BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

PAS Taman Cicely beli bangunan baru

TELUK INTAN, 29 Mac (Hrkh) - Untuk mewujudkan suasana yang kondiusif dan lebih selesa kepada ahli-ahli,PAS cawangan Batu Tiga Sri Taman Cicely,Teluk Intan telah membeli sebuah bangunan baru bernilai RM 125,000 yang akan dijadikan Pusat Tarbiah PAS.

Bangunan baru yang terletak di Lorong pahlawan 3,Taman Taman Cicely Jaya itu berjaya dibeli dengan bayaran mula sebanyak RM 10,000. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pusat Tarbiah Cawangan Batu 3, Rostam Malik berkata, pembelian bangunan itu juga disebabkan pusat tarbiah lama tidak lagi sesuai digunakan untuk melakukan aktiviti dan program yang dirancang.

Selain itu,pusat tarbiah itu juga akan digunakan sebagai tempat untuk mengadakan ceramah, usrah, mesyuarat serta mengumpul semua lapisan masyarakat dengan merancang berbagai-bagai program.

Dengan itu pihak beliau meminta jasa baik dari orang ramai atau mana- mana institusi perniagaan menghulurkan sumbangan ikhlas dalam pelbagai bentuk untuk membolehkan pihaknya meneruskan pembayaran bulanan.

Sebarang pembayaran boleh disalurkan terus ke dalam akaun pusat tarbiah di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Teluk Intan,no akaun 08031010022814 atas nama Pusat Tarbiah PAS cawangan Batu 3/Sri Taman Cicely atau dialamatkan kepada,Bendahari Pusat Tarbiah PAS Cawangan Batu 3/Sri taman Cicely,No 53,Lorong Pahlawan 3,Taman Cicely Jaya,36000 Teluk Intan,Perak.







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com