Tersenyum sempoi Cucu membaca laporan akhbar arus perdana Utusan Meloya hari ini (11.3.2002). Kenyataan MB Pahang , Dato’ Nan PuTiNan..Kui Pu Ti Koi..Jangan Cuba Nak Melawan..Nanti Kena Pukui…Kenyataan MB Pahang berkenaan dengan Pemberian Geran Hak Milik Tanah kepada para peneroka di Felda Mempaga 1 dan 2, salah satu kawasan yang mempunyai majoriti pengundi melayu teramai di DUN Ketari. MB Dato’ Nan berkata, isu yang cuba ingin dibangkitkan oleh Keadilan terhadap isu ini adalah isu BASI dan lapuk. Apa yang basi apa yang lapuk ni ..Wahai Dato’ Nan ?? . Amat melucukan juga apabila beliau berkata pemberian Geran Hak Milik peneroka Mempaga telah diserahkan kepada Pengurusan Rancangan masing-masing (Pejabat JKKR), Cuma Pengurus Rancangan terbabit belum menyerahkan kepada para peneroka yang terlibat . Cucu hairan betullah dengan perangai MB Pahang nii..tak habis-habis buat lawak bodo..
Sebenarnya isu geran Hak Milik Tanah Mempaga ini adalah satu isu yang cukup sensitif bagi penduduk di sini. Sebab itulah MB Pahang berani berjanji dan mengatakan isu tersebut akan selesai.. Kenapa baru sekarang nak selesai ? Kenapa setelah hampir 3 tahun menjadi MB Pahang perkara ini tidak ditangani dengan segera. Ini semua adalah gula-gula Pilihanraya Dun Ketari oleh puak-puak BN .
Justeru itu , sedarlah wahai para peneroka Felda Mempaga semua. Janganlah mudah terpengaruh dengan gula-gula MB Pahang ini.. Mengapa selama ini Kerajaan Negeri membisu seribu bahasa..apakah yang diperjuangkan oleh ADUN Ketari selama ini ? Bukankah isu geran Hak-Milik itu satu isu besar bagi para peneroka Mempaga semua.. Inilah dia kerja Wakil Rakyat BN selama ini.. Memang semua telah mengetahui, orang BN ini ..semasa Pilihanraya bukan main berkobar-kobar.. Bantu sana..bantu sini..Derma sana..derma sini.. Projek sana..projek sini..habis pilihanraya…Poket wakil rakyat juga yang penuh ..sedangkan rakyat marhain terus merana malahan tidak dipeduluikan langsung. Maka bangkitlah wahai para pengundi di Mempaga..berilah undi kepada parti yang akan memperjuangkan nasib rakyat.. Biarpun hanya DAP yang meletakkan calonnya di DUN Ketari nanti.. Namun apa yang lebih penting disini ialah, berilah kemenangan kepada DAP kerana dengan kemenangan ini akan mengurangkan majoriti kerusi BN di Dewan Undangan Negeri Pahang.
Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Lawan Tetap Lawan !!
"Kalau Takutkan Perjuangan Jangan Bicara Soal Keadilan"
CUCU MAT KILAU
Pahang DM
............................................
Terbitan : 13 Mac 2002
Ke atas
Home