Saya merujuk kepada laporan yang mengatakan bahawa kes rayuan Anwar
terpaksa ditunda ekoran dari laporan adanya bom yang kemudian diketahui palsu.
Pihak polis amnya dan Musa Hassan khasnya patutlah dikutuk dengan sehina-hinanya
kerana dengan peristiwa tersebut menjelaskan dua keadaan.
1. Polis gagal menjaga ketenteraman awam iaitu untuk mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kes tersebut dapat berjalan dengan lancar.itu kan kerja sebenar polis bukannya menghalang orang yang datang untuk mendengar perbicaraan tersebut.
2. Kalau nak menipu pun janganlahlah anggap rakyat tak tahu bahawa polis punya kuasa dan cukup anggota untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berlaku. Ini mesti kes nak tipu lagi lah tu??????
aman
______________________
Terbitan : 26 Mac 2002
Ke atas
Home