Tuan Guru Nik Aziz tak boleh sebut kata-kata kesat. Sebab itu bila beliau umpamakan ulama kerajaan (UMNO) sebagai "Barua" burung-burung kakak tua di RTM dan kera-kera di akhbar-akhbar perdana bukan main becok lagi. Istilah itu hanya layak dituturkan di warung-warung kopi saja kata yang sekor tu.
Tapi bila Perdana Menteri sebut Soros dan kuncu-kuncu "currency speculators" sebagai "Penyangak". Haa…itu tak apa. Istilah itu tak ada yang kesat dan tak ada yang tak manisnya. Tak seekor pun burung-burung kakak tua yang bersuara menegur. Kalau berani cuba Si Baghal yang keluar TV tu komen "istilah itu hanya layak diucapkan di warung-warung kopi saja". Kalau tak kena gam dan hantam ini bukanlah tanahairku ketika ini. Tapi penjilat pada dasarnya memang bacul pun.
Ni jangan nak tuduk kita pembela Yahudi Soros tu pula. Aku terrajang kang! Yang kita bincangkan di sini ialah penggunaan istilah kesat, bila masa jadi "haram" dan bila masa pula boleh "dihalalkan". Itu kena tanya ustaz Cik Det yang cukup pandai tafsir soal hukum hakam ini.
Barua kerajaan..ehh..tersasul pula…ulama kerajaan kalau tak mahu disebut Barua atau tali barut kenalah berani menegakkan kebenaran dan bukannya jadi Pak Turut dan Pengampu kerana mengharapkan ganjaran dunia. Bila orang tua nyanyuk tu salah letak hukum kamu tegurlah. Tak berani terang-terang pergi jumpa dia secara sulit. Kalau dia maki kamu pun orang tak nampak. Tangggung-jawab kamu pada Allah sudah terlaksana, pahala pun dapat dan tak ada orang yang sengaja gila nak panggil kamu BARUA aih………Setakat di dunia orang panggil Barua tak per…takut kat sana nanti kalau Mungkar ke Nankir ke yang sergah "Mana Barua tu aku nak godam….". Masa tu nyesal pun tak der makna lagi dah Amid ooiii….. Yang herannya camna dia orang ni tak takut langsung sedangkan Rasulullah pernah sebut "Bagi setiap 3 orang Kadhi 2 daripada mereka masuk neraka".
Sebelum berundur diri ni kawan nak tanya mana itu Penyangak-Penyangak PERWAJA, Penyangak-Penyangak Tabung Haji dan Penyangak-Penyangak Tanah di Selangor. Belum kena tangkap lagi kah? Barangkali ada BARUA BESAR yang melindungi mereka ni…..
Awang Sulong
______________________
Terbitan : 27 Mac 2002
Ke atas
Home