BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Ulama' dihina, penyanyi disanjung - Tabung Haji lingkup

Semenjak Diktator Mahathir menjajah Malaysia, satu demi satu institusi yang tegap dan kukuh menjadi lingkup dan runtuh. Lembaga Urusan dan Tabung Haji sudah menyimpang jauh dari objektif dan matlamat asal yang suci demi kebaikan Umat Islam menunaikan Rukun Islam ke5 kerana Allah SWT.

Ketua Penyamun UMNO Baru, Diktator Mahathir telah berjaya menukar Tabung Haji kepada pusat permainan judi dengan menyerahkan RM200,000,000.00 kepada seorang penyanyi (Ahmadi Hassan) dalam permainan tukaran wang asing. Penyanyi itu selain daripada menyanyi dan mabuk, tidak ada kemahiran yang kukuh dalam perniagaan. Berapa juta pula telah diserahkan kepada penyanyi/ahli-maksiat yang lain ? Adakah Sharifah Aini, D.J.Dave, Jins Shamsudin, Ramlah Ram dll juga dapat habuan ?

Mahathir berbangga kerana bebas menghina alim-ulama' dan para pejuang Islam di dalam dan di luar Malaysia.

Setelah Diktator Mahathir melantik adik-iparnya, Tan Sri Razali Ali menjadi Pengerusi Tabung Haji, bermulalah kehancuran dan kebinasaan Tabung Haji. Urusan jemaah haji jadi kacau-bilau apabila diserahkan kepada Transmile Sdn.Bhd. kepunyaan keluarga Mahathir.

Langkah utama untuk menyelamatkan Tabung Haji ialah dengan mencantas Ketua Penyamun UMNO Baru merangkap Ketua Penyangak BN yang menguasai sepenuhnya BPR, Polis dan Mahkamah.

dari: Seorang Ahli Tabung Haji.







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com