Oleh : Cikgu ICT
Assalamualaikum,
LPM nampaknya semakin lega apabila tugas key-in dilakukan oleh guru sendiri. Kuranglah tenaga kerja di LPM. Kuranglah segala perbelanjaan percetakan dan kertas kerana semuanya telah diserahkan kpd pihak sekolah.
Maka berhari-hari dan berminggu-minggu guru yg dipertanggungjawabkan utk key-in data mengadap pc sama ada di sekolah ataupun mengguna pc di PPD atau JPN. Yang ada pc di rumah, melakukan kerja-kerja ini di rumah. Kerja LPM buat di rumah? Inilah hakikatnya.
Juga nak tanya siapa punya idea 'canggih' ini?
Bayangkan, utk key-in, terpaksa log online sepanjang masa. Dah tu, tak tau prosessor apa yg digunakan di server skali.com yang nampaknya lebih banyak masa dihabiskan menunggu respons daripada kerja-kerja key-in data pelajar! Kerapkali tersangkut apabila tidak mendapat respons drp server dalam tempoh tertentu.
Walaupun saya tidak terlibat secara langsung dalam kerja-kerja ini, tapi saya dapat rasakan tekanan yg dihadapi oleh guru-guru berkenaan, apa lagi sekiranya jumlah calon terlalu ramai. Ditambah pula dengan server skali.com yang kerap meragam. Maka, terpaksalah diheret tugas berkenaan balik ke rumah. Tak pasti sama ada pihak LPM membayar segala perbelanjaan utk online ke server berkenaan, sekiranya dilakukan di rumah. Ini tidak termasuk kos panggilan telefon ke pihak-pihak yg berkenaan apabila kerja-kerja selalu saja tersangkut.
Sekadar nak bertanya, mengapakah pihak LPM tidak menyediakan perisian yang boleh dimuat-turun dan dijalankan secara off-line untuk memasukkan data pelajar? Bukankah cara ini boleh memudah dan mempercepatkan proses key-in selain menjimatkan perbelanjaan?
Setelah semua kerja selesai, guru bolehlah mencetak dan melakukan semakan bersama pelajar dan uplodkan ke server setelah semua tugas berkenaan selesai.
Kita menggunakan ICT utk memudah dan mempercepatkan proses, bukan untuk menjadi beban dan masalah. Ironinya, pihak LPM adalah antara pihak yg terawal menggunakan teknologi komputer - sejak penghujung tahun 60-an dulu lagi - tetapi cara aplikasi pendaftaran SPM 2002 dijalankan, agak terkebelakang.
Sepatutnya, LPM membekalkan CD perisian pendaftaran kpd pihak sekolah. Online hanya untuk menguplod kerja-kerja pada peringkat akhir - bukan sepanjang masa.
Janganlah LPM 'memperkayakan sesuatu pihak' (untuk kemudahan LPM) dengan melepaskan beban kepada pihak sekolah, khasnya kepada guru-guru /Setiausaha Peperiksaan di sekolah dengan tugas-tugas perkeranian sebegini.
Apa yang dapat saya katakan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Terpulanglah kepada guru-guru yang berkenaan memanjangkan masalah yang dihadapi kepada pihak LPM.
Sekian pandangan ikhlas drp saya utk rakan-rakan S/U Peperiksaan Luar/Awam.