UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




DAP dan BA masih boleh berkerjasama, kata ahli MT Keadilan

Oleh : Nash Rahman

Keputusan DAP keluar meninggalkan Barisan Alternatif menyebabkan kini tidak wujud lagi forum perbincangan yang membabitkan semua parti pembangkang utama seperti sebelum ini, kata ahli majlis tertinggi Keadilan Khalid Jaafar hari ini.

Sebelum ini, katanya, majlis tertinggi BA merupakan forum bersama pembangkang yang disertai oleh Keadilan, PAS, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan DAP.

DAP keluar daripada BA tahun lalu kerana tidak sehaluan dengan PAS yang tetap dengan pendiriannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia jika parti itu memerintah.

“Sewaktu DAP masih bersama BA, sebarang masalah berbangkit sentiasa dibincang dan dicari jalan penyelesaiannya melalui majlis BA,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ini tidak bermakna BA dan DAP tidak boleh terus bekerjasama dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama pembangkang di negara ini.

Sehubungan itu, Khalid bersetuju dengan saranan setiausaha agung DAP Kerk Kim Hock yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina dua hari lalu bahawa parti pembangkang perlu bekerjasama untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Khalid berkata Keadilan juga bersetuju dengan pandangan Kirk yang menyifatkan tindakan bercakaran sesama sendiri sebagai “perbuatan membunuh diri” yang hanya akan menjejaskan kekuatan pembangkang menghadapi BN dalam pilihanraya.

Forum diperlukan

Mengenai kenyataan Kerk yang meminta parti Keadilan supaya ““jangan membuang masa”” dengan cuba menggoncang kestabilan DAP di Pulau Pinang, Khalid berkata biarlah perkara itu diselesaikan sendiri oleh Keadilan dan DAP peringkat negeri berkenaan.

Kerk menegaskan demikian ketika mengulas kenyataan pengerusi parti Keadilan Pulau Pinang Dr Mansor Othman bahawa partinya akan bertanding di beberapa kubu kuat DAP termasuk Jelutong, Bukit Bendera dan Tanjung dalam pilihanraya umum akan datang.

Kerk dilaporkan sebagai berkata kenyataan yang pelik daripada Keadilan menunjukkan parti itu “tidak seronok”dengan DAP yang tidak menyokong calonnya di pilihanraya kecil Indera Kayangan di Perlis baru-baru ini.

Menurut Khalid, kemungkinan Dr Mansor bercakap dalam kontek BA, kerana selain Keadilan, PAS juga merupakan anggota komponen BA.

“Semua ini menunjukkan bahawa pembangkang tetap memerlukan satu forum untuk membolehkan mereka berbincang dan menjalin satu bentuk kerjasama untuk kepentingan bersama,” katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com