Assalamualaikum...
saya salah seorang pejuang Islam dan penyokong PAS.
Saya amat tidak bersetuju dengan penggunaan bahasa yang tidak sopan dalam tulisan-tulisan dalam laman ini. Ini bukan cara Islam. Andaikan seorang bukan Islam atau orang yang baru cuba berjinak-jinak dengan BA, tapi bila terbaca tulisan yang menggunakan bahasa yang lansung tidak mencerminkan budi bahasa, saya yakin mereka akan lari dari perjuangan ini.
Apa bezanya kita dengan UMNO & Bn sekiranya cara yang kita pakai sama dengan mereka. Apa salahnya kita menggunakan bahasa yang baik dan sopan, apa yang penting mesej yang hendak disampaikan menepati sasaran dan menepati fakta.
Tunjukkan kebaikan Islam dan buktikan kehebatan PAS dan BA.
"Saya harap komen saya ini mendapat jawapan daripada pihak Tuan"
Wassalam.
................................................
Komen Webmaster :
Saya memang bersetuju dengan pandangan daripada sdr bahawa kita mesti berdakwah secara hikmah. Saya sendiri
pun secara peribadi telah menulis email kepada beberapa orang penulis yang berwibawa agar mereka menulis dengan
menggunakan nama-nama yang baik terutama kepada individu yang menjadi pemimpin negera.
Tetapi kami sendiri tidak akan mengedit bahasa yang digunakan oleh pengunjung yang menulis dalam
laman ini, kerana sudah menjadi dasar laman ini menyiarkan apa sahaja luahan, hentaman, kat-kata yang mungkin berbentuk
cacian yang mana itu semua menunjukkan sikap rakyat sudah boson dengan apa yang ada sekarang.
Gambaran yang diluahkan itu mungkin kasar, kesat dan tidak begitu baik, tetapi itulah rasa hati manusia yang tertindas.
Biarkanlah Tranung Kite dengan prinsip ini, mungkin ada laman lain yang akan menjaga bahasa
yang menjadi prinsip pengendaliannya.
Maaf kerana kami menerima jalan ini sebagai trade mark laman ini.
______________________
Terbitan : 17 Mac 2002
Ke atas
Home