Oleh : Azjira jira
Assalamualaikum
Apa dah jadi dengan TH sejak kebelakangan ini. Macam-macam penyelewangan telah dilakukan oleh mereka yang diberi amanah menjaga simpanan rakyat yang terdiri 100% umum Islam. Dimana lagi umat Islam hendak membuat pilihan simpanan kerana TH dianggap lebih Islamik sedikit dibandingkan disimpan ditempat lain.
Tetapi sungguh malang sejak mutakhir ini dimana umat Islam itu sendiri telah diinyaya oleh mereka yang dianggap 'seagama', dengan melakukan perkara yang ditegah oleh agamanya.
Bermula dengan kehilangan simpanan sebanyak RM 8 juta atas alasan penggunaan maklumat palsu penyimpan - sedangkan kita jika hendak mengeluarkan RM 10 pun banyak proses yang perlu dibuat terlebih dahulu seperti mengisi borang ,kad pengenalan dan cap jari inikan pula wang yang sebanyak itu boleh dikeluarkan dengan begitu mudah.
Kemudian pengumuman keuntungan penyimpan dibayar rendah atas alasan pelaburan TH mengalami kerugian akibat krisis ekonomi dunia.
Pengerusi yang baru mengumumkan tambang pergi haji akan datang dinaikkan akibat syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.Pengumuman ini dibuat ketika mana jemaah yang pergi pada tahun ini belum lagi balik tetapi pengumuman kenaikan tambang telah dibuat.
Seterusnya berita yang membuka sejarah TH ialah kerugian sebanyak RM 500 juta
dalam bentuk pelaburan yang tersalah buat.
Dalam masa TH mengalami kerugian tadi ada hati pula ia hendak membeli bangunan 42 tingkat yang tentunya bernilai ratusan jutaan ringgit sedangkan bangunan ibupejabatnya pun sudah cukup sehinggakan disewakan kepada orang lain.
Untuk para penyimpan fikirkanlah dan renungkanlah apa jadi dengan simpanan kita yang tujuan asalnya menyimpan untuk pergi haji, sudah nya seolah olah mengalakkan si pak haji pula menelan "amanah" rakyat yang berniat hendak menunaikan haji.
Jom ramai-ramai keluarkan simpanan dari TH supaya tidak subahat dan simpan ditempat yang lebih selamat dan amanah (biasa ditempat yang bukan Islam).
Begitulah akibat kalau mengaku dirinya lebih Islam dan mempunyai berpuluh gulung Ijazah tapi kalau tidak diamalkan dengan ilmunya itu. TIDAK TAKUTKAH KAMU UNTUK MENGHADAP PENGADILAN DIDEPAN ALLAH.
______________________
Terbitan : 30 Mac 2002
Ke atas
Home