BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Erma Tidak Patut Sabotaj BN di Ketari


Artis telah dijadikan mangsa politik UMNO@BN
dan Erma telah mengerti bahawa ia diperkudakan
untuk kepentingan survival politik UMNO@BN.

Oleh : Noor Azlin Mansor

Saya berasa amat terkilan apabila membaca berita Erma Fatima meletak jawatan sebagai anggota exco Puteri UMNO yang disiarkan di Utusan Malaysia pada hari ini iaitu 23 Mac 2002. Saya terkilan bukan kerana beliau telah meletakkan jawatan tetapi saya terkilan kerana beliau telah menunjukkan bahawa beliau bukanlah seorang ahli UMNO yang ikhlas mendukung perjuangan UMNO.

Erma sendiri menyatakan bahawa perletakan jawatannya berkuatkuasa 29 Mac ini. Jadi, mengapa berita tentang perletakan jawatannya itu harus disiarkan pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Ketari iaitu pada 23 Mac 2002 juga? Agak sukar bagi saya mempercayai bahawa ini adalah satu kebetulan semata-mata. Adakah pengumuman perletakan jawatan itu dirancang supaya ia bersamaan dengan hari penamaan calon tersebut?

Sekiranya Erma tidak mempunyai apa-apa muslihat di sebalik pengumuman perletakan jawatannya, mengapa beliau tidak mahu mendedahkan alasan perletakan jawatannya sedangkan beliau telah menjelaskan alasan-alasan tersebut dalam surat perletakan jawatannya? Mengapa Erma takut hendak bertindak secara telus jika beliau tidak ada apa-apa untuk dsembunyikan?

Saya amat kecewa dengan tindakan Erma, yang pada pandangan saya, telahpun mensabotaj penamaan calon Barisan Nasional di Ketari. Kata-kata Erma bahawa beliau berat hati untuk meletakkan jawatan exco Puteri UMNOnya kerana minat dan cinta beliau masih mendalam telah menjadi tidak bermakna akibat perbuatannya yang "un-UMNO" itu. Apalah erti kata-katanya itu sedangkan beliau telah menggadaikan perjuangan dan maruah UMNO demi kepentingannya sendiri?

Jangan samakan perjuangan suci UMNO dengan mana-mana plot filem lakonannya.

Sekian, terima kasih.

...................................
Petikan Mailist UMNO







______________________
Terbitan : 24 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com