LATAR BELAKANG DAN KENAYATAAN (REALITI)
PERLEMBAGAAN MALAYSIA telah meletakkan saluran bagi kepimpinan politik negara menurut demokrasi a la Westminster Abbey. Sistem tersebut ditetapkan oleh British sebagi satu daripada berbagai syarat untuk kemerdekaan Malaysia. [untuk mengetahui dengan mendalam sila baca sejarang kemerdekaan , memorandum yang dikirimkan oleh berbagai parti dan pertubuhan dan perundingan rombongan kemerdekaan ke London.]
Perikatan dibentuk yang terdiri daripada UMNO (Pekembar dahulu keris bersilang), Persatuan China Malaysia atau MCA yang dahulu menumpukan perhatian kepada kebanjikan kaum China dan Kongres India Malaysia . Untuk keharmonian dan mencapai kemerdekaan yang segera maka banyak sudah unsur ketuanan Melayu di"korbankan". Orang Melayu masih merasa selamat kerana adanya "kedaulatan budaya istana", bahasa Melayu dan agama Islam diakui sebagai agama "resmi" dalam perlembagaan. Di permukaan politik Malaysia, Melayu masih nampak terserlah dari pakain tanjak sampai ke songkok, ketayap dan serban. Iringan kompang dan bunga manggar masih menghiasi pesta resmi dan perkahwinan meskipun sekali-sekala ia ditenggelami letupan mercun [Melayu ramai mati dan cedera bermain mercun. Padahal orang China yang punya mercun dan suka pada mercun tidak pula "mati" dan cedera seperti Melayu!] tarian naga, perarakan deepavali, nyinian dan tarian Barat antara lain untuk mengisi budaya (?) "Malaysia is truely Asia" atau pernah seorang pemimpin tertinggi mahu menjadikan Malaysia "Amerika Kecil".
Semua "toleransi" dan mengalah atau elastik Melayu ini dari satu masa ke satu masa, disambut baik oleh orang bukan-Melayu dan mereka pun tidak lagi menyokong gerakan pengganas komunis yang pernah memerintah Malaya selama tiga belas hari dan peristiwa 13 Mei, 1969. Kemudian, kepimpinan dan arah pemerintahan di bawah Allahyarham Tun Abdul Razak diterima dengan baik. Malahan Parti Islam sendiri telah duduk bersama untuk mengembalikan keadilan kaum terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Banyak hasil yang dinikmati orang Melayu terutama UMNO sekarang (kelapa sawit, bantuan dalam perniagaan sederhana, perikanan dan pertanian dan struktur wajah kampung dalam berbagai bidang) ini adalah hasil kerja pegawai kerajaan, badan penyelidikan dan pembuat dasar di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak. [Penyata Razak telah memberi pendidikan kepada kebanyakan pemimpin negara hari ini, terutama dalam UMNO. Sayang sekali, kebenaran dan jasa Penyata Razak sudah "arwahkan' (?) begitu rupa sekarang oleh mereka yang mendapat faedahnya ? Perlu satu pandangan danperbahasan yang jujuroleh para pendidik dan orang yang bertanggung jawab] [Ada antara Melayu yang mengemukakan pendapat : "Baik budi Mak Si Rendang ; Dagang lalu ditanakkan : Tiada kayu rumah diruntuhkan : Anak dipangkuan di letakkan : Keran di hutan disusui. Pendapat ini sudah digolongkan sebagai "pelampau"...]
PENDEKATAN UNTUK BN MENANG DAN HORMAT.
ANTARA LAIN YANG POKO IALAH :.
1. MENUTUP DEWAN PERNIAGAAN BERDASARKAN KAUM. UJUDKAN SATU SAHAJA DEWAN PERNIAGAAN YANG TERDIRI DARIPADA BERBAGAI KAUM DENGAN KETELUSAN DAN BERWIBAWA.
Tidak dapat dinafikan bahawa dari segi bidang kehidupan, terutama bidang ekonomi-perdagangan dan pendidikan, orang Melayu jauh tinggal ke belakang. "Kaum" pendatang mempunyai pelantar yang kukuh dan cemerlang dalam bidang tersebut. Mereka telah dapat dukungan dari Dewan Perniagaan, bukan sahaja tali temali ikatan "kebangsaan" di dunia sebelah sini tetapi juga hampir seluruh dunia. Sebab yang besar ialah kerana struktur dagang dan pendidikan orang-bukan Melayu mampu menampung jaringan dan kehendak industri dalam dan luar negeri. Sokongan kewangan dan "kehidupan" semua bank sangat bergantung pada kaum peniaga walaupun kerajaan menyokong sebahagian daripada bank dengan simpanan daripada badan tertentu.
Ekonomi dagang dengan penguasaan industri dapat dirumuskan sebagai faktor yang membentuk pola kaum di Malaysia. Bandar ialah pusat segala kegiatan bidang kehidupan. Di bandar berbagai kemudahan boleh didapati dengan mudah. Penyelesaian "hukum" dan kewangan modal juga terdapat di bandar. Jadi sejarah dan sistem ekonomi yang "begitu rupa" telah membentuk pola perkauman. Menghadapi keadaan sekarang, sesudah kemerdekaan begitu lama, orang Melayu tidak boleh marahkan kepada orang China dan India. Orang Melayu kena marah orang Melayu sendiri. Jika UMNO yang diberi kuasa oleh "rakyat" maka UMNO patut "blame"/comlpain" pada diri mereka sendiri kerana begitu lama sejak 1957, membiarkan pola pembolotan berlaku demikian rupa. Malahan Melayu di kampung pun sudah tidak ada ruang untuk naik taraf dalam dagang. Nasi lemak dan sate pun sudah diambil alih oleh syarikat yang mementingkan "naik-turunnya" harga saham mereka di BSKL, bukan ?
2. UMNO BERTANDING DI KAWASAN PILIHAN RAYA MAJORITI CHINA.
Untuk langkah pertama dalam politik ialah mengubah calon dan tujuannya. Pencalonan bagi BN tidak sepatutnya menonjolkan kaum. Jika di badar majoriti orang Chia maka hendak BN meletakkan orang Melayu. Gerakan yang anggotanya tidak lagi mendasarkan pada satu "kaum" (meskipun keadaan parti didominasi oleh kaum China), hendaklah meletakkan seorang Bumiputera atau Melayu sebagai calon. Orang China dan India atas pertolongan dan kerjasama yang hebat dari UMNO (selama ini pun mereka diperkuatkan oleh pengundi UMNO untuk menang di kawasan majoriti Melayu) hendaknya lebih ramai menjadi calon di kawasan majoriti Melayu.
--Sekian fikiran mengolah keadaan.
Dr. AQ~
Mac, 2001.
______________________
Terbitan : 17 Mac 2002
Ke atas
Home