Kadang-kadang terasa merugikan masa untuk menulis perihal institusi
polis
yang sedang diketuai oleh seorang bergelar Raja Pasembor. Banyak sudah
penulisan dan seranah berasas yang dilemparkan kepada mereka melalui
media
bebas internet. Ada yang emosi, ada pula yang akademik penulisannya.
Bagi
yang berpengalaman, sinis dan tajam sekali garapan yang dibuat akan
perihal
polis @ Foolish. Semuanya tidak lain tujuannya supaya institusi itu
kembali
ke landasan yang betul sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan
Negara
sementara masih masih ada. Pengalaman kebangkitan rakyat yang berdarah
di
negara seperti Iran, Indonesia, Filipina wajar dibuat iktibar untuk
tidak
mengulanginya..
Hari Sambutan yang rakyat tak pandang……
Sambutan Hari Polis yang ke 195 kali telah disambut seluruh negara
kelmarin
25/3/2002 dengan berita akhbar keesokannya yang memaparkan sungutan KPN
@
Raja Pasembor tentang imej mereka yang tercemar. Beberapa contoh buruk
perlakuan Polis diberi, akan tetapi dengan cepat pula disolek dengan
cerita
kejayaan mereka menangani insiden Kampong Medan, Petaling Jaya dan
Kumpulan
Mangsa Mahathir KMM. Hairannya, kenapa Norian Mai terlupa menyebut SAUK
dan
kes DSAI sebagai kejayaan polis juga sedangkan ianya memberi implikasi
yang
besar kepada negara? Sekaligus akan tersohorlah jasa dan kerjabaik
polis
dalam mempertahankan keamanan dan kerajaan si Raja Penyangak!!! Apakah
naluri bawah sedarnya telah menghentikan perihalan sandiwara yang
diatur
para BARUA itu dalam ucapan Raja Pasembor??
Beberapa cerita tentang tindakan tatatertib dan pemberhentian tugas
anggota
dan Pegawai Polis akibat masalah disiplin telah diulas sebagai bukti
ketelusan dan kejujuran. Itulah juga temanya yang dilagukan ke
peringkat
negeri dan daerah untuk tontonan dan caturan minda rakyat dengan satu
pengharapan agar mereka jangan dipandang rendah dan diperlekehkan!!
Rakyat
ditagih menghormati mereka.
Ada pula seorang KP negeri yang meminta simpati bagaimana PDrM terpaksa
bertugas dalam suasana yang menyedihkan. Katanya lagi tempat yang
usang,
kotor dan busuk sebagai penyebab kepada masalah disiplin kakitangan.
Alahai…….Apa kaitan itu semua dengan jenayah rompakan, salahguna kuasa
dan
kebiadapan yang dilakukan oleh anggota polis terhadap orang awam secara
umumnya?? Sudahkah dibuat kajian analisis psikologi?? Kalau dibuat
apakah
itu hasilnya??? Merapu betul anak buah Raja Pasembor ni!!
Alasan yang memakan diri…
Bagaimana pulak tentang rasuah yang membarahi Bukit Aman suatu kawasan
yang
bersih, wangi , cantik serta gagah pula bangunannya?? Bukankah di situ
jenayah keji Rahim Nor terhadap Mantan TPM mengambil tempatnya sehingga
menyaksikan dia terpantul dari jawatannya?? Bukankah di situ juga
Pegawai
tertinggi polis merekacipta cerita tentang KMM yang berniat serong
terhadap
PAS?? Bukankah dari situ bermulanya taklimat dan dokumentasi cerita
palsu
yang akhir-akhir ini menjerut diri sendiri apabila Amerika Syarikat
memohon
ekstradisi rakyat kita (Yazid) yang tidak bersalah itu??
Pepatah China ada mengatakan bahawa untuk menutup satu pembohongan,
biasanya
sembilan lagi pembohongan akan tercipta!! Inilah budaya UMNOBN dan PDrM
sekarang.
Komen bahlol KP negeri yang tersebut mengingatkan kita cerita Ketua
Polis
Baling yang mendakwa anggotanya mengalami gatal-gatal kulit akibat
lemparan
cuka getah!!!! Alahai pembohongan dibuat pula dalam kawasan penoreh
getah
sendiri!! Akibatnya hampir 30 orang surirumah mengisi borang PAS kerana
telatah biadap dan zalim polis terhadap orang kampong pada malam
kejadian!!!
Kehkeh…gelakkkkkkkkkkkk!!! Siapa yang rugi…….?
Sambil itu Raja Pasembor Norian Mai sempat pula mendabik dada dengan
mengatakan bahawa PDrM telah melepasi piawai Scotland Yard - 35% dalam
menyelesaikan kes-kes jenayah!! Kalau semasa di alam persekolahan
peratusan
begitu mengundang dakwat merah. Angka 35 % itu sebenarnya amat
memalukan
walau ia merujuk kepada Scotland Yard sebagai sandarannya. Kalau
diselidiki
lebih mendalam angka itu, akan terdedah lagi ketidakcekapan dan
penyelewengan dalam institusi ini. Apakah benar seperti yang ditulis
rakan
pena di alam siber bahawa kes curi telur ayam, getah skrap, pecah
cermin
kereta dan mengugut bekas janda pun termasuk dalam angka piawaian itu?
Bagaimana pula tentang jenayah yang telah didokumenkan secara
perundangan
yang melibatkan orang besar dan kroni si Raja Kelentong? Apakah tiada
peruntukan bagi polis memastikan peraturan siasatan rasuah diteruskan
pelaksanaannya sehingga ke mahkamah? Bukankah apabila Raja Penyangak
itu
memeramkan sahaja laporan dan menghalang pendakwaan keatas Menteri MITI
itu
satu perlakuan jenayah? Kerana ia dikatakan menghalang siasatan pihak
berwajib? Bukankah kesalahan yang sama menyebabkan DSAI disumbat ke
Sungai
Buloh? Apakah polis sudah menjadi BARUA kepada UMNOBN ? Ingatlah……………
rakyat
marhaen memerhatikan semua ini!
Rakyat tidak pernah lupa……..
Rakyat marhaen masih ingat dan terang dalam minda akan beberapa kes
yang
melibatkan pembesar yang tak sedar dek untung. Ada yang sudah siap
kertas
pertuduhan dan diperap dalam laci Penghulu Putrajaya. Ada pula yang
mati
sekerat jalan siasatannya seperti kes Mustakizah yang terang-terangan
disabitkan dengan Megat Joned si kaki betina dan judi itu. Eric Chia,
Rafidah Aziz dibiar berlibur terus dengan kemewahan sedangkan kesalahan
mereka terhadap rakyat dan negara pada skala yang besar dan meruntun
ekonomi.
Perogol bersiri yang dibersihkan dosanya, Rahim Tamby Chik masih lagi
boleh
melampiaskan nafsu serakahnya walaupun dia secara haram telah
membuntingkan
gadis yang sebaya anaknya! Kes dibuang hanya kerana perbandingan sais
kemaluan dan ketiadaan bulu dada dicabar oleh peguambela. Penghormatan
bagaimana yang Raja Pasembor mahu jika gadis itu pula ditahan dan
dimalukan
di Bukit Aman?? Perogolnya pula bebas lepas dan membahayakan
keselamatan
wanita lain pula. Kenapa tidak dicekup untuk pendakwaan semula?
Apa pula yang Pegawai Atasan Raja Pasembor lakukan apabila Muhammad
Muhamad
Taib pulang dengan cerita wang berkilo yang dibawanya ke Australia?
Adakah
diselidik asal-usul duit itu atau masing-masing mendapat habuan
daripadanya
pula?? Cerita bagaimana Pegawai tinggi Polis yang memiliki beberapa
stesen
minyak dan lesen judi tentu ada kaitan dengan kejadian yang begini.
Kalau
tidak masakan Raja Pasembor mampu menggunakan kereta Jaguar model
terbaru?!
Duit HALAM lah tu…….
Penghormatan tidak boleh dipaksa!
Inilah masalah imej dalam PDrM dan juga kerajaan pimpinan Raja
Penyangak.
Rakyat menghormati pada suatu yang berhak mendapatnya. Guru dihormati
oleh
muridnya, begitu juga golongan doktor oleh pesakit yang telah mendapat
sentuhan rawatannya. Bakti yang disemai membolehkan budi dituai.
Begitulah
hukum alam ini.
Bolehkah seekor anjing kurap yang berak kencing di tayar kereta anda
dibelai
manja dan diberi makanan bermutu? Logikkah untuk tuan rumah melayan dan
menjamu perompak yang baru saja mengebas barang kemas si isteri? Atau
masuk
akalkah bagi seorang wanita yang baru tadi dirogol mengucapkan
terimakasih
dan memberi pula cenderamata serta alamat untuk kejadian itu berulang?
Begitu jugalah kisahnya apabila rakyat marhaen melihat perlakuan buruk,
keji
serta pecah amanah dalam menjalankan tugas oleh pemimpin kerajaan dan
pegawai Polis. Marhaen juga tahu akan adanya perkongsian pintar antara
PDrM
dan kerajaan Mahathir dalam mengkhianati Hak asasi rakyat dan masa
depan
negara.
Tidak boleh pehak Polis menyalahkan rakyat apabila mereka memandang
serong
mahupun memperlekehkan jabatan itu apabila anggota polis sendiri yang
memperlekehkan diri mereka dengan perlakuan yang tidak kena pada
tempatnya.
Gejala buruk yang berleluasa seperti rasuah, ugut, salahguna kuasa,
melebamkan mata, rekacipta jenayah, rompakan, melindungi penjenayah dan
membunuh orang yang tidak bersalah bukanlah perbuatan anggota polis
yang
wajar dihormati!!
Salahkah rakyat membenci anak buahmu yang begitu wahai Raja Pasembor?
Dr Nologareng
______________________
Terbitan : 28 Mac 2002
Ke atas
Home