Oleh BAHARUDDIN MOHD NOOR
Saya rasa orang yang hanya baru belajar menulis macam TepakBersulam (Khazai Hj Abu Bakar) tidak layak mencemuh Lutfi, sebagai penulis upahan.
Tepak berfikir, kalau dia menulis kerana diupah, ataupun kerana mengharapkan upah sama ada melalui wang tunai ataupun projek atau tanah daripada Khir Toyo, maka penulis lain juga akan bertindak seperti perangainya yang keji dan buruk itu.
Untuk pengetahuan Khazai, Lutfi menulis sejak sekian lama, pada awal 80-an lagi, menjadi wartawan dari akhbar ke akhbar, menulis hampir 50 buah buku politik, pernah menjadi editor majalah-majalah Dunia Islam, Detik, Wasilah, Tamadun, Muslimah dan Ketua Pengarang Harakah, selain menerbitkan puluhan akhbar tidak berkala seperti Haraki, Debat, Gerak, Ehsan, Alternatif, Kritik, Kritis, dan siri Memo.
Cuba bandingkan dengan Khazai, yang baru sehari dua menjadi pencacai Khir Toyo, yang menulis pun tunggang-langgang, asyik tersilap di sana sini, walaupun untuk menyebut nama-nama Exco Selangor dan membuat tuduhan palsu yang langsung tidak berasas, serta bercanggah antara satu sama lain. Khazai yang merupakan peniaga serba tidak menjadi dan tinggal di Taman Melewar itu mengharapkan peluang memuja dan menjilat perasuah Khir Toyo akan memperkayakan dirinya sendiri.
Janganlah bercakap soal membela kepentingan bangsa wahai Khazai, siapa pun tak akan percaya segala temberangmu itu, ramai kawan-kawan di Pejabat Umno boleh menceritakan diri kamu dan lain-lain penjilat Khir. Semuanya mahu menunjukkan bakti dengan menyerang habis-habisan Lutfi dan Hassan Ali sehingga sanggup mereka-rekakan fitnah dan pendustaan, supaya akhirnya nanti Khir akan terasa terhutang budi kepada mereka dan akan memberikan imbuhan sama ada berupa tanah, projek mahupun kawasan balak.
Bukankah itu yang ditunjukkan oleh keluarga Pua Kim An, 27 tahun, yang pernah menyewakan rumah semi-D di Sekinchan untuk Khir sebelum dilantik jadi MB dulu, dan yang lebih penting keluarga Pua ini menyumbangkan wang yang banyak dalam kempen pilihan raya yang Khir tandingi di Sungai Panjang dulu?
Kini keluarga Pua, bukan saja dapat projek membina jalan termahal di tengah bendang iaitu RM92.5 juta bagi 20km melalui syarikat Cabaran Wangsa, tetapi juga mendapat tanah seluas 100 ekar di Bukit Cherakah yang mana keuntungan bersih apabila tanah ini dibangunkan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar, dan terbaru mendapat kawasan balak seluas lebih 1,200 ekar di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, Selangor.
Orang seperti Khazai, Kuntakinte dan ramai lagi kawan-kawan pencacai penjilat Khir di laman Detikdaily dan Selangor Daily dot com, tidak terkecuali ada seorang dua dalam AgendaDaily, mengharapkan tuah Pua Kim An dan Pua Kim Seng itu bergolek kepada mereka pula.
Soal membabitkan Hj Hamzah, kawan tiga, tidak bayar RM20 ribu EPF, Mr Green dan Mr PhD terus dilemparkan tuduhan tanpa memberikan apa-apa bukti pun. Sedangkan apa yang Lutfi adukan kepada BPR sebanyak lima kali itu merupakan aduan rasmi yang sah, dan Khazai sepatutnya bertanyakan Penguasa Azni Yahaya, penyiasat kes yang diadukan Lutfi itu. Takkan hal ini pun Khazai nak berbohong, wartawan akhbar utama pun mengetahui Lutfi sememangnya membuat semua aduan rasmi itu kecuali yang terakhir mengenai projek membekal dan memasang paip air bernilai RM83 juta bagi sejauh 37 kilometer itu.
Untuk Khazai, berhujahlah dengan baik, jangan memutarbelitkan fakta. Dengan berbelas-belas pertuduhan yang Lutfi kemukakan, sanggahlah secara bijaksana. Kalau Lutfi tidak percayakan BPR, bukankah itu haknya kerana beliau mempunyai cukup banyak pengalaman dengan BPR, walaupun dalam hal ini saya jelas tidak bersetuju dengannya. Jangan pula ditohmahkan bahawa Lutfi tidak buat aduan rasmi, jangan ... itu hanya menampakkan kecetakan kamu untuk mematahkan hujah Lutfi.
Detikdaily Lutfi dilancarkan hampir dua tahun lalu, dan ketika itu Khir Toyo tidak timbul lagi, malah Khir pun belum dilantik menjadi MB. Jadi, apa hujah kamu untuk mendakwa Detikdaily, apatah lagi Tranungkite (yang lebih awal ditubuhkan) mendapat upah dari pihak tertentu untuk menjatuhkan Khir. Tapi teleklah diri kamu wahai pencacai Khir yang menerbitkan Detikdaliy dan Selangor daily dot com, bila dua laman ini diwujudkan? Bukankah ketika
Khir terkapai-kapai mencari nyawa selepas hampir kelemasan akibat pertuduhan rasuah yang Lutfi adukan kepada BPR?
Seperti kata Lim Kit Siang, BPR memberikan keutamaan kepada kes-kes rasuah yang menjadi perhatian umum, yang selama ini menyebabkan wibawa BPR jatuh terjejas di mata umum. Jika ada rakyat yang tidak yakin lagi dengan BPR, seharusnya pihak kerajaan mencari alasan dan puncanya.
Bagaimanapun, saya secara peribadi tetap meletakkan keyakinan bahawa masih ramai pegawai BPR yang komited dengan kerja mereka. Masalahnya hanya dengan Perdana Menteri, yang walaupun laporan BPR mengesahkan sesuatu dakwaan itu mempunyai asas untuk memulakan pendakwaan di mahkamah, tetapi PM hanya menyimpannya untuk menjadikan tokoh yang diadu itu, misalnya Khir Toyo, akan dapat dicucuk
hidungnya.
Tekanan harus lebih berat kepada PM, bukannya kepada BPR yang saya yakin telah menjalankan tugas menjalankan siasatan secara profesional.