Malam tadi, selepas mesyuarat cawangan, pi pekena teh tarik dan keow
teow kerang di kedai sorang sahabat tu, yg jugak AJK cawangan. Dok
ingat nak balik terus, tapi dah dia pelawa makan, free pulak tu.... pi
jugaklah.
Masa tengah makan tu, sorang lagi AJK, cikgu sekolah dok mengeluh
pasal AKU JANJI.
Dia kata:
"Masa aku sign tu aku habag kata, aku cuma Sign saja tapi aku tak
JANJI!!"
Lepas tu dia habag kata:
"Bila aku baca dlm s/khabar, Kementerian kata depa berjaya mendapat
sambutan yg begitu menggalakkkan drpd kakitangan kerajaan untuk sign
surat AKU JANJI tu, kami nak tergelak; kalau tak paksa, tak dak sapa
nak sign aih!"
Heran sungguh la kerajaan UMNO nie; depa nak orang sokong depa, tapi
paksa suruh orang sokong.
Aku teringat kisah sorang sahabat di Baling sana nu yg terpaksa sign
borang UMNO sebab nak jadi cikgu Kemas, kemudian teringat pulak kisah
sorang ahli PAS di Permatang Pauh... malu2 habag kata dia pun sign
borang UMNO sebab nak dapat pinjaman TEKUN, lepas tu teringat pulak
beberapa orang ahli PAS di satu lagi tempat di Kedah yg pakat-pakat
tenyeh borang UMNO sebab memenuhi syarat untuk diturap jalan tanah
merah masuk ke kampung mereka.
Semuanya aku dah confirm, depa kata depa tenyeh saja tapi mai p/raya
PASTI depa pangkah PAS..... yg tu tidak ada keraguan mengenainya.
Macam tu jugak dengan PUTERI UMNO, punya lah kelapaq nak cari ahli,
sampaikan budak-budak (termasuk anak2 org PAS) yg nak masuk U nak
apply Tabung Pinjaman Pelajaran tu kena isi dulu borang PUTERI UMNO
sebelum diberikan borang berkenaan. Kemaruk sungguh aih!
Kadang-kadang, dok ingat-ingat sekali, UMNO nie tak bijak manalah
rupanya. Tak malu ka depa, w/pun atas kertas ahli nampak ramai, mai
p/raya nanti, nama yg dok ada atas kertas tu pi undi kat orang lain.
Apa punya strategi nie?
Kalaulah sungguh UMNO di zaman Pak Lah ini kelapaq (kebulur) sangat
nak tambahkan ahli, nak paksa orang suruh mengaku sokong depa w/p[un
orang tak rela, eloklah kot selepas ini pi habag kat JPJ kata:
"Sapa-sapa yg nak apply ambil lesen motor kereta atau pun nak renew
road tax, suruh depa isi borang UMNO dulu!!"
Atau pun paling kurang pun paksa depa suruh sign AKU JANJI.
Nak lagi 'kaw'; pastikan semua budak2 yg dah sampai umur 12 tahun ka
apa ka, masa nak apply Kad Pengenalan tu, suruh depa isi dulu borang
UMNO..... barulah gempak!
Apa raa....
-Temingat Di Belantara-
______________________
Terbitan : 26 Mac 2002
Ke atas
Home