BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

SALAHLAKU BN, UMNO dan MAHATHIR Bahagian Akhir (9 & 10)

 SALAHLAKU BN, UMNO dan MAHATHIR

 Bahagian Akhir (9 & 10)

 

9.   POLITIK NEGARA

1.    Mahathir memecat DSAI sebagai TPM/MK dan TP Umno kerana hasutan golongan yang telah makan harta negara secara haram. Juga dia tidak dapat mengawal nafsu dirinya sendiri yang tamak mengumpul harta dengan cara merompak harta negara. Menangkap DSAI menggunakan ISA, bawa ke Bukit Aman, digari dibelasah separuh mati. Fitnah macam-macam, heret ke mahkamah, dibicarakan secara meragukan, bersalah dan dihukum penjara. Malah disyaki diracun secara perlahan-lahan. Dan kini DSAI menderita sakit tulang belakang, kemungkinan besar berpunca akibat dipukul oleh Rahim Noor semasa beliau digari.

2.    Demokrasi Malaysia tidak setulen mana, bila tarikh pilihanraya dirahsiakan. Undi pos tidak diketahui secara telus. Ceramah umum dan kempen penerangan pihak pembangkang ditahan dan tidak dibenarkan. Rakyat dihalang dari menghadiri ceramah dengan sekatan jalanraya dan kehadiran polis beramai-ramai. Sedangkan ceramah Umno tak perlu permit dan tidak pernah dibatalkan, apalagi di saat-saat akhir. Sedangkan perlembagaan Malaysia membenarkan / memberi hak kepada rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Pihak Suhakam mengatakan pengharaman umum berhimpun telah melanggar hak asasi manusia [The Star, 19 Feb 2002]. Alasan menjaga keamanan sengaja direka sedangkan bertahun pembangkang memberi ceramah tiada apa kekecohan yang berlaku. Undi pos yang tidak telus dan penuh misteri menjadi ystem penentu kemenangan BN. Ini bermakna elemen penting demokrasi hanyalah dongengan Umno/BN. Segala bentuk media dan kemudahan kerajaan akan dipergunakan sehabis-habisnya oleh mereka bagi menghentam pihak pembangkang. Lihat saja pada siaran TV, radio, akhbar perdana semuanya melaporkan berita berat sebelah.

3.    Mana-mana rakyat yang secara jelas menyatakan sokongan mereka kepada pembangkang akan dikenakan pelbagai ystemv. Mereka dinafikan hak memilih. Bekas pimpinan Umno (Yusof Nor) sanggup mendesak rakyat Malaysia tinggalkan negara ini jika tak mahu sokong  kerajaan dan cari negara lain yang sesuai. Dia ingat Malaysiani bapak dia punya ke? Dia yang sepatutnya keluar dari bumi Allah ini kerana tak mahu menjalankan yste hudud yang diketahuinya sebagai suatu perkara wajib dipraktikkan. Golongan ulama dipersenda-sendakan, ahli akademik dikongkong dan pegawai tadbir dirobotkan.

4.    Hak bersuara rakyat dinafikan sama sekali. Tindakan diambil pada sesiapa yang didapati mengkritik pemerintah. Para ulama yang menegur mereka habis digam dan mereka pula dihentam oleh pihak pemerintah. Rakyat berhimpun secara aman menyatakan rasa tidak puashati mereka dianggap sebagai perusuh dan berhimpun secara haram. Rakyat dipukul sesuka hati tanpa mengira mereka bersalah atau tidak. Bersuara lebih sikit dikatakan memfitnah dan mereka dah siap dengan panel peguam Umno untuk menyaman mereka-mereka yang berani ini. Ibrahim Ali yang diberikan jawatan timbalan menteri (sebelum kekalahan beliau) dibayar gaji dengan duit rakyat, tapi kerjanya hanya nak menyaman pembangkang saja. Bukan nak berkhidmat untuk rakyat, patut ke?

5.    Salahlaku Mahathir dalam politik:

·       Anti demokrasi, bersifat autokratik, mengetuai kabilah oligarki yang ada kecenderungan dictatorship yang taksub kepada kuasa peribadi.

·       Bermusuh dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman. Tun Hussein Onn sendiri tak gemarkan beliau.

·       Umno diharamkan sewaktu pemerintahannya. Kini yang berkokok hanyalah Umno fotostat, bukan lagi yang asli. Dan Umno sekarang bukan lagi milik Melayu sepenuhnya, bila kaum Cina dari parti Akar, Sabah yang dibubarkan dibolehkan menyertai Umno.

· Menikam PAS setelah menumpang tidur apabila dibuang dari Umno.

· Kiralah berapa timbalannya hingga takat ini [4 orang].

· Menzalimi pengkritiknya. Mereka yang menentangnya disumbat ke dalam ISA. Sedangkan beliau tidakpun diusik bila menentang Tunku.

· Memaksa rakyat berhimpun untuk menunjukkan sokongan pada beliau dan akhirnya mendabik dada bahawa rakyat berada di belakangnya. Mencabul prinsip demokrasi apabila mensinonimlan program parti dengan program rasmi kerajaan. Agensi-agensi kerajaan disalahdunakan tanpa mengira etika dan undang-undang. Berapa banyak belanja untuk majlis bersama rakyat yang dianjurkan?

· Mencela orang Melayu untuk mengambil hati orang Cina, hina orang Melayu sebagai malas dan hanya bergantung kepada ihsan kerajaan. Tapi disebaliknya, dalam ucapan kemerdekaan 2001 menghina orang Cina dengan mengatakan Suqiu adalah komunis malah lebih teruk dari Al-Maunah.

· Tak habis-habis berkelahi dengan ahli Umno sendiri. Musa Hitam, Kuli dan orang 46, Dato’ Harun, DSAI dan ramai lagi. Semuanya difitnah dengan pelbagai cerita. Kerana itu ahlinya dua kali keluar parti secara beramai-ramai. 

· Menuduh Kuli murtad bila memakai tengkolok Kadazan berlambang salib yang dihadiahkan kepadanya menjelang pilihanraya 1990. Tapi bila dia sendiri memakai tengkolok yang sama ketika menari dengan wanita Kadazan di Sabah, tidak ada siapapunberani memurtadkannya.

6.    Wakil-wakil Umno yang dipilih oleh ahli biasa bagi mewakili mereka di persidangan agung hanya tahu mengampu pemimpin atasan, bukannya tempat untuk membincangkan kepentingan rakyat. Usah kata Wan Mokhtar, ulama dalam Umno seperti Hamid Othman, Yusof Noor, Wan Mokhtar tak berani bersuara. Semuanya angguk pada apa yang Mahathir cakap.

7.    Ahli Umno sekarang terdiri dari mereka yang bangkrap politik, dahulunya bukan main menghentam Mahathir akhirnya sanggup menjilat balik apa sumpah seranah mereka. Apa berlaku pada Kuli , Rais Yatim (yang dah bakar jambatan), Ibrahim Ali AlKatak (yang paling banyak maki hamun Mahathir), Ghafar Baba (hero purba Umno – dah diisytihar muflis, boleh lepas lagi). Sanusi Junid yang kalah bertanding tapi menjadi MB (sekarang dah tinggal bekas je) juga dengan berkat kuasa Mahathir.

8.    Pimpinan Umno tidak kisahkan amalan demokrasi di dalam partinya apatah lagi ingin mendengar suara ahli biasa. Buktinya, pemimpin pilihan ystemv diketepikan, pemimpin yang ahli ditolak diberi tempat dan perhatian. Contohnya, Zahid Hamidi vs Hishamuddin [Zahid menang, tapi tak dilantik ke mana-mana jawatan menteri]; Zaharah vs Rafidah [Zaharah tidak dilantik sebagai menteri selama 2 tahun, biarpun menang ketua wanita]; Sabaruddin Chik, Sanusi Junid dan Aziz Shamsuddin. Hamid Osman yang tewas dengan Shahnon Ahmad pun masih lagi diberi tempat. Mereka yang kalah dalam pilihanraya dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, yang menang dipinggirkan. Dah langsung tak ada calun, lantik orang kesukaannya sebagai senator. Bantahan Umno (22 Adun Kedah) terhadap lantikan Sanusi sebagai MB Kedah, tidak diendahkan oleh Mahathir malah akhirnya semua mereka itu tak berkata apa-apa lagi setelah seorang demi seorang Mahathir temui. Di N. Sembilan, 3 dari 7 bahagian tak setuju dengan Isa Samad. Tapi siapa boleh lawan kata tauke. Di Selangor, nama MB baru (Khir Toyo) tidak tersenaraipun…alih-alih muncul, menang pilihanraya dengan ystemv 165 undi pun boleh jadi MB.

9.    Para pelajar tidak dibenarkan bergiat dalam politik negara, tapi di luar negara terdapat puluhan kelab-kelab Umno di England dan Amerika Syarikat. Mana rasionalnya tak kita ketahui.

10.Banyak kes pembunuhan politik yang berlaku; kes Memali Kedah (mengorbankan Ustaz Ibrahim dan 13 pengikutnya), Dato’ Taha Talib Speaker DUN N. Sembilan – Datuk Mokhtar Hashim bekas Menteri Kebudayaan Belia & Sukan dijatuhkan hukuman mati pada 14.4.1982, Bekas Timb. Yg Dipertua PAS Prof Dr Zulkifli Mohamad, Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis Hj Tahrim Ali, ystem berdarah di Lubuk Merbau, Perak. Juga kes bekas S/U Pemuda PAS Pasir Salak, Haji Zubir dll. Tapi Mahathir mengatakan membunuh bukan budaya politik Malaysia (penipu!!!).

11.Rakyat diugut dan diancam agar tidak menukar pemerintah, supaya negara tidak huruhara dan miskin tanpa pembangunan. Seolah-olah mereka ingin memerintah sehingga hari kiamat, biarpun betapa zalimnya rejim pemerintahan mereka. Juga seolah-olah mereka saja yang bijak pandai dalam memerintah, orang lainnya semua bangang. Apakah negara lain juga ada Umno macam kat Malaysiani. Kenapa Kelantan & Trengganu tidak huruharapun. Kenapa kedua negara ini masih terdapat pembangunan, biarpun pelbagai sekatan dikenakan. Mengatakan pembangkang menggunakan keganasan dalam kempen pilihanraya, tapi sebenarnya mereka yang lebih ganas. Hinggakan pegawai keselamatan (polis) pun jadi mangsa mereka. Peristiwa 13 Mei selalu digunakan sebagai propaganda BN untuk menakutkan rakyat. Sedangkan 13 Mei berlaku semasa pemerintahan Perikatan (sebelum ditukar kepada BN) yang jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran masa itu.  

12.Politik Malaysia mula menghampiri era politik komunis bila banyak kelakuan atau tindak tanduk Umno dan BN lakukan menyerupai pemerintahan negara komunis. Umno sendiri pernah menjemput Parti Komunis Cina ke perhimpunan agung 1996 dan 2 parti komunis 2 negara lain pada perhimpunan 2001. Tiga orang veteran Umno pernah jadi agen komunis Soviet, KGB.

13.Sikap membalas dendam terhadap penyokong pembangkang berleluasa dari peringkat bawah hingga ke pak menteri. Penyokong pembangkang akan dikenakan pelbagai ystemv, kena tukar tempat kerja, diberhentikan, peluang perniagaan disekat, nama disenaraihitamkan, apa saja bentuk bantuan ditarik dan paling ketara sekali royalti minyak yang ada perjanjian sah pun diputarbelitkan. Menteri Pembangunan Usahawan Nazri Aziz pernah mengatakan pada tahun 2000 dalam isu pengagihan pinjaman pelajaran Mara, “Dalam politik, kita mengutamakan penyokong2 kita terlebih dulu, sebelum memikirkan soal orang lain”.  

14.Kempen politik Umno/BN membelanjakan wang rakyat dan menyalahguna jentera kerajaan. Dipaksa semua kakitangan kerajaan untuk hadir, disusun pelajar-pelajar sekolah penuhkan stadium, diumpan dengan artis popular. Hinggakan Siti Norhaliza menjadi lebih popular dari pemimpin Umno sendiri. Disogok dengan wang dan makan free, diadakan cabutan bertuah (loteri), disekalikan dengan ekspo perniagaan dan pesta sukan. Semuanya bagi menjamin kehadiran yang akan digambarkan kepada seluruh Malaysia, rakyat masih sokong mereka. Laporan dari Sabah, Lunas, Indera Kayangan (pilihanraya yang lalu) menyatakan amalan politik wang RM50.00, tangki air, zink, gas memasak, beras, kain pelikat, duit raya bersampul BN dll. Mereka akan gunakan apa saja cara yang tidak halal untuk meraih sokongan, keluarkan akhbar palsu (Memo 17 dll), adakan debat olok-olok dan gunakan mereka yang tak ada masa depan dalam politik sebagai pelakonnya.              

15.Majoriti pimpinan Umno/BN dah tua; rumah kata pergi kubur kata mari. Patutkah kita memilih mereka lagi yang pastinya tidak lagi relevan untuk abad ke 21? Pernah terdapat anggota kabinet berumur lebih 55 tahun. Berdayakah minda mereka untuk terus bergerak cergas bagi mempertahankan hak dan warisan kita di masa depan. Bila kempen yang normal orang tak hiraukan, mulala dia berlakon menangis gunakan air mata nak harapkan simpati. Dah banyak kali menangis depan orang ramai, kununnya terharu dengan nasib bangsa yang masih terpinggir. Kalau menangis kenangkan salah diri sendiri kira okeyla. Mungkin juga kerana ketuaan nya menyebabkan dirinya semakin ystemve dengan segala hal.  

16.Wakil rakyat BN tak menjalankan tugas sepatutnya. Lihat dari laporan sidang parlimen, ahli parlimen BN yang bersuara tak ramai kalau muka itu balik-balik muka itu saja. Yang ponteng dan tidur dalam persidangan mengalahkan anak sekolah. Kata SU Agong BN Mohamed Rahmat (BH 06/03/2002) 50% wakil rakyatnya (jumlah semua 379 Adun dan 148 MP) gagal menyerahkan laporan kerja bulanan kpd ibupejabat parti. Arahan parti sendiri pun tak boleh buat, apa lagi nak yste rakyat.

17.SPR tidak sebebas mana dalam menentukan ystem pilihanraya di tanahair kita ini. Persempadanan semula yang sering dilakukan untuk kepentingan di pihak pemerintah. Kawasan yang punya banyak peluang untuk dimenangi akan dipecahkan. Pertindihan nama, pengundi yang kehilangan namanya dari senarai, orang dah mati namanya digunakan orang lain. Adun Jabi Trengganu (Md Lukman Muda) pernah membuat pengakuan bahawa dia telah menghalang penyokong PAS daripada mendaftar sebagai pengundi. Pihak SPR dihalang dari menggunakan senarai pemilih baru yang didakwa seramai 680,000 orang dari menyertai pilihanraya umum 1999 dek kebimbangan BN dengan kekuatan BA. 

 

  10.  KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN

1.   Universiti awam dikorporatkan. Kemasukan ke pusat pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) memerlukan bayaran yang amat tinggi. Biasiswa sudah dimansuhkan, apa jadi pada rakyat miskin. Ramai penuntut Melayu yang terpaksa melupakan niat nak sambung pelajaran ke Universiti atau institut pengajian tinggi. Jika sambung pun, mereka terpaksa bergolok gadai untuk pembiayaan. Nak harapkan perwakilan Umno menyuarakan masalah ini dalam persidangan mereka, janganlah diharapkan. Mereka tak akan berani, kecuali asyik dok berpantun dan mengampuje la tak habis-habis. Sudahlah biasiswa ditiadakan, nak diadakan pula sistem meritokrasi dan bercakap soal penghapusan kuota pelajar Melayu ke IPTA.

2.   Memaksa penggabungan bank-bank dan syarikat kewangan (21 bank, 25 syt kewangan, 12 bank saudagar) menjadi 6 kumpulan bank besar. Apa akan berlaku kepada pekerja-pekerja yang terbabit, adakah kebajikan mereka akan diambil berat.

3.   Berhajat mengkorporatkan hospital kerajaan dengan konsep penswastaan. Bayangkanlah jika rakyat yang tiada kemampuan gagal mendapatkan khidmat perubatan. Apa akan jadi pada mereka. Sesudah mendapat reaksi negatif dari rakyat, pemerintah biadap ini membatalkan niat mereka.

4.   Makmal komputer untuk sekolah gagal disiapkan mengikut jadual. Dilaporkan 85% (2240 buah) daripada projek berkenaan yang lulus tidak dapat disiapkan. Apa tidaknya, kalau kontraktor yang diberi tanggungjawab itu bukannya ahli dalam bidangnya. Janji kroni dan sanak saudara. Bila kerja tak siap kementerian lanjutkan tempoh, jadi bila dah diberi muka naik lemakla mereka.

5.   Mencadangkan sekolah satu aliran dan sekolah wawasan. Secara tidak langsung ingin menghapuskan sekolah beraliran Cina dan Tamil. Bagi mereka ini adalah sebab utama tiadanya perpaduan kaum yang erat di Malaysia. Timbulnya isu Kg Medan dikatakan berpunca dari sini, sedangkan faktor lain seperti ketidakstabilan kemajuan sosioekonomi setempat dan dasar kerajaan sendiri tidak diambil kira. Tapi mereka tak pun melihat, adakah perpecahan Melayu disebabkan orang Melayu belajar di sekolah kebangsaan. Kalau benar orang Melayu berpecahbelah, adakah kerana mereka bersekolah di pelbagai jenis sekolah?? Bila Siva (NUTP) mengatakan terdapat pembahagian pelajar mengikut kaum, wow!! semua melenting. Benar atau tidak kenyataan beliau, pembaca boleh sendiri meninjau bagaimana keadaan di sekolah yang berhampiran. Bagi penulis, perkara ini memang wujud!!! Serius atau tidak itu mungkin bergantung kepada kebijaksanaan guru masing-masing.

6.   Mengabaikan asas-asas infrastruktur yang kukuh seperti bekalan air bersih, pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu, penebangan kayu kayan tanpa kawalan menyebabkan masalah tanah runtuh. Saliran yang buruk dan projek pembangunan yang tidak dikawal mengakibatkan peristiwa banjir kilat yang silih berganti terutamanya di KL dan bandar-bandar besar. Yang pimpinan BN tahu hanya menuding jari ke sana sini. Sendiri punya salah langsung tak nampak. Pi mai pi mai, rakyat juga yang sengsara. Wujudnya penyakit berjangkit (Coxsackie, Denggi, JE), keracunan makanan (terutamanya murid dan pelajar), jalanraya luar bandar (hanya nampak baik bila nak dekat pilihanraya), kekurangan talian telefon khususnya di kawasan perumahan baru dan perkhidmatan telefon awam di perkampungan.

7.   Rakyat begitu dibebani dengan segala bentuk perbelanjaan yang semakin meningkat saban hari. Berapa banyak tol perlu dibayar di sepanjang perjalanan, harga air meningkat sedangkan kualitinya menurun, tarif telefon talian tetap dinaikkan 33% kononnya nak kurangkan subsidi kerajaan. Sewa dinaikkan RM2 dan rebet RM3 dihapuskan. Kirakan pertambahan pendapatan Telekom sebulan dengan 4.7 juta pelanggan [RM23.5 juta sebulan]. Di masa yang sama diumumkan, Telekom untung besar [RM2.44 bilion sebelum cukai (RM1.8 bilion untuk bersih) – BH 27/2/02]. Kenaikan ini dirasakan begitu tidak rasional memandangkan keadaan ekonomi yang masih meruncing, Telekom mampu menaja pendakian Everest, pelayaran jalur gemilang, Le Tour de Langkawi dll, alih-alih rakyat yang menanggung beban. 

 

 

(Antu Umno KS)

Ex-Umno Lembah Pantai

 







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com