BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Muhyiddin cadangkan Tabung Haji lantik perunding siasat kehilangan wang

LUMUT,Selasa 19 Mac - Tabung Haji diminta melantik perunding luar bagi menyiasat kes kehilangan wang pelaburannya bagi mengelakkan terhakisnya keyakinan penyimpan. Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beberapa kes kehilangan wang dari Tabung Haji menyebabkan para penyimpan di kalangan orang Melayu dan Islam, tidak senang hati dengan situasi ini.

Oleh itu pengurusan Tabung Haji sepatutnya melihat secara keseluruhan apa yang telah dilakukan oleh pengurusan lama dan baru badan itu, katanya.

"Laporan terperinci oleh pihak perunding adalah diperlukan supaya Tabung Haji tahu ke mana arah pelaburan yang mereka buat. Kalau ada pelaburan yang kurang sesuai mereka patut mengeluarkannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Kepenggunaan Penghulu/Penggawa negeri Perak dan Selangor, di sini Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan kehilangan RM80 juta duit pelaburan Tabung Haji yang diuruskan oleh sebuah pengurus dana tempatan.







______________________
Terbitan : 22 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com