JOHOR BAHARU, Jumaat 8 Mac - Dewan besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dewan Sultan Iskandar, terbakar dalam satu kejadian yang melibatkan kerugian kira-kira RM200,000 malam tadi.
Ketua Siasatan Jenayah negeri Pemangku SAC II Tan Seng Eng dalam satu kenyataan akhbar petang ini berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada sebelah malam tadi tetapi hanya disedari oleh pekerja UTM pada pukul 8.30 pagi ini.
"Kejadian kebakaran dipercayai berlaku malam tersebut di mana bahagian pentas telah terbakar membabitkan peralatan-peralatan pentas," katanya.
Beliau berkata siasatan polis setakat ini mendapati kebakaran itu berpunca daripada litar pintas.
Para pegawai UTM ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kejadian itu.
................
Agenda Daily