Hari ini 23/3/2002 warga pendidikan Kluang yang beragama Islam dengan
kerjasama Wanita UMNO Bahagian Kluang mengadakan perjumpaan di Dewan
Jubli Intan Kluang.Setiap buah sekolah rendah dan menengah di kawasan
bandar diwajibkan menghantar 15 orang Guru Islam. Saya percaya
kehadiran
mereka ini kerana atas hormat jawatan Timbalan Menteri Pendidikan
bukannya atas sokongan lain.Isu yang cuba dibawa dalam majlis yang
bersifat perkauman ini hanyalah untuk tujuan politik sempit UMNO
khususnya Bahagian Kluang.Akhirnya yang ditunggangnya ialah Pejabat
Pendidikan Daerah.Untuk menarik perhatian warga pendidik Kluang maka
tajuk ucaputama oleh Tim. Menteri Pendidikan ialah Cabaran Meritrokrasi
Dalam Pendidikan.
Rata-rata warga pendidik berminat tapi hampa kerana
isinya bukan tajuk tersebut tetapi mengemburkan jasa-jasa UMNO sejak
zaman baru merdeka dan DEB dan menyindir golongan yang tidak menyokong
UMNO setelah mendapat kesenangan dari usaha-usaha UMNO.Barangkali Tim.
Menteri Pendidikan itu anggap bahawa UMNO dulu dan kini adalah
sama.Yang
sama adalah nama UMNO tetapi pemimpin UMNO sekarang adalah pemimpin
yang
rasuah, berkepentingan dan membolot harta rakyat.Pemimpin UMNO dulu
adalah pemimpin tulin sehinggakan tiada harta mereka setelah mereka
mati.Pemimpin sekarang lain. Kalau boleh semau untuk kaum kerabat
sahaja
lain orang mereka tak peduli.Oleh itu sejarah UMNO dulu atau lebih
tepat
sebelum Mahathir adalah UMNO yang disokong oleh majoriti orang-orang
Melayu.
Ramai warga pendidikan Kluang kecewa sepanjang majlis itu
berlangsung.Warga pendidik majoritinya kelihatan serius dan tiada
senyuman. Ini ditegur oleh Tim.Menteri Pendidikan secara
bergurau......senyumlah sikit....agaknya warga pendidikan Kluang tidak
sukar menunjukkan sabotaj mereka...tak perlu membantah tetapi serius
sepanjang majlis sudah cukup merimaskan seseorang .
- dj
______________________
Terbitan : 24 Mac 2002
Ke atas
Home