Kesatuan Eropah (EU) mengulangi pendirian menolak penggunaan ISA kerana
bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia dan EU juga menegaskan
bahawa
Anwar Ibrahim adalah tahanan poltik serta bahawa prinsip perundangan
dan
keputusan kaatas beliau ternyata tidak adil.
Sementara itu Amerika Syarikat telah mengumumkan Laporan Hak Asasi
Manusia
2001 yang menyenaraikam secara terperinci pelanggaran hak asasi
termasuk di
Malaysia. Saya gariskan intisari laporan tersebut.
Pertama, adalah diakui bahawa sebahagian dari prinsip kebebasan dan hak
asasi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia dipatuhi. Walau
bagaimana
pun terdapat pelanggaran ketara yang yang menjejaskan kebebasan poltik,
kebebasan bersuaran dan kebebasan media.
Ini termasuk pencabulan melalui ISA, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak,
Akta
Universiti dan Kolej dan sebagainya.
Kedua memang tidak terdapat kejadian pembunuhan taau penculikan
politik,
tetapi gajala pembunuhan orang-orang yang disyaki penjenayah oleh polis
masih berlaku. Begitu juga mengenai aduan penderaan terhadap tahanan
dan
perserta perhimpunan aman, termasuk oleh Malik Husin(1999) dan Tian
Chua
(2000). Irene Fernandez didakwa kerana mendedahkan penderaan terhadap
pekerja asing.
Ketiga, penggunaan ISA meningkat termasuk keatas pemimpin KeADIlan,
aktivis
reformasi, anggota KMM yang didakwa diketuai oleh Nik Adli Nik Aziz.
Sehingga kini, belum dikemukakan sebarang alasan kukuh atau pendakwaan
keatas mereka.
Keempat, saudara Anwar Ibrahim dianggap sebagai tahanan politik kerana
beliau ditangkap, didakwa dan dihukum menurut proses undang-undang yang
bermotifkan politik dan jelas tidak adil.
Turut diperjelas secara terperinci ialah penderaam terhadap
saksi-saksi,
pertuduhan dan pendakwaan terpilih serta kenyataan ugutan oleh Peguam
Negara
dan keputusan hakim yang tempang.
Keliam, Akta Hasutan hanya dikenakan ke atas tokoh pembangkang,
termasuk
Ezam Mohd Noor, Marina Yusuf dan Karpal Singh, Ia dibantah oleh Majlis
Peguam dan Lembaga Suradaya Masyarakat (NGO).
Kelima, Media utama diperlalat menjadi media parti pemerintah dan
menyekat
berita kalangan lainnya. Harakah sering mendapat tekanan dan
Malaysiakini
selalu diberi amaran.
Ketujuh, keluhan orang-orang keluhan orang-orang bukan Islam yang
mendhadapi
kesukaran membina rumah-rumah ibadat serta larangan penggunaan masjid
oleh
tokoh-tokoh agama dikalangan pembangkang, termasuk terhadap Tuan Guru
Nik
Aziz.
Kelapan, dibangkitkan aduan mengenai penipuan pilihanraya dengan contoh
pengundi hantu di Likas, penafian hak pemantauan oleh pemerhati asing,
kawalan undi pos, serta amaran terbuka pemimpin kerajaan agar pegawai
kerajaan, guru dan pelajar tidak menyokong pembangkang. Disentuh juga
sekatan-sekatan ceramah dan kempen serta penyogokan projek dan ugutan
pembatalan projek.
Kesembilan, fungsi parlimen kian luntur dengan kuasa speaker yang
berlebihan
dan penggantungan hali seperti yang berlaku ka atas ahli parlimen Dap.
Usul
pembangkang ditolak dengan sewenang-wenangnya dan usul pemerintah
dilulus
mudah.
Badan kehakiman kian terhakis. Walau bagaiman pun perlantikan Tan Sri
Dzaiddin Abdullah selaku Ketua Hakim Negara dianggap positif tetapi
perlantikan Tan Sri Mokhatr Abdullah dan dato’ Ahmad Fairus sebagai
Hakim
Besar Malaya serta perlantikan Gani Patail sebagai Pehuam Negara
dianggap
membimbangkan.
Perkara lain yang dinilai ialah kedudukan wanita, kanak-kanak, kesatuan
sekerja dan orang asli. Kegiatan Suhakam diulas termasuk laporannya
mengenai
perhimpunan Kesas yang melibatkan keganasan polis, pembelaan
kepentingan
kaum asli di Bakun serta usulnya untuk melonggarkan sekatan ceramah.
Laporan tersebut merumuskan sikap Dato’ Seri Dr Mahathir dan kerajaan
yang
menolak pendangan sedemikian sebagi percikan pengaruh Barat seoerti
mana
ulasan beliau terhdap laoran Suhakam sebagai ‘Pengaruh pemikiran
Barat’.
Kita perlu mengambil sikap terbuka dan menilai dengan saksam laporan
tersebut, seperti mana juga kita menentukan sikap terhadap dasar dan
prilaku
Amerika Syarikat. Dalam rencana Anwar di majalah Time September tahun
lepas,
beliau menegaskan pendirian keras menolak keganasan sambil menjangka
peristiwa 11 Sepetember akan digunakan oleh Israel untuk menidas lebih
kejam
rakyat Palestin, seperti mana juga Rusia terhadap Chechya dan China
terhadap
Xinxiang.
Belia membantah dasar Amerika yang sembrono mendukung Israel dan selama
ini
bersekongkol dengan para diktator dan otokrat seperti Shah Iran, Marcos
dan
Suharto.
Jesteru itu kita tidak dapat menerima penolakan melulu pertimbangan hak
asasi sebagai milik barat. Amat malang manakala cendikiawan terpilih
akan
turut berbaris mengecam kuat Amerika tetap membisu terhadap rasuah dan
kezaliman di dalam negara yang turut dibangkitkan dalam laporan
Suhakam.
Kita perlu punyai keberanian dan iltizam menolak kezaliman di mana saja
dan
berjuang menegakkan keadilan. Janganlah terang meilhat kuman di
seberang
lautan tetapi rabun melihat gajah di depan mata!
Wan Azizah Ismail.
............................................
Terbitan : 13 Mac 2002
Ke atas
Home