UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Re: Pandangan seorang yang kurang senang dengan pimpinan NS

Ubat Penyakit Tidak Sedar

Merujuk kepada tulisan Mohd Hasyim b Hj Omar yang bertajuk "Pandangan seorang yang kurang senang dengan pimpinan NS", tersiar di laman Webreformis pada 09.03.02. Amat sedih saya membaca tulisan beliau yang penuh dengan tuduhan tidak berasas dan memalukan itu.

Sekadar memberikan satu fakta yang sebenarnya penulis tersebut nyata tidak tahu ialah hakikat bahawa Cikgu Badrul sebenarnya bukan lagi seorang guru yang sedang berkhidmat. Sepanjang pengetahuan saya, Cikgu Badrul telah meletakkan jawatan untuk bergiat aktif dalam bidang politik.

Saya menganggap dengan kegagalan Mohd Hasyim untuk mengetahui hakikat sebenar kedudukan Cikgu Badrul itu menunjukkan beliau menulis tanpa membuat penyelidikan. Beliau menulis main hentam, maka tidak hairan kalau semua fakta yang disebutkan nampak macam rekaan semata-mata. Kalau tidak masakan cerita tentang jawatan guru yang disandang oleh Cikgu Badrul dipersoalkan lagi. Hampir semua orang yang mengenali Cikgu Badrul tahu perkara ini.

Saya lebih cenderung untuk mempercayai bahawa tulisan tersebut hanya bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan parti dengan cerita-cerita rekaan. Cerita rekaan itu nampak lebih 'realistik' dengan cuba menyebut beberapa sumber terutama daripada UMNO ditambah beberapa fakta 'tangkap muat' atau 'dengar kata' semata-mata.

Agen Cawangan Khas

Sebenarnya, beginilah salah satu kaedah pihak Cawangan Khas bergiat aktif untuk mencapai matlamat mereka. Dalam kes ini, matlamat utama mereka adalah untuk menimbulkan rasa syak wasangkan di kalangan sasaran mereka. Saya tidak kata bahawa Mohd Hasyim adalah anggota Cawangan Khas jauh sekali untuk menuduh begitu.

Hakikatnya, kita hampir tidak tahu atau sedar bahawa setiap anggota sesuatu kumpulan atau parti mempunyai 'peluang besar' untuk menjadi 'agen' kepada pihak Cawangan Khas. Anggota parti itu bukanlah seorang anggota Cawangan Khas melainkan mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka telah dipergunakan sebagai 'agen' pihak tersebut.

Kalau pembaca masih ingat tentang istilah 'agen pendebungaan' dalam matapelajaran Sains semasa kita di sekolah menengah dahulu atau cuba tanyakannya kepada anak-anak kita yang masih bersekolah. Agen pendebungaan antaranya adalah terdiri daripada angin, air, haiwan ternakan, rama-rama dan sebagainya. Agen-agen ini akan berfungsi sebagai media yang membantu perkembangan pembiakan sesuatu spesis tumbuhan. Sebagai contohnya, rama-rama yang hinggap di atas bunga pokok betik untuk mendapatkan manisan akan menjadi media punca bunga jantan dapat bertemu dengan bunga betina pokok betik itu. Bunga-bunga tadi melekat di kepak dan kaki rama-rama tadi. Rama-rama tersebut tidak menyedari perkara ini.

Begitulah juga manusia. Pihak Cawangan Khas telah menyedari hakikat ini. Mungkin kaedah dan modus operadi mereka banyak yang ditiru dari kelakuan alam semulajadi seperti di atas.

Sekadar sebagai rujukan, baru-baru ini kita telah mendengar desas-desus atau cerita yang mengatakan bahawa kerajaan telah menambah '500 katil baru di Kem Tahanan Kemunting'. Malangnya, cerita sebegini turut dimuatkan di dalam beberapa laman web reformasi. Memang bukan salah pihak webmaster sehingga banyak cerita atau desas-desus yang kadangkala sengaja diwujudkan oleh Cawangan Khas mendapat tempat di dalam laman mereka tanpa disedari.

Tetapi, seperti keadaannya rama-rama tadi bahawa ketidaksedaran kita sebagai manusia adalah satu 'peluang besar' untuk kita menjadi agen kepada Cawangan Khas. Cuma bezanya anggota polis Cawangan Khas seperti rama-rama yang mendapat manisan daripada bunga-bunga itu, mereka ini memperolehi gaji dan upah lumayan hasil dari kerja mereka dan kita pula dapatlah diumpamakan seperti angin yang berlalu kosong begitu sahaja tanpa hasil apapun.

Cerita tambahan 500 katil baru di Kem Tahanan Kemunting jika dikaji dan analisis dapat memberi kefahaman kepada kita bagaimana sebenarnya polis rahsia itu befungsi di kalangan kita. Selain tubuh mereka sendiri menyelinap masuk dan menyusup ke dalam sesuatu organisasi, kaedah melepaskan 'agen' tadi adalah satu lagi cara mereka dan ini nampak lebih mudah dan murah (percuma). Namun, perlu perancangan lebih teliti.

Kenapa perlu dihebohkan tentang kejayaan kerajaan menambah katil baru itu? Melainkan untuk tujuan menakutkan bakal penghuni Kem tersebut. Tidak dapat dinafikan, kalau ia dilakukan oleh polis Cawangan Khas memang tujuan cerita ini adalah untuk menakutkan golongan tertentu. Malang sekali ramai di antara kita tidak sedar hakikat 'agen' seperti di atas tadi. Ramai di antara kita menyambut cerita itu dengan ghairah bercerita pula. Dengan mudah sekali berita itu tersebar dangan cepat dan meluas sekali.

Samalah seperti kita tanpa menyedari telah membantu musuh merosakkan kota yang telah dibina oleh datuk dan moyang kita.

Ubat kepada pesakit

Setiap penyakit ada penawarnya. Terpulanglah kepada kita untuk mencari dan menggunakannya nanti.

Dalam kes ini, pesakit adalah kebanyakan dari kalangan kita. Pesakit-pesakit ini menghadapi satu penyakit kronik yang tidak mereka sedari. Penyakit itu adalah sakit tidak 'sedar'.

Kalau dalam dunia lakonan teater, penyakit ini amat merbahaya sekali. Sebab itu, setiap pelakon teater diajarkan tentang 'unsur sedar'. Unsur ini secara relatifnya terdiri daripada tiga elemen iaitu diri, alam dan masa. Ketika membawakan watak masing-masing di atas pentas, setiap pelakon seharusnya tidak lupa tiga elemen penting ini.

Jika pelakon tadi terlanggar salah satu daripadanya maka dia akan gagal untuk membawakan watak yang berkesan. Sebagai contoh, jika pelakon tadi tidak peka terhadap unsur alam dalam suatu adegan maka dengan mudah penonton akan dapat mengesan kelemahan ini, umpamanya pelakon tadi masih tetap leka bersembang dengan temannya walaupun angin kuat sedang bertiup berserta deruman guruh. Kalau dia sedar sepatunya ada reaksi terhadap keadaan gambaran alam tadi. Dalam kes ini, tiupan angin yang kuat akan menyebabkan seseorang kesejukan, menggigil, ketakutan dan sebagainya. Begitulah sepatutnya.

Kembali kepada persoalan pokok kita. Untuk mengatasi penyakit ini, setiap daripada kita haruslah menanamkan sifat sedar diri ini. Maksudnya, kita hendaklah sentiasa mengelakkan diri dari menjadi agen kepada Cawangan Khas tanpa kita sedari. Sementalahanlah pula tidak bergaji.

Untuk mengamalkan ubat yang amat mujarab itu kita perlulah melatih diri dengan selalu melakukan sedikit 'analisis minda'. Caranya mudah iaitu dengan kita bertanyakan beberapa persoalan sebelum bertindak menceritakan cerita yang telah didengari tadi. Antara persoalan dalam analisis itu ialah Apa, Mangapa, Berapa dan Siapa {pinjam dan ubahsuai dari teori Pengeluaran - Ekonomi}.

Apa

Apa adalah soalan ringkas yang biasa kita gunakan seharian. Dalam mengatasi penyakit ini, cuba tanyakan kepada diri sendiri "apa cerita ini?".

Kalau kita menonton filem baru tentu kita sering bertanya, "Cerita apa ni?". Kalau anda kurang meminati cerita filem tadi sudah tentu anda akan meninggalkan pawagam dan begitulah sebaliknya. Kenapa? Sebab, menonton filem yang tidak kena dengan selera sudah tentu hanya akan membuang masa. Rugi.

Samalah juga dengan kes ini. Kalau cerita itu bagus dan tidak pula merugikan (sekurang-kurangnya masa anda) sudah barang tentu ia menarik minat anda untuk bercerita pula.

Sebaliknya, kalau cerita tadi tidak menyelerakan malah merugikan pula, kenapa harus dipanjangkan pula? Maka, tidaklah perlu lagi timbul persoalan seterusnya!

Mengapa

Cuba pula bayangkan dan tanya "Mengapa cerita tadi diceritakan kepada saya?".

Dengan bertanya demikian anda akan tahu tujuan sebenar pereka cerita tadi sama ada untuk kepentingan peribadi atau sebagainya.

Selain itu, tanyalah pula "Mengapa aku mesti ceritakan cerita ni?".

Kalau anda tidak mendapat jawaban kepada soalan ini, maka itu tandanya anda akan hanya berbual kosong nant. Atau, kalau masih hendak bercerita juga cubalah dulu soalan seterusnya.

Berapa

Kalau anda fikir bahawa cerita anda itu sangat penting untuk diketahui oleh umum, nanti dulu. Cuba tanya diri anda "Berapa orang mesti tahu/dengar cerita ini?".

"Berapa orang yang sudah tahu/dengar cerita ini?".

Cuba bayangkan betapa susahnya anda kalau terpaksa menceritakan kepada begitu ramai orang tentang sebuah kisah yang tidak penting bagi orang ramai. Yang lebih malang lagi, cerita tadi sudah ramai yang tahu.

Baiklah, katakan anda telah mendapat sebuah cerita panas atau dalam bahasa wartawan disebut sebagai topikal. Tidak ada sesiapa lagi yang mendengar tentang cerita itu. Tentu seronok bercerita sedangkan anda menjangkakan ramai di kalangan pendengar anda yang akan terlopong mengikuti cerita anda. Nanti dulu!

Siapa

Selalunya persoalan 'siapa' ini sukar untuk dijawab oleh anda dan jika anda seorang yang jujur kepada diri sendiri, anda tidak akan menruskan niat untuk terus bercerita tadi.

Merujuk kepada senario di mana anda telah mendapat cerita topikal yang belum diketahui oleh orang lain. Soalan ini biar saya yang tanyakan kepada anda.

"Siapakah yang sampaikan cerita itu kepada anda?"

Mungkin anda jawab "Ali".

"Siapakah yang sampaikan cerita itu kepada Ali?"

"Samy", jawab anda, mungkin. Itupun kalau anda sempat bertanya dengan Ali tentang itu tadi.

"Siapa pula yang sampaikan cerita itu kepada Samy?", saya akan bertanya lagi.

Menurut Jonah, biasanya susurgalur pencerita yang keempat akan hilang begitu sahaja dan inilah satu cerita yang amat meragukan walaupun nampak 'realistik'. Ingat, pereka cerita biasanya adalah orang yang bijak dan mungkinkah dia akan mereka cerita karut untuk kita percaya?

Semua tentu masih ingat pesanan pendek (SMS) yang mengatakan Ustaz Dr. Badrul Amin telah meninggal di dalam tahanan di Kem Kemunting tidak berapa lama dulu? Tentu anda adalah salah seorang penerima pesanan itu. Sebagai latihan, gunakan situasi tersebut untuk menguji samada anda akan menghantarkan pesanan itu kepada orang lain.

Apapun, tentu ramai mengaku memang seronok bercerita panjang sambil berbisik di dalam hati "Biar mereka tahu, aku tahu banyak perkara di dunia ini!".

Enot Sabah (10.03.02)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Mac 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://www.tranungkite.cjb.net/ dan Email : tranung2000@yahoo.com