UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pembohongan Perubatan Resdung - Kewibawaan RTM dipertikaikan

Baru-baru ini saya telah menonton siaran RTM 1 mengenai cara mengubati penyakit resdung. Dalam rancangan tersebut, pengamal perubatan resdung iaitu seorang perempuan menggunakan lipas-lipas tanah sebahan bahan dalam pengubatan resdung itu. Setelah dijampi lipasd-lipas yang digunakan itu digosok-gosakan di muka pesakit. Seetelah digosok maka muka pesakit talah mengeluarkan ulat-ulat yang dikatakan oleh pengamal perubatan tersebut sebagai ulat-ulat resdung. Dikatakan juga ulat-ulat inilah yang menyebabkan pesakit berasa gatal-gatal dan sebagainya di muka.

Saya amat tertarik dengan kisah tersebut kerana keanehan cara mengubat yang luar biasa itu. Oleh itu cara yang digunakan oleh pengamal perubatan tersebut telah diperaktikan oleh beberapa kawan saya. Walaupun kawan-kawan saya memang disahkan bebas dari penyakit resdung tetapi malangnya setelah digosokkan dengan lipas-lipas tanah maka mukanya juga mengeluarkan ulat-ulat yang sama seperti yang ditayangkan oleh RTM. Saya hairan kenapa mukanya mengeluarkan ulat-ulat sedangkan dia bebas dari resdung.

Oleh itu saya mengambil beberapa ekor lipas tanah tersebut untuk dibuat uji kaji dan dianalisa. Setelah saya membelah perut lipas-lipas tanah dan dilihat dengan kanta pembesar maka saya dapati bahaya di dalam perut lipas-lipas tanah tersebut terdapat ulat-ulat yang sama seperti yang keluar di muka setelah digosok. Untuk memerhatikan dengan lebih jelas lagi ulat-ulat tersebut maka saya perhatikanya dengan menggunakan mikroskop dan sahlah bahawa ulat-ulat yang keluar dari perut lipas itu adalah ulat yang sama seperti yang keluar di muka pesakit semasa pengamal perubatan tersebut merawat pesakit.

Tahukah anda bahawa ulat-ulat yang keluar dari muka pesakit semasa rawatan rasdung bukannya datang dari muka pesakit, tetapi sebenarnya adalah dari perut lipas-lipas tanah yang digunakan. Ulat-ulat ini amat merbahaya kepada kita kerana ia boleh mendatangkan penyakit yang lain pula.

Beberapa hari selepas kawan saya menjalankan cara pengubatan tersebut, di terpaksa pergi ke hospital kerana mukanya menjadi bertambah teruk disebabkan oleh utlat-ulat dari perut lipas tersebut.

Dalam rancangan RTM tersebut, beberapa orang telah ditemu ramah untuk menyokong keberkesanan pengamal perubatan tersebut mengubat pesakit. Beberapa orang yang ditemu ramah memberi respon yang amat baik. Biasalah RTM kerjanya menipu, yang mengapu saja yang keluar kat TV.

Diharap para pembaca mencari sendiri lipas-lipas tanah dan belahlah sendiri perutnya dan lihat apa yang ada di dalamnya.

Saya menulis artikal ini bukannya untuk meremehkan cara perempuan tersebut mengubati pesakit resdung, tetapi untuk menyelamatkan lebih ramai orang daripada tertipu. Mungkin perempuan tersebut tidak tahu juga dari mana datangnya ulat-ulat tersebut maka dia andaikan bahawa ulat-ulat itu datangnya dari muka pesakit.

Ingat bahaya! Penyakit tidak hilang, penyakit baru yang datang.

Guru Sains






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Mac 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com