UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Perihal Cina Sabah boleh masuk UMNO

Oleh: Dr. Yusof MD

Mari kita fikir bersama kata-kata PM kita berkaitan perkara di atas:

· Kenapa hanya kaum Cina dari parti Akar sahaja boleh masuk UMNO. Kaum Cina yang lain tak dibenarkan kerana tak ada 'akar' ke?

· Sesungguhnya tindakan PM itu bertentangan dengan perlembagaan UMNO. Tetapi sehingga sekarang orang UMNO diam sahaja..... inilah tradisi yang memusnahkan UMNO sekarang ini.

· Pada penghimpunan agung UMNO nanti, tentulah ada perwakilan dari UMNO sabah akan berucap/berbahas. Kita tunggu pengerusi UMNO memanggil nama perwakilan Encik Lee, Encik Yap dan sebagainya nanti......... tentu hebat!

· Mahathir sudah memahami dan natijah politik negara sekarang ini. Beliau sudah menerima isyarat bahawa rakyat tidak memihak kepadanya lagi. Beliau sedang mencuba meramaikan sokongan setakat yang mampu, contohnya Puteri UMNO dan lingkupkan UMNO dengan menerima kaum Cina Sabah masuk UMNO.

Saya nampak hari demi hari, segala tindak-tanduk PM semakin tak kena dan rakyat semakin benci kepadanya, termasuklah orang-orang UMNO sendiri. Hanya Polis, badan kehakiman sahaja yang masih patuh kepadanya.

Allah Maha Berkuasa!

"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Mac 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com