Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Zeti Letak Jawatan?

Di kalangan industri perbankan tempatan sudah heboh beberapa kali berhubung perletakan jawatan Gabenor Bank Negara, Dr. Zeti Aziz.

Surat perletakan jawatan Zeti yang pertama telah ditolak. Dan yang terkini, sumber yang rapat dengan keluarga Prof Ungku Aziz mengesahkan penyerahan surat terbaru perletakan jawatan dari Gabenor Negara oleh Zeti.

Tetapi sumber dalaman Bank Negara pula menyebut bahawa Zeti kini telah ditekan supaya membuat kenyataan bagi menidakkan khabaran yang telah tersebar luas itu. Zeti diarah membuat kenyataan bahawa beliau masih sebagai Gabenor Bank dan berita itu hanya khabar angin.

Kita tunggu dan lihat. Adakah Zeti lebih berani untuk menghadapi risiko atau tekanan kerajaan lebih kuat …

Sekian
Peneliti perbankan


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com