasi Sdr.Lokman Nor Adam di Markaz PAS Seksyen 9 Shah Alam iaitu sebelum beliau di tahan Polis sejurus selepas menyampaikan ceramah.

Didalam ucapan beliau itu ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua dan sama-sama kita memikirkan apa akan jadi dengan Negara Malaysia kita yang tercinta ini beberapa tahun akan datang. Disini saya akan ketengahkan beberapa isu yang disebutkan oleh Sdr.Lokman dan orang yang menjadi punca utama kenapa perkara ini berlaku ialah kerana Dr. Mahathir:-

1. Masalah pekebun kelapa sawit.

ð Mulai bulan depan pekebun-pekebun kelapa sawit tidak akan dapat menjual lagi buahnya kerana simpanan minyak sawit yang masih tidak dapat dijual agak tinggi. Ini kerana pengimport utama minyak sawit kita iaitu Amerika Syarikat tidak mahu lagi membeli minyak sawit di malaysia dan mereka telah membeli minyak sawit dri India dan indonesia. Oleh itu apa akan jadi pada pekebun-pekebun kelapa sawit di malaysia ini?????

2. Masalah penanam padi di Kedah Darul Aman.

ð Sekarang ini Thailand telah mendapat bantuan kewangan dari Bank Dunia (IMF) untuk projek penanaman padi di negara Thailand (nama tempat saya dah lupa) dan untuk makluman semua tanah yang akan digunakan untuk tanam padi itu ialah seluas negeri Kedah Darul Aman. Sekarang ini mereka telah mula kerja untuk Fasa pertama ( mereka ada 3 fasa kesemuanya) untuk fasa ketiga di jangka siap pada Tahun 2004.

ð Sedarkah pembaca sekalian bahawa negara kita sekarang ini telah mengimport beras daripada Thailand untuk kegunaan seharian yang di terajui oleh BERNAS??? Selain dari masalah kroni yang menerajui BERNAS, beras Siam ini juga sedap untuk dimakan.

ð Jadi kesimpulannya apabila Thailand sudah ada banyak stock beras pada 2004 nanti maka harga beras akan menjadi lebih murah dan apabila berada dipasaran malaysia maka sudah tentu orang akan membeli beras yang murah. Bukan saja murah tetapi sedap kalau nak dibandingkan dengan beras di malaysia. Jadi waktu itu beras di malaysia tidak akan laku dan penanam padi akan mengalami masalah.

Oleh itu apa akan jadi kepada petani-petani ini???? Adalah peristiwa kebuluran di Baling akan berulang????

3. Insurance kenderaan akan dinaikan 300%. Seperti yang diumumkan oleh Dr.Mahathir.

ð Jikalau peraturan ini berkuatkuasa (mengikut penerangan Sdr.Lokman pada bulan depan iaitu May) yang menjadi masalah adalah kepada mereka yang memakai kereta Proton WIRA gajinya hanya lebih kurang RM 2,000 sebulan. Maka untuk menghidupkan cukai jalan dan di campur dengan bayaran Insurance kereta seseorang itu mesti menghabiskan duit tidak lebih dari RM5,000 berbanding dengan sekarang dalam lingkungan RM 1,000 sahaja. Bila keadaan ini berlaku sudah pasti ramai yang tidak dapat menghidupkan cukai jalan dan akan ada yang mengambil Insurance 3rd party ( yang tidak boleh claim apa-apa sekiranya berlaku sesuatu kemalangan atau kecurian). Jadi yang pasti akan ramai yang akan mati katak yakni tanpa mendapat apa-apa pampas an. Oleh itu apa akan jadi kepada pemilik-pemilik kenderaan ini??? Adakah mereka semua akan menjadi seperti negara China yang mana semua akan guna basikal?????

Inilah beberapa perkara yang dapat saya kongsikan bersama pembaca semua semoga dapat kita fikirkan bersama apa tindakan kita semua untuk mengelakkan perkara ini terjadi.

Semoga Sdr.Lokman Nor Adam tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang beliau hadapi ini dan semoga beliau kotakan apa yang beliau ucapkan sebelum beliau di tahan malam tadi iaitu beliau tidak akan sesekali berkompromi dengan kerajaan pimpinan Dr.Mahathir terutamanya Polis untuk membuat pengakuan palsu bahawa memang benar Aktivis Reformasi ada meyimpan senjata api seperti yang di dakwa oleh KPN Norian Mai.

Sekian.
Wassalam.

" Berjuang untuk Agama Allah bagi menegakkan Keadilan di bumi Malaysia ini ".

Allahu Akbar…….. Allahu Akbar………. Allahu Akbar


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com