Perkataan 'Barua' memang sesuai (tepat) untuk di gunakan kepada mereka yang
menjadi orang suruhan.atau pun lebih molek juga lagi kalau kita katakan
mereka ini sebagai 'Anjing suruhan'. kerana Anjing turut sahaja kemahuan
tuan nya. tapi belum lah sampai ketakat itu kerana manusia yang dikatakan
'Barua ini masih mempunyai perasaan dan akan terjadi demikian jika
berterusan menjadi ( Pak Angguk) atau' yes man'.
Kita lihat lah apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, perkembangan isu
semasa dimana hangat diperkatakan sekarang ialah tuduhan yang amat berat
yang dilemparkan olih penulis Faris A Noor didada akhbar NST serta beberapa
penulis lain terhadap Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. didalam
penulisan mereka baru -baru ini.
Mereka ini begitu berani membuat tuduhan yang tidak sepatut nya dikatakan
olih seorang manusia yang dikatakan berilmu dan beriman kepada Allah.
beliau sanggup menghina Nabi Muhammad s.a.w. dengan' tomahan-tomahan' yang
tidak boleh diterima oleh akal dan serta Biadap.
Tidakkah mereka ini ingat dan sedar dengan tuduhan yang di lemparkan
terhadap Manusia yang'Maksum'ini Baginda terpelihara dari segala cacat
cela.. yang dilantik oleh Allah menjadi Kalifah dimuka bumi untuk membawa
kebenaran dan di-lindungi dari seberang perbuatan yang bertentangan dengan
kehendak Islam.
Perbuatan nabi adalah 'Sunnah' sebelum Baginda 'Wafat' baginda mengingatkan
umat manusia agar mematuhi dua perkara yang Baginda tinggalkan ia itu
Al'Quran dan Hadis' untuk di-jadikan panduan kepada setiap manusia di dunia
dan diakhirat agar manusia tidak sesat selama-lama nya.
Sedangkan Allah s.w.t sendiri memberi pengiktirafan tertinggi kepada Nabi
Muhammad s.a.w. 'Firman Allah 'tidak kami utus kamu wahai
Muhammad,melainkan menjadi rahmat buat sekelian alam'.
Konon penulis ini adalah 'Kebebasan Memberi Pendapat' dan sebagai nya.
mereka ini sebenarnya ibaratkan sebagai'Anjing-Anjing yang berkeliaran'
lemparkan apa sahaja' mereka akan makan termasuk najis nya sendiri' dan
bukan lagi 'Barua' untuk diumpamakan mereka ini. ikut sahaja suruhan dan
mereka in sebenar nya juga mempunyai 'tuan' yang bersembunyi di sebalik
penulis 'keji' ini mereka di bela di-jaga dengan berbagai kesenangan di
beri dan akan melakukan apa yang di suruh olih tuan nya, bersedia dimasa
mendatang untuk melakukan kerja yang lebih keji lagi malah sebelum ini pun
'Tuan' yang bersenbunyi ini pernah membuat kenyataan, kenyataan menghina
Nabi dan kita akan dengar lagi kenyataan seterus nya ' kita tunggu..!!
Sepanjang sejarah Islam,para sahabat dan pendukung Islam yang setia telah
mempertahankan peribadi dan kepimpinnan Rasulullah s.a.w dengan darah dan
air mata dan bayangkan apalagi yang tinggal kepada umat Islam jika Rasul
mereka di perhina dan diperkecil sebegitu rupa.
Nampak nya dalam perkara ini Bukit Aman dan Jakim membisu seribu bahasa dan
di jangkakan tidak akan melakukan sebarang tindakan dalam menangani isu
penghinaan yang amat berat ini. Malaysia negara Islam'..ini lah negara
Islam 'ala' umno.. semua boleh. Thailand pun boleh di-kata negara Islam..
apa tidak nya.. ramai orang melayu Islam lari bernikah di Negara tersebut
.Negara Islam yang nobatkan olih pihak umno dengan mencanangkan ke-sana
ke-mari mengatakan 'Malaysia adalah sebuah negara islam'cuma omong -omong
kosong tidak dapat dibuktikan.
Sebalik nya kita berasa malu dengan perbuatan umno ini ..tapi umno memang
muka tak tahu malu..!!! dalam masa yang sama sanggup membiarkan mereka yang
keji ini terus-menerus menghina islam..!!
Di-manakah otak mereka yang mengaku sebagai seorang Islam dan bersyahadah
ini..??? bukan kah kita mengakui dan akur ketika lahir sahaja dari perut
ibu.. kita di 'Azan' dan Qamat' itu lah ayat yang pertama kita dengar dan
kita dikehendaki Mengesakan Kekuasaan Allah serta Nabi junjungan sebagai
Rasul membawa petunjuk didalam kehidupan harian kita .
Oleh kerana mereka inginkan laba yang sedikit mereka sanggup melakukan
perkara-perkara yang menjijikan ini. harap mereka ini segera
bertaubat.'ingat bukan menyuruh orang lain bertaubat...!!! agar Laknat
Allah tidak di timpakan kepada mereka .
______________________
Terbitan : 28 Mac 2002
Ke atas
Home