UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kelemahan Bangsa Melayu

Oleh : amey ukay

Bangsa melayu selamanya mudah di tipu dan di gula-gulakan. Dari setiap aspek masyarakat, aspek kehidupan dan sebagainya sentiasa mudah di perbodohkan dari dulu, kini dan selamanya. Bangsa melayu memang tidak boleh di hormati dan di ketengahkan. Kemodenan pemikiran orang melayu adalah amat rendah. Kecekalan nasionalis semangkin hilang. Semangat juang/jihad tersangat kurang. Kita tidak boleh nafikan apa yang telah berlaku apabila kita di jajah oleh inggeris adalah di sebabkan bangsa melayu yang lemah , mudah terperdaya dan suka kepada comfort zone. Kini kelemahan semangkin terselah apabila para cerdik pandai atau cendiakawan, juga kurang mampu untuk menyatakan yang benar sebaliknya suka mengiakan sahaja hanya semata-mata menjaga kepentingan peribadi.

Golongan raja dari dulu sehingga sekarang sering tidak proaktif di dalam membela permasalahan rakyat. Mereka sering mendakwa diri mereka berjiwa rakyat tetapi saya boleh katakan sumbangan mereka kepada rakyat adalah sifar. Mereka langsung tidak memberi sebarang komen walaupun rakyat sentiasa menanti kehadiran mereka. Banyak yang sibuk menjaga business masing-masing dari menjenguk masalah rakyat. Apakah pentingnya mereka ini sekiranya tidak ada fungsi apa-apa. Pada pendapat saya golongan raja sudah tidak boleh di gantung harapan.

Golongan ulama juga sudah mula boleh terperdaya. Ulama-ulama melayu boleh di beli dgn wang. Cakaplah apa saja, mereka boleh mencari hadis-hadis untuk menyokong perkara yang membawa keseronokan kepada pemerintah. Kenapa mereka bersikap demikian. Sudah pastinya jawatan dan pangkat. Mereka tidak mampu menegakan yang benar semata-mata kerana takut kepada pihak berkuasa. Jadilah mereka setan bodoh mengikut sahaja dan tertipulah mereka dengan setan-setan seperti astora jabat, zam-zam ala-kazam dan mahafiraun. Yang peliknya setan-setan ini semuanya bukan bangsa melayu jati. Jadi betullah ideologi saya bahawa bangsa melayu memang mudah di tipu oleh bangsa lain.

Apalah malangnya orang melayu. Harapkan melayu membela melayu.....sampai matilah. Selagi ada UMNO selagi itulah melayu lemah. UMNOlah penyebab kepada permasalah kerana berjuang atas bangsa bukan agama. Kalau di beri kata dua kepada orang UMNO, UMNO atau islam. Pasti mereka akan menjawab aku nak dua-dua. Yang betulnya mereka nak UMNO. Sebabnya dgn UMNO, murahlah rezeki. Islam buatlah setakat yang mampu. Sembahyang, puasa , zakat dan haji sudah.

Bolehkah islam bangkit dari golongan orang melayu? Wallahulam. Tepuk dada tanya selera.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Mac 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com