Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Konsortium Logistik Berhad - MILIK SIAPA?

Mukadimmah

Sebelum kami menulis apa yang ingin kami katakan, kami hanya ingin mengatakan perkara yang sebenar dan bukan hanya mahu menfitnahkan syarikat ini. Kami harap pihak-pihak yang menerima surat ini dapat berfikir dan mengambil tauladan dan juga boleh mengubah arah dan cara syarikat ini bekerja.

Dari segi mata dan pandangan ramai, syarikat Konsortium Logistik Berhad atau KLB adalah milik pemegang saham kerana di senaraikan di bursa saham KL. Dan pemilik saham terbesar adalah Encik Mirzan Mahathir. Ini memang benar dari mata kasar sahaja tetapi jika seseorang itu bekerja dengan syarikat ini maka pemilik saham it "bukanlah" Encik Mirzan Mahathir. Encik Mirzan Mahathir hanya sebagai proxy kepada orang lain. Selama ini KLB yang dulu dikenali sebagai Konsortium Perkapalan Berhad adalah satu usaha dari sekelompok peniaga Melayu dari Pulau Pinang bagi menjalankan aktiviti logistik. Dan itu telah berpindah tangan kepada Encik Mirzan Mahathir dengan pertolongan dari seseorang.

Kami bukan menuduh Encik Mirzan Mahathir melakukan kesalahan atau yang menyalahi undang-undang tapi bagi kami hanya tidak mahu Encik Mirzan Mahathir diperbodohkan atau dipergunakan oleh orang lain dalam syarikat ini. Kami ingin mempertahankan hak orang melayu sebagai bumiputera di mana selama ini kami anggap KLB adalah milik bumiputera kerana Pengerusi. Bagaimana kit anak mencapai hasrat DEB supaya ada orang Melayu yang bole memegang 32% dari kekayaan bumi Malaysia bila orang Melayu yang diberi peluang dijadikan sebagai alat atau puppet semata - mata.

Staff atau Human Resource

Kalau di lihat dari mata kasar, 90% pekerja di KLB adalah orang melayu. Dari sini, ramai yang menyangka kalau macam itu pasti syarikat hak milik orang Melayu tapi itu semua salah kerana orang Melayu di syarikat ini hanya ada pangkat saja tapi tak ada kuasa. Ini bukan rekaan tapi anak Perdana Menteri pun tidak boleh buat keputusan kerana kuasa bukan di tangan dia. Kuasa ada di tangan orang lain yang sebenarnya memiliki saham terbesar KLB. Dan orang itu adalah "Orang No. 2 di KLB". Nama tak payah disebut kerana dia sudah lama menjadikan Encik Mirzan sebagai alat untuk dia menambahkan kekayaan untuk diri sendiri. LHK yang lebih dikenali dalam syarikat telah lama berkuasa dan banyak perkara yang dibuat tanpa pengetahuan Encik Mirzan dan pemegang saham yang lain. LHK memang pandai mengambil hati Encik Mirzan dengan memberi apa saja permintaan Encik Mirzan tapi staff2 di bawah akan di tekan dengan macam alasan dan hal. Tahu tak ada staff yang 4 tahun tak naik gaji tapi keuntungan syarikat pun semakin bertambah tapi ada permainan di sebalik profit yang tinggi. Hal - hal yang dilakukan oleh LHK:-

1. Dulu kami ada human resource manager yang buat semua benefit etc tapi tak diluluskan oleh LHK kerana dia kata benefit melampau sangat. Sejak KLB disenaraikan, tidak pernah ada guideline dalam benefit, LHK kasi suka hati dia aje. Lepas tu ambil SVP Human Resource, SVP ni pun buat yang sama, kena stop jugak dengan LHK. SVP ni pun cakap dengan Encik Mirzan pasal hal - hal LHK, Encik Mirzan yang terlampau percaya pada LHK pun cakaplah yang SVP ni complaint. Apa lagi LHK pun cold storage SVP ni dengan buat macam2 hal dan masalah. Sekarang SVP ni tak ada portfolio dalam KLB. Itu lah LHK maha zalim, kalau kita complaint ke Mirzan, alamat kita kena cold storage. Tapi yang Mirzan ni pun, tak nak investigate, dia terus call tanya kat LHK. Pasti si zalim tak nak mengadu. Tahu tak zalim tak zalim si LHK, benefit untuk staff seperti SVP, Kalau orang tahu mesti ketawa, dapat tiap2 bulan boleh claim - toll RM40.00, handphone RM100.00, maintainance kereta RM150.00 dan Petrol RM200.00. Itu SVP dah kira boss besar dapat macam itu, tak kira kita yang kecil macam ini. Tapi kami sabar kerana tiap2 tahun kami harap Encik Mirzan boleh sedar apa yang dilakukan oleh si zalim itu tapi mungkin Encik Mirzan banyak terhutang budi pada si zalim, itu sebab tak berani lawan.

2. Kalau nak kira naik gaji atau bonus, jangan lah harap sangat. Kalau di lihat dari segi performance KLB lagi baik dari syarikat logitik yang lain. Profit pun besar dan meningkat tiap2 tahun tapi bonus dan increment tak lah naik sangat. Dah 2 tahun tak dapat increment. Kata si maha zalim, kita tak perform. Kepala hotak dia kita tak perform. Kalau tak perform macam mana tiap2 tahun profit bagus. Itu semua alasan kerana, itu semua tipu helah si maha zalim LHK, nanti kalau kita gaji dah bagus dia takut kita pergi cari kerja lain so biar gaji rendah dan company lain tak nak ambil kita kerja. Company lain mungkin kata, pangkat tinggi tapi gaji rendah, apa problem dengan pekerja ini bila dia di KLB.

3. ESOS di beri pada yang layak tapi bila masa nak ambil Encik Mirzan dah sign, Boss kewangan dah sign, sampai di meja maha zalim LHK, dia kata tak boleh approve. Siapa dia nak larang orang ambil ESOS. Masa tu share dalam harga RM5 - RM6, boleh le kami dapat untung sikit. Itu lah si maha zalim kasi ESOS pun bukan ikhlas, dia tengok kita untung lebih sikit, mata dia dah bukak, takut orang lari lepas ambil ESOS. So ada lah staff complaint kat "SC", terus si maha zalim takut terus luluskan tapi masa tu harga dah turun. Sekarang si maha zalim LHK kata nak ambil, ambil lah kerana harga dah turun. Itu lah Encik Mirzan tak kan nak rasa untung saham sendiri. Kami dapat saham ESOS ni pun alhamdulillah boleh kami rasa sikit beli barang, rumah atau kereta. Sebenarnya kami bersyukur, apa yang kami dapat dari ESOS, tapi salah ke kami jika kami mahu membeli atau mengambil ESOS itu pada waktu harga tinggi. Fikir lah Encik Mirzan, tak semua orang kaya macam Encik dan kami harap Encik dapat defend kami tapi Encik hanya membiarkan si maha zalim buat apa yang dia nak.

4. Kalau dari segi training, mana pernah KLB buat atau hantar staff training. Dari sejak KLB public listed tahun 1996 hingga sekarang mana ada training yang betul2 beri staff latihan. Tidak ada langsung. Mana pergi duit untuk training, kita pun tak tahu kerana si maha zalim tak percaya pada training. Ada staff nak ambil MBA pun dia perli, buat apa belajar tinggi2. Ad juga staff yang bayar sendiri dan ambil cuti untuk training. Tapi Encik Mirzan selalu kata, kita mesti ada training dan macam2. Depan Encik Mirzan, Si maha zalim LHK angguk aje tapi lepas tu dia kata tak boleh. Itu sebab kalau Encik Mirzan ke luar negeri, LHK dia suka pasal dia boleh buat keputusan dan bila Encik Mirzan balik, Encik Mirzan setuju aje kerana dah tak tahu apa pun berlaku. Tak kan dulu kami ada COO, Dato' Amminuddin Rouse pun boleh kena tendang dengan si maha zalim LHK. Dato' tu mengadu kat Encik Mirzan yang LHK dah banyak seleweng dalam syarikat, tapi Encik Mirzan yang tak tahu apa terus mengadu pada LHK. Apa lagi bila Encik Mirzan ke luar negeri, LHK buat masalah dengan Dato', Dato' pun bukan hadap sangat, terus berhenti.

5. Tiap2 bulan, syarikat potong duit gaji untuk masuk ke dalam tabung sukan dan syarikat pun akan contribute sama. Setakat ini tak ada apa2 pun benefit dari tabung sukan ini. Duit pun tak tahu ke mana. Kami tahu le si maha zalim tak setuju kalau kami ada family day, annual dinner dan lain2. Bagi dia, kami cuba habiskan duit dia dalam syarikat. Tapi kami nak tahu kalau duit kami dah di potong selama beberapa tahun dikalikan dengan staff yang ada, berapa banyak duit tu sekarang?????

Profit atau Rugi atau Window Dressing

Selama ini, kami tahu tiap2 tahun ada aje untung di syarikat tapi ada khabar kata untung tu bukan untung betul hanya window dressing yang di suruh oleh maha zalim LHK. Itu lah "SC" bukannya tahu ini semua. Tapi sekarang kami akan buka semuanya. Nak bukti pun kami ada. Tiap2 tahun sejak kami public listed si maha zalim dah banyak window dressing profit syarikat kerana si maha zalim banyak speculate share KLB. Si maha zalim pun tak mahu orang tahu yang syarikat ini tak bagus pasal duit dah banyak diselewng oleh si maha zalim. Tahu tak kata orang dalam tahun 2000, KLB buat tak sampai RM11 juta tapi report lebih dari itu. Kata si maha zalim jumpa orang kewangan suruh jadi macam mana pun RM28 juta. Itu sebab dulu ada boss kewangan yang berhenti kerana si maha zalim banyak buat benda macam ini. Boss kewangan sekarang takut jugak tapi kalau nak tahu tanya dia lah. Si maha zalim pun pandai seleweng dari segi semua. Tak percaya tanya orang dalam. Yang kesian, Encik Mirzan tak tahu apa2, dia percaya pada si maha zalim sepenuhnya. So yang sign nanti Encik Mirzan, apa2 kena si maha zalim lepas. Mungkin semua kata ini fitnah tapi tak kan orang nak buat macam ini, aniaya orang. Kami dah lama kena aniaya tapi tak ada yang nak bantu. Sekarang kami cerita yang sebenar pada semua yang terima surat ini.

RM1 billion bail out - Bail Out siap????

Berita kecoh pasal KLB kena bail out. Memang betul tapi nak tahu bukan bail out anak Mahathir tapi bail out si maha zalim LHK. Semua deal tu LHK yang suruh Encik Mirzan buat. Dia tu yang jadi tukang tarik tali. So sekarang Petronas pun bail out lah pasal kita ingat bail out anak melayu tapi Petronas tak tahu dia dah bail out orang lain. Dalam bail out tu pun si maha zalim buat duit. Dia nak kan harga bail out. Kata pernah dia minta RM2 billion tapi nasib baik Petronas tak bodoh bayar hanya RM1 billion. Tahu tak masa KLB beli PNSL dan Pacific Basin, Si maha zalim buat duit dari deal tu macam air. Pasti dia kasi Encik Mirzan, untuk wang tutup mulut. Itu sebab orang melayu lemah kerana bila hulur duit terus dengar cakap.

Placement RHB…….Apa dah jadi dengan duit tu??

Tahu tak dulu KLB ada buat placement dalam RHB. Guna saham KLB. Si maha zalim punya hal lah. So RHB setuju, dan duit tu dapat. Kata nak expand business tapi si maha zalim guna untuk hal pribadi. Kata "SC" tengah investigate hal itu tapi mingkin "SC" takut pasal anak mahathir punya. Tapi yang masalh mangsa adalah anak mahathir. Kami ada bukti kerana ada staff yang resign pasal hal ini. Banyak dia cerita kat kami. Duit placement disalah gunakan. Dia pun ada cerita yang si maha zalim ambil duit tu untuk investment kat syarikat lain tapi syarikat tu tak boleh bayar balik kerana deal tak jadi. So syarikat kata dia dah bangkrupt, tak boleh bayar balik wang KLB. Tapi yang sebenarnya syarikat bayar balik duit itu tapi ke account yang lain. Kata mereka ke Peringkat Prestasi. So dalam account KLB, kira write off saja lah. Yang kena belasah KLB, tapi si maha zalim kaya kerana Peringkat Prestasi adalh investment arm dia dengan Mirzan. "SC" kalau betul dah boleh cekup si maha zalim tapi "SC" tak tahu cari paper trail itu. Cuba tanya orang dalam, kalau nak tahu yang lebih lah………….

Tender beli asset………….Siapa dapat kick back??

Tiap2 tahun KLB ada beli asset2 baru. Dari trailer, truck dan lain-lain. Yang kaya si maha zalim pasal tiap2 kali dia beli asset dia dapt kick back dari company seperti Dymax(trailer), Volvo(truck) dan lain2. Kalau tanya company ini mesti tak mengaku tapi orang dalam tahu ini semua pasal nampak depan mata. Itu yang mereka cerita. Kick back bukan sikit2. Project2 buat warehouse dan bangunan, dalam atau luar negeri, si maha zalim dapat kick back. Tengok saja kontraktor seperti KW Bumi dan lain2. Semua orang si maha zalim. Mana pernah tender pergi ke tender committee. Semua si maha zalim approve sendiri pasal dia tahu Encik Mirzan tak masuk campur hal ini. Ini semua dah jadi topik bualan orang dalam. Kami bukan reka tapi Si maha zalim memang masuk semua kaum dia aje.

Takeover Chong Fui, KPAAL,Aman Freight,PNSL, PASIFIC BASIN….

Kami harap Encik Mirzan check atau mungkin Encik Mirzan tak peduli sebab tak mahu tahu. Mungkin si maha zalim LHK dah kasi duit suruh senyap. Takeover di atas semua ada mark up dari si maha zalim. Si maha zalim buat duit macam itu lah untuk pribadi. KLB sekarang beli syarikat lebih dari harga sebenar kerana si maha zalim yang tentukan semua. Dia lah yang jaga Human Resource, Kewangan, dan lain2. Pasal dia pernah kata kalau dia ada pelunag semua manager Melayu dia nak kelurkan ganti dengan kaum dia sendiri tapi takut orang Umno marah. Tapi sekarang pun si maha zalim yang punya syarikat ini bukan Encik Mirzan. Itu sebab apa syarikat yang si maha zalim beli ada kaitan dengan diri dia sendiri atau kawan2 dia.

Penutup

Kami harap Encik Mirzan sedar yang dia telah dipergunakan oleh si maha zalim LHK. Kami mahu Encik Mirzan buat keputusan apa yang diperlukan untuk si maha zalim. Yang membaca suart ini buat lah apa yang perlu dilakukan. Mana letak maruah bangsa kita bi;a anak Perdana Menteri sendiri mengadaikan maruah nya demi wang. Kami bukan orang kaya atau pandai dari segi pelajaran tapi kami tahu apa yang berlaku sekarang adalah yang amat menyedihkan. Bayangkan sebuah syarikat public listed boleh dibiarkan jadi begini dan tidak siapa yang boleh larang si maha zalim melakukan apa2. Kami berkeras pada Encik Mirzan untuk memecat si maha zalim LHK atau kami akan keluarkan bukti2 di atas dan ini akan juga mengaitkan kedudukan Encik Mirzan atau mungkin Encik Mirzan takut untuk melakukan itu kerana apa yang kami kata selama ini benar yang Encik Mirzan buak pemilik saham KLB terbesar. Hanya sebagai proxy atau puppet untuk si maha zalim. Mungkin Encik Mirzan tak keluar satu sen pun untuk KLB hanya guna nama Encik Mirzan.

Salinan surat ini akan kami berikan kepada semua pihak pembangkang untuk mereka tahu apa ynag sebenar berlaku dalam KLB. Indah khabar dari rupa.

Sekian.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com