BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Barua lagi...

Assalamualaikum,

Saudara editor,

Isu yang menjadi tandatanya kita seminggu ini dalam Malay Mail apa yang disebut oleh YB Hj.Husam Musa ahli parlimen Kubang Kerian ialah pihak Bank Switzerland berkata mereka tiada halangan untuk memberi kerjasama jika ada pihak yang ingin menyiasat data kewangan PERWAJA,tetapi ketika PM yang kita sayangi balik dari luar negeri ketika ditemuramah oleh wartawan beliau mengatakan pihak sana enggan memberi kerjasama...nampak sangat bodohnya penyokong Amno.com,ketika beliau berceramah di Taman Melewar pada 28hb,Mac2002.

Penceramah kedua,YB Adun Lunas Sdr.Saifuddin menyebut ketika beliau mengadap Duli Tuanku Sultan Abd.Halim untuk menyelesaikan masalah rakyat kawasannya baginda ada menanyakan YB Saifuddin kenapa begitu ramai FRU di bawah sana sedangkan beliau datang keseorangan sahaja.Dalam pada itu baginda Sultan bertanya khabar keadaan Datuk Sri Anwar Ibrahim yang ketika ini sedang menjalani pembicaran di Mahkamah Persekutuan.Yb pun memberitahu baginda secara detail kerana katanya umpama soalan yang telah dijangka maka jawapannya tepat dengan segala fakta.

Pada keesokkan harinya dalam akhbar tersiar yang mana semasa baginda merasmikan mahkamah baru di Langkawi baginda menasihatkan para hakim supaya berlaku seadilnya. Penceramah ketiga, Adun Jengka YB Tuan Ibrahim Tuan Man menceritakan sedikit pengalamannya berceramah hampir 20tahun tidak pernah ada muzik latar,tetapi semasa berceramah di Ketari puak-puak tidak makan saman, PUTERI AMNO.COM menghala spekear mereka ke arah beliau berceramah dengan kedengaran lagu-lagu.Cuba anda fikir beginikah pemimpin yang kita akan pilih untuk negara pada masa depan soal YB.Beliau ada menyebut seorang pemerintah mestilah berpaksikan dengan agama.Tiada agama maka hancurlah sebuah negara itu.Sudah sedia maklum Amno.com telah memamasakkan dalam minda para ahlinya agama suku politiknya suku.

Satu menjadi pertanyaan penulis,adakah logik jika tvM menyiarkan pertandingan bolasepak tahu-tahu keputusannya penalti tidak ditayangkan sejelasnya apa berlaku sebelum itu,begitu juga cerita TG NIIK AZIZ-dengan BARUA,komen YB HJ HUSAM nasib barua tidak HAPRAK kalau tidak lagi teruk!Jika benar-benar tvM saluran yang adil, siarkan kesemua ucapan TG di PUTIK pada malam itu,biar rakyat yang bahlol-bahlol boleh nilaikan sendiri.

(Awedonde-Tukang Sampai)







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com